FATEHHAWA|7

107 9 0
                                    


Puan Suzainah memandang Farisha atas bawah sebelum melakarkan senyuman manis. Riak wajah dari bengis terus berubah menjadi mesra. Farisha turut membalas senyuman itu sehingga menampakkan sedikit lesung pipit miliknya.

"Lawa isteri kau Khai,pandai kau pilih." Puji Puan Suzainah. Kembang semangkuk dibuatnya Farisha itu. Memerah pipi gebunya.

Tuan Khai sudah senyum berlagak di tepi Farisha. Perasan terpaling handsome la tu.

Tangan kasar milik wanita tua itu menarik lembut tangan Farisha dan menggenggam perlahan. Mata memandang tepat ke dalam anak mata ocean blue milik Farisha.

"Terima kasih sangat-sangat,kalau anak kamu tak selamatkan cucu nenek. Nenek tak tau nak buat apa dah" kedengaran ikhlas ujaran Puan Suzainah sebentar tadi.

Farisha yang melihat wajah tua itu terus terasa ingin menitiskan air mata. Wajah wanita dihadapannya kini terpampar dengan perasaan resah dan takut. Farisha membalas kembali genggaman Puan Suzainah itu dan melakarkan senyuman bagi meredakan rasa gelisah.

"Inn Sha Allah...Hawa akan selamat nek. Saya percaya dia kuat untuk mengatasi semua perkara ni" lembut nada pujukan Farisha itu. Tangan kekar Tuan Khai naik memeluk pinggang ramping isterinya.

"Saya rasa,dah tiba masa opah bagitau dekat dia perkara yang sebenar" celah Fateh dari arah belakang Puan Suzainah. Mendatar sahaja suara miliknya. Kaki perlahan-lahan mendekati ibu bapanya.

"Kalau opah tak bagitau,nyawa dia akan lebih terancam. Tambahan pula dia tidak tahu apa yang sedang mengejar dirinya sekarang" sambung Fateh lagi. Mata tidak melepas memandang wajah tua Puan Suzainah.

"Didn't you said your gonna go back home?" Soal Tuan Khai kepada anak kedua nya. Kening naik terjongket sedikit.

"I left something" ringkas Fateh membalas sebelum mengatur langkah kearah wad peribadi Hawa.

"So nek? What's your decision? Khai pun setuju dengan cadangan Fateh" kata Tuan Khai,mata kini beralih kembali kepada Puan Suzainah.

"I'll tell her"
.
.
.
Kepala milik Hawa berdenyut. Matanya dipejam rapat. Terimbas kembali memorinya masa kecil dahulu.

"Hiks...Hiks...ibu..ibu" tersedu-sedan kanak-kanak perempuan itu menangis dihujung bucu bilik itu. Tidak berhenti-henti dia menangis.

"EY,SEMAK LA! DIAM BOLEH TAK DIAM! IBU! IBU!" jerkarh seorang wanita yang ada didalam bilik itu. Tangannya sedang memilih senjata diatas meja kayu. Terdapat pelbagai jenis senjata dari pisau hingga pistol.

Dirinya didekatkan dengan Hawa. Rambut kusut kanak-kanak perempuan itu ditariknya kasar dan mengheretnya keluar dari bilik itu.

Merintih-rintih Hawa meminta wanita itu melepaskan rambutnya.

"LEPASKAN ANAK AKU! DIA TAK DE KAITAN DENGAN BENDA NI!" kata jejaka tinggi lampai itu.

"Nur Hawa Tasneem,anak ibu dan abah. Dengar cakap kak Husna, abang Raz dan abang Riz ye sayang. Jaga diri elok-elok. Ibu sayang anak-anak ibu" perlahan-lahan suara merdu dan wajah milik ibu nya itu mula menghilang dari bayangan.

Kelopak mata dibuka Hawa perlahan-lahan. Anak mata meliar di segenap bilik yang tidak dikenalinya. 'aku...dekat hospital' teka Hawa di dalam hati.

Anak tekaknya berasa kering. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil air mineral di tepi katil itu. Tangannya dapat memegang botol itu tetapi terlepas apabila dia cuba mengangkatnya.

Kedengaran tapak kaki beberapa orang memasuki bilik yang dia diami. Doktor ke tu? Jururawat? Ke...hantu? Eh, pagi-pagi hantu apa Hawa. Baru sebentar tadi masjid yang berdekatan dengan hospital ini melaungkan azan subuh.

BLACK MAMBA:THE LOVE OF HIS LIFE (SU)Where stories live. Discover now