"Apesal kau heret aku?" Nick mengeluh apabila Neil mengheretnya keluar dari bilik tidur.
"Jangan kacau kawan kau." Biar dia rehat." Kata Neil
"Siapa kata aku kacau dia? Aku cuma nak jaga dia." Balas Nick sebelum Neil duduk di sofa dan menghidupkan TV.
Nick turut duduk menonton TV sambil menghabiskan masa. "
"Neil.. Neil," Nick memanggil
"What?""Aku bosan!" Nick berkata, dan Neil mengerutkan dahi.
"Huh, kau panggil aku just sebab kau bosan?" Neil berkata dengan mengejek, dan Nick tersengih.
"Jom lah kita buat something untuk hilangkan kebosanan!" Ajakan Nick, membuatkan Neil memandangnya.
"Kau nak buat apa ni? Pergi jauh dari aku!" Jerit Neil
"Apa? Aku just nak ajak kau main game dengan aku! Aku nampak Day ada few games!" Nick berkata dengan wajah yang tidak bersalah.
"Ke...kau yang pikir ke lain?" tanya Nick dengan pandangan menggoda.
"Apa pulak! Jom main game, aku pun boring ni!" Balas Neil sebelum bangun untuk mendapatkan permainan rakannya.
"Hei, main macam tu saja, tak syok. Apa kata kita add few rules?" Nick mencadangkan.
"Rules apa? Macam-macam hal la kau ni!" Neil berkata
"Baru lah thrill. Orang yang kalah kena tanggalkan sehelai pakaian, boleh?" Nick berkata sambil tersenyum nakal. Neil mengerutkan dahi mendengarnya.
"Kau dah gila ke, shorty? Kalau aku main dengan perempuan cantik or lelaki cantik, ok la jugak. Ni...tak.. aku
main dengan kau!" Neil berkata, dan Nick mengembungkan pipinya."Dah kenapa kau nak kena kutuk aku? Kau ingat, aku nak pura-pura kalah untuk tayang badan aku kat kau? Sorry to say ..aku lebih berminat nak kalahkan kau...so... Aku boleh tengok kau naked.. haha!" Nick menzahirkan apa yang ada dalam fikirannya.
"Kemain eh mulut kau, shorty!" Neil berkata, tetapi Nick tidak peduli.
"Kau berani ke tak nak sahut cabaran aku?" usik Nick.
"Atau kau tak berani?" tanya Nick lagi
"Kenapa pulak aku tak berani nak main dengan kau? Tolong jangan menangis bila kau kalah!" Balas Neil
"Aku nak kejutkan Itt dulu untuk makan sebelum makan ubatnya. Dah time dia. " Nick berkata sambil melihat jam di dinding sebelum berlari masuk ke dalam bilik Day.
Selepas beberapa ketika, dia berjalan ke ruang tamu. "
Neil, boleh kau tolong aku?" tanya Nick
"Apa dia?" tanya Neil.
"Kau tolong paksa Itt makan. Dia tak nak dengar cakap aku! Pergi nasihat dia jap... sementara aku sediakan
makan. " Ujar Nick sebelum pergi memanaskan bubur yang dibelinya.Neil bangun dan masuk ke bilik Day. Dia mengugut Itt, mengatakan dia akan memberitahu Day bahawa dia enggan makan dan mengugut untuk membawanya ke hospital. Itt bersetuju untuk memakan bubur itu. Apabila dia selesai, Nick membawa
pinggan ke dapur dan kemudian kembali untuk memeriksanya."Kejap, aku lap badan kau." Kata Nick
"Ni.. jangan lap badan aku!" Itt menolak dengan suara yang lemah
"Weiiiii, badan kau panas.. kalau aku tak lap badan kau, macam mana kau nak sembuh?" Nick memarahi rakannya
"Jangan lap badan aku!" Itt menegaskan perkataan yang sama.
YOU ARE READING
Neil & Nick 💜 Book 1 (Malay Translation)
RomansSide couple from buku Day & Itt. Previously, cerita diorang combined dalam buku Day & Itt. Tapi, decided untuk keluarkan cerita diorang dan upload into separate short book. Warning : Sama ganasnya dengan kisah Day & Itt...dah namapun bestie. So, bas...