***While traveling ni, hopefully boleh lah habiskan 2 more chapters ni.***
Selepas Nick memberitahunya, Neil segera pergi untuk memberitahu Day. Tapi Day dah tahu tentangnya, Neil terus mengikut Day ke kereta.
📲 Kringggg.. Kringggg
Telefon Neil berdering, dan dia segera menjawab kerana Day sedang memandu
📱"Kenapa?" tanya Neil
📱"Mana Day?" tanya Nick dengan nada kalut.
📱"Aku dan Day nak pergi cari Itt!" Balas Neil
📱"Aku pun nak pergi." kata Nick
📱"Jangan! Duduk rumah, kami akan uruskan!" Balas Neil tergesa-gesa
📱"No! Itt kawan aku. Aku akan tolong kawan aku!" Nick membantah keras.
📱"Little bastard.. bahaya. Kita tak tahu sama ada Pete main-main atau tak. Kau jangan ikut!" Larang Neil dengan suara yang tegas.
📱"Kalau bahaya, kenapa kau pergi? Aku akan call Gear dan Four juga!"
📱"Nick!!" Neil menjerit kuat.
📱"Kau takyah nak menjerit.. Aku risaukan Itt dan kau juga! Let me go, Neil, aku merayu!" Pinta Nick, dan Neil mengeluh perlahan dengan kedegilannya.
📱"Okay, nanti aku call kau. Kami dah nak sampai!" Kata Neil sebelum menutup telefon.
Nick menelefon dua rakannya. Tidak lama kemudian, Gear dan Four datang menjemput Nick di hadapan rumahnya. Neil menelefon untuk bertemu di pintu masuk litar lumba. Apabila tiba, dia bertemu dengan Fu dan beberapa orang bawahannya.
"Nick.. aku rasa.." Neil tidak mahu Nick masuk.
"Tak perlu risau tentang Nick. Kau rasa dia fragile, tapi sebenarnya dia boleh." Kata Gear.
"Neil, jangan risau tentang aku, aku boleh jaga diri sendiri. Kita kena selamatkan Day and Itt." Kata Nick sebab Day dah masuk dulu.
Neil terdiam seketika sebelum mengangguk. Kemudian mereka menyerbu untuk membantu Day. Peristiwa itu berlaku dengan sangat cepat sehingga Itt and Day ditembak. Mereka membawa keduanya ke hospital. Sebaik sahaja Nick berjaya membawa rakannya ke bilik kecemasan, dia memeluk Neil dan mula menangis.
"Stoplah menangis. Nanti mata kau bengkak. " Kata Neil sambil mereka duduk di luar ER.
"Aku risaukan diorang!" Kata Nick, suaranya bergetar.
Neil memegang dagu Nick.
"Damn.. bila masa kau kena tumbuk? Pipi kau lebam." Neil membelai kesan lebam di pipi Nick.
"Tak apa, few days je tu.. nanti hilanglah tu." Kata Nick
"Aku dah cakap aku tak nak kau ada, tapi kau masih degil." Rungut Neil.
"Kau risaukan aku?" Nick bertanya perlahan.
"Pelik kalau aku tak risau!" Neil berkata.
Nick tersenyum lembut sebelum menyandarkan kepalanya di dada Neil yang keras.
"Kami akan tunggu sampai Day dipindahkan ke bilik pemulihan dulu, then baru kami balik. Aku akan menjaga kau!" Kata Neil, dan Nick mengangguk.
Awal pagi, Day telah dipindahkan ke bilik pemulihan. Neil dan Nick tidur di sofa untuk menjaganya. Mereka terjaga apabila Night and Gear masuk. Selepas Night dan Gear sampai, mereka berdua kembali ke kondo untuk berehat.
YOU ARE READING
Neil & Nick 💜 Book 1 (Malay Translation)
RomanceSide couple from buku Day & Itt. Previously, cerita diorang combined dalam buku Day & Itt. Tapi, decided untuk keluarkan cerita diorang dan upload into separate short book. Warning : Sama ganasnya dengan kisah Day & Itt...dah namapun bestie. So, bas...