Neil&Nick Bab 4 💜

33 0 0
                                    

***Fuh...bit struggle dengan kerja hakiki...walopun hati meronta-ronta nak sambung translation. Sorry for long pause 😊. Thank you sebab menunggu.***

"Maksudnya!" Kata Nick sebelum duduk menonton TV.

"Neil!" Nick memanggil lagi

"Apa?"

"Aku lapar!" Kata Nick, dan Neil menoleh sedikit ke arahnya

"Pergilah dapur, kau boleh makan apa sahaja yang kau nak makan, makan!" Balas Neil.

Nick pergi ke dapur dan membuka peti ais untuk membuat makan malam. Dia rasa Neil juga lapar, oleh itu Nick memasak untuk mereka berdua.

Neil sedang berbaring di atas sofa sambil menonton TV dan terperasan bahawa Nick sudah lama berada di dapur. Dia berjalan ke dapur sebelum terhenti apabila dia melihat seorang lelaki kecil memakai apron, sedang memasak dengan penuh semangat di dapur. Nick yang terdengar Neil masuk, menoleh dan tersenyum.

"Aku nampak apron, aku pakailah." Kata Nick sambil tersenyum.

"Tak apa, selalunya aku tak guna pun! Kau buat apa?" Tanya Neil apabila melihat karipap sotong, sup jernih dengan tauhu lembut dan daging cincang di atas meja makan. Kelihatan Nick sedang menggoreng telur dadar.

"Nasi pun aku dah masak. Tunggu sikit lagu. Aku dah almost siap goreng telur dadar." Kata Nick.

Neil memandangnya, tidak percaya.

"What? Kau kagum dengan aku? Kau berminat dengan aku? Aku sudi jadik suri rumah!" Kata Nick sinis.

"Sure ke boleh di makan ni? How if aku makan dan aku cirit-birit?" Neil mengusik.

"Apa susah, aku heret je la kau pergi hospital. Dah...pergi duduk! Kejap lagi aku akan hidangkan." Nick berkata sambil menutup dapur dan meletakkan telur dadar di atas pinggan dan meletakkannya di atas meja.

Neil duduk, dan bau makanan di hadapannya sangat kuat. Mereka berdua duduk di sebelah meja. Neil memandang makanan di hadapannya sebelum mengambil karipap untuk merasainya, dengan Nick memandangnya, teruja. Neil menjamah tanpa berkata sepatah pun.

"Macam mana?" Nick bertanya dengan pantas.

"Hmm.. boleh makan!" Kata Neil, dan Nick mengerutkan dahi.

"Aku tahu boleh dimakan.. Aku nak tahu sedap ke tidak!" Nick bertanya dengan nada tersekat-sekat.

Neil tergelak kecil apabila melihat riak wajah Nick.

"Jangan buat muka macam tu.. ye...semuanya sedap!" Kata Neil.

Pada mulanya, dia berniat untuk terus mengusik, tapi dia risau Nick sangat lapar, jadi dia mengakui semuanya benar-benar lazat.

"Betul ke?" Nick bertanya lagi

"Kalau tak sedap, aku tak makan? Uh.. stop tanya, jom kita makan!" Neil berkata demikian sebelum mereka berdua selesai makan bersama.

Nick menawarkan diri untuk mencuci sendiri.

"Kau tak yah cuci. Nanti aku cuci!" Kata Neil sambil Nick membasuh pinggan.

"Tak apa.. kau dah bagi aku tempat tinggal!" Kata Nick.

Neil tidak bertanya lagi sebelum keluar dari biliknya dengan bantal dan selimut yang diletakkan di atas sofa di ruang tamu.

"Sampai ke hati kau betul-betul nak aku tidur di sofa?" Nick bertanya perlahan.

"Jangan risau!" Kata Neil kembali.

Nick mencapai dengan pantas untuk meraih lengan Neil.

"Neil, biar aku tidur dengan kau. Aku janji aku akan senyap, aku takkan buat apa-apa." Nick berkata dengan nada tersekat-sekat.

Neil & Nick 💜 Book 1 (Malay Translation)Where stories live. Discover now