Selepas menangis seketika, ekspresi Nick menjadi lembut. Neil masih memegangnya dan tidak melepaskannya.
"Boleh kau dengar apa yang aku nak cakap?" tanya Neil perlahan.
Nick tidak berkata apa-apa. Terdengar hanya bunyi tersedu-sedu.
"Kau tanya, do I still love Night or not, dan aku menjawab ya!" Kata Neil, ini membuatkan Nick bergerak sedikit, tetapi Neil menahannya.
"Shh.. dengar dulu!" Neil menenangkan sebelum Nick sempat menjerit.
"Aku suka Night, tapi love aku ialah aku sayang dia sebagai abang. Aku dah fikir tentang ini sepanjang masa, dan aku tidak sayang dia seperti kekasih, aku sayang dia sebagai abang!" Kata Neil dengan nada serius.
Itu membuatkan Nick berhenti dan menarik Neil ke belakang sedikit untuk memandangnya.
"Betul? Kau tak tipu aku?" Nick bertanya dengan suara yang terketar-ketar.
"Taklah, itu bohong!" balas Neil.
Nick menolak dada Neil.
"Don't mess with me, Neil!" Nick memberi amaran.
"Aku dah sangat berterus terang tentang perkara ini, dan kau masih bertanya-tanya sama ada aku tipu atau tak!" Neil berkata.
"Aku nak kau ulang sekali lagi!"
"Kalau aku ulang, kau takkan marah aku dah?" tanya Neil sedikit terkejut.
Nick mengangguk perlahan.
"Aku nak dengar sekali lagi, yang kau cuma anggap dan sayang Nong Night cuma sebagai phi-nong. Dan kau takde perasaan lain pada Nong Night?" Nick bertanya.
***Phi-nong...hubungan macam abang dengan adik je.***
Neil sentiasa memandang Nick.
"Aku akan katakan ini untuk kali terakhir, dan mulai sekarang, kau tak perlu fikir or risaukan aku dengan Night lagi, faham?" Kata Neil, dan Nick mengangguk.
"Aku tak pernah fikir lagi tentang Nong Night. Aku cuma sayangkan dia sebagai seorang abang. Kau dengar kan?" Kata Neil sambil tersenyum.
Nick turut tersenyum sebelum memeluk Neil erat.
"Neil.. boleh aku minta kau stay by my side? If kau bosan atau frust dengan perangai aku, beritahu aku cepat. Aku akan minta sikit ruang untuk aku bertenang, dan aku akan ok!" Nick berkata dengan suara tersekat-sekat sambil membenamkan mukanya di dada Neil.
"Dan siapa yang bagitau kau yang aku mudah disturbed or triggered?" Neil bertanya
""I don't know, little bastard, what true love is like, tapi apa yang aku boleh janjikan pada kau.... aku takkan tinggalkan kau sampai kau yang nak tinggalkan aku!!" Neil berkata, dan Nick menggelengkan kepalanya.
"Aku takkan tinggalkan kau, aku akan stay dengan kau sampai bila-bila!" Kata Nick.
Neil tersenyum kecil sambil memeluknya
"So stop overthink it! Jom baring kejap, rehat. Then, kita keluar cari makan." Kata Neil.
Nick mengangguk perlahan sebelum menjauhkan diri dari dada Neil dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka. Setelah selesai, dia berjalan ke arah Neil di atas katil dan memanjat untuk berbaring di sebelahnya. Neil menariknya rapat ke dada dan memejamkan matanya. Tapi dalam hati, dia terfikir kenapa dalam ramai-ramai orang yang dia jumpa, Nick buatkan dia rasa terikat dan mahu menjaga serta melindunginya.
YOU ARE READING
Neil & Nick 💜 Book 1 (Malay Translation)
RomanceSide couple from buku Day & Itt. Previously, cerita diorang combined dalam buku Day & Itt. Tapi, decided untuk keluarkan cerita diorang dan upload into separate short book. Warning : Sama ganasnya dengan kisah Day & Itt...dah namapun bestie. So, bas...