"Tolonglah berhenti... sakit." Faizal bersuara sayu.
"Hisk hisk... aku takkan melawan lagi. Tolonglah." kini suaranya semakin semakin lemah.
Esakannya tidak dihiraukan langsung oleh si 'dia'.
Sebatang kayu seukuran kayu besbol yang berada digenggaman si 'dia', terdapat cecair merah pekat. Cecair itu mengalir kearah bumi dan menitik, setitik demi setitik.
"Kau harus mati!!!" suara garau yang berasal daripada 'si dia' semakin kuat.
Tangannya tadi yang menggenggam sebatang kayu, kini diganti dengan sebilah pisau, dari cahaya berkilat yang terpantul dibilah pisau itu jelas menunjukkan pisau itu cukup tajam.
Tangannya diangkat tinggi lalu pantas dihayunkan pada bahagian leher Faizal. Darah terpancut keluar bak air pancut.
"HAHAHAHA!!!" ketawanya semakin menjadi-jadi, tangannya juga turut menikam bahagian tubuh Faizal yang lain.
Bahagian muka habis penuh dengan darah, darah yang menitik tiada henti. Mata kiri ditikam berkali-kali, bibirnya terbelah-belah, telinga kanan hampir putus, pipinya jelas menampakkan lubang tikaman pisau yang banyak.
"Ha-hakit." Faizal bersuara namun tidak jelas perkataan yang dikeluarkan akibat ditikam bahagian peti suaranya.
"INI TAK CUKUP UNTUK MATIKAN KAU!!!" si 'dia' menjerit penuh kebencian dan amarah.
Suara garaunya menakutkan Faizal yang telah terkulai layu. Dia hanya nyawa-nyawa ikan saja, tinggal menunggu malaikat bersabit hitam menjemput.
"MATILAH KAUU!!!" pisau yang digunakan untuk menikam Faizal itu dihayun tepat menusuk jantung.
"AARRGGHHH!!!" Faizal menjerit keras. Matanya terbuka luas.
"Argghhhh.." mata meliar ke sekeliling.
"Astaghfirullahalazim." Faizal meraup mukanya menggunakan kedua tapak tangan.
Mata menuju ke arah jam dinding. Jam 1:30 am.
"Mimpi lagi rupanya."
"Oi kau pahal." satu suara muncul di pintu bilik.
'Abang rin.' dia bermonolog sendiri.
"Takde lah bang... mengigau je tadi." Faizal membalas pertanyaan abangnya.
"Itulah sebelum tidur basuh kaki dulu b*ngok." suara abangnya seakan memarahi tapi Faizal tau yang abang dia cuma nasihat dia saja.
"Dah, kau sambung tidur je lah bang... kau kan kerja jam 6 harini." Faizal menghalau abangnya menggunakan cara halus.
Abangnya tidak membalas tetapi terus pergi begitu saja.
Tiba-tiba bibir Faizal mengukir satu senyuman yang tidak pasti maknanya.
Senyuman gembirakah? Sedihkah? Ataupun... Sinis?
"Mimpi tapi realiti." dia bersuara perlahan.
"Hihi." satu ketawa halus dikeluarkan dari mulutnya.
Matanya mengeluarkan cecair permata.
"Lagi dan lagi."
Posisi duduk kaki lurus kedepan kini bertukar ke mencangkung.
Rambut digenggam, ditarik sedikit.
"Semua ini kau yang buat, bukan aku." tiba-tiba Faizal berbisik perlahan.
"Ha ha ha ha." satu suara terdengar digegendang telinganya.
Suara ketawa halus penuh aura misteri membuat bulu romanya meremang tapi wajahnya menunjukkan riak wajah yang kosong.
Bibirnya melebarkan senyuman.
____________________
AUTHOR MINTA MAAF KALAU CERITA NI AWAL-AWAL DAH BOSAN. TETAPI AUTHOR INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA READER YANG SUDI BACA CERITA MERAPU AUTHOR NI.
APA-APAPUN JANGAN LUPA UNTUK VOTE, FOLLOW AND COMMENT. MAAF DIPINTA JIKA ADA SEBARANG KESALAHAN BAHASA. SAYANG KORANGGG.
070124
YOU ARE READING
02 | ILUSI (ON GOING)
Mystery / Thriller'DIA WUJUD DI FANTASI KU TAPI SERASA REALITI' . . . Ilusinya bagaikan realiti. Keduanya bagaikan menyatu. Sukar baginya untuk membezakan keduanya kerana beberapa kejadian. . . . "Kenapa cuma aku seorang yang tahu kewujudan kau hah!"- FAIZAL BIN HAFI...