Koranggg.
Hai dan Assalamualaikum semua. Baiklah chapter ni merupakan Special Chapter yang pertama dalam ILUSI, bersempena sambutan Awal Ramadhan.
Author just guna bahasa santai-santai je ok. Btw kat chapter ni, semua watak dalam ILUSI dibuat seperti mereka ialah pelakon yang melakonkan cerita ILUSI ni.
Btw kat chapter ni, diorang macam duduk serumah dengan author and takde real life logic digunakan, hanya fantasi logic saja.
Selamat Membaca ♡~
••••••••••
"Uma, bangun! Kejap lagi Azan subuh." suara Faizal menjerit, mencuba untuk membangunkan Uma.
Dush!
"Zira! Elle! Bangun!!!! Tolong aku masak!" jerit Faizal selepas dia menendang pintu bilik yang digunakan Azira dan Danielle.
*Btw memandangkan author tinggal kat sabah, so author guna jam bersahur dan berbuka di sabah ya.
"Baru jam 2:30 weh, awal lagi ni. Azan jam 5:20, b*ngok." balas Azira sambil! menguap.
"Mana spek aku, mana spek aku?" Danielle pula meraba-raba sekeliling, mencari cermin matanya.
"Spek kau, aku jumpa kat dapur. B*ngok!" Faizal membaling kaca mata segi empat milik Danielle, tepat dimuka gadis berkuli cerah itu.
"First day puasa kau dah buat perangai macam b*bi." Danielle membalas Faizal dengan kata-kata mutiara yang penuh sopan santun.
"Kau nampak muka aku ni, ada aku kesah? Sekarang pergi dapur tolong aku masak sebelum korang yang jadi lauk sahur." Faizal bersuara dengan nada dibuat-buat ayu sambil mengukir senyuman psiko.
"Huhu takutnya aku. Dah jom Elle." ujar Azira sambil berdiri dari katil.
"Cepat sikit. Sebelum jam tiga setengah, semua makanan dah siap hidang kat ruang tamu." Faizal pun membebel lagi sambil menghayunkan kaki menuju ke arah dapur, di ikuti dengan kedua kawan baiknya.
Setibanya di dapur, Faizal pun mula membahagi tugas bersama Danielle dan Azira.
"Sahur tak payah masak banyak-banyak, pagi-pagi ni orang kurang selera makan. So Zira kau masak telur dadar dengan sardin tin je. Elle pulak kau masak je maggie kari. Aku lupa beli bahan semalam, so bahan buat sup takde. Btw Elle kau jangan lupa buat air panas tau, buat milo" jelas Faizal.
"Lah kau buat apa pula?" Azira menyoal setelah menyedari bahawa hanya dia dan Danielle yang mempunyai tugas.
"Aku nak masak nasi goreng. Nasi semalam banyak lagi. Author bawa Uma dengan Aryan beli burger dengan roti john semalam." jawab Faizal.
Selepas beberapa saat ruang dapur di jajah oleh 2 orang gadis melayu terakhir dan seorang lelaki melayu sesat, pelbagai bunyi terhasil.
TUNG, TANG, TUNG, TANG.
KRANGGG, PUSH, PUSH.
BOOM, BOOM, PAKK, KTAK, KTAK, KTAK.
Jarum jam di dinding menandakan jam 3:30 dan makanan telah pun terhidang di atas lantai ruang tamu.
*Siapa yang makan kat lantai ruang tamu, kita geng.
"SEMUA BANGUN SAHUR SEBELUM AKU DATANG BILIK MASING-MASING!" satu jeritan bergema di segenap rumah. Selepas 5 minit berlalu dan tiada seorang pun yang muncul.
"Kau bangun kan lah diorang, kitorang makan dulu." ujar Danielle sambil menuang lauk ke dalam pinggannya.
"Memang nak kena ni." Faizal melipat lengan baju ke paras siku dan dia menaiki tangga.
YOU ARE READING
02 | ILUSI (ON GOING)
Mystery / Thriller'DIA WUJUD DI FANTASI KU TAPI SERASA REALITI' . . . Ilusinya bagaikan realiti. Keduanya bagaikan menyatu. Sukar baginya untuk membezakan keduanya kerana beberapa kejadian. . . . "Kenapa cuma aku seorang yang tahu kewujudan kau hah!"- FAIZAL BIN HAFI...