[AMARAN!!!]
TATABAHASA SANGAT BERTERABUR, PENGGUNAAN BAHASA ALIEN DAN BAHASA SANTAI DIGUNAKAN UNTUK KESELURUHAN BAB INI!!!••••••••••
"Elle!!! Suruh Aryan ke siapa-siapa ke beli ais batu sekarang!" suara Faizal menjerit dari dapur kedengaran begitu nyaring.
"Nak beli berapa ringgit ni?!" Aryan dengan muka baru bangun daripada tidur langsung berlari ke arah dapur dengan tergesa-gesa.
"Ais batu beli rm5, garam 1 pek besar, coconut milk 3 kotak dengan gula 2 pek." jawab Faizal sambil menghulurkan sekeping wang kertas ringgit yang berwarna ungu.
"Ok, Haikal jom ikut aku." balas Aryan setelah menyambut RM100 yang dihulurkan Faizal.
"Kau beli benda lain, memang aku pancung kau buat lauk tambahan." ujar Faizal sambil tersenyum 'manis'.
Aryan hanya menjeling sekilas.
"Zira!! Dah siap ke gosok baju tu?! Tolong aku dengan Elle kat dapur ni!!!" Faizal menjerit macam orang gila kat dapur.
(Faizal : Tunggu kau author (•‿•).
Author : Erk...)"Kebaya si Elle ni susah nak gosok lah gila, baju aku pun tak siap lagi!" dah kawan dok menjerit, dia pun menjerit lah sekali.
"Author kat mana?" soal Faizal kepada Azira sambil mencekak pinggang berserta senduk besi ditangan.
"Dia tengah cari skrip untuk watak baru tu. Dengar cerita nama watak baru tu dah ada tapi nama belakang je lah tapi." jawab Azira.
"Siapa nama dia?" soal Danielle pula yang tiba-tiba muncul dibelakang Faizal.
"Nama belakang dia George tapi nama depan dia rasanya mula huruf M." balas Azira.
"Lauk apa je korang dah masak ni." soal Azira pula sambil menyarungkan baju kebaya berwarna krim pada penyangkut baju lalu digantung di almari.
"Ayam masak merah dengan daging masak cili je. Malas masak banyak-banyak." jawab Danielle sambil berjalan masuk ke dapur.
"Tak masak rendang ke?" soalnya lagi.
"Santan tak cukup sebab tu aku suruh Aryan beli santan tadi tapi tak balik-balik pula budak tu." jawab Faizal sambil mengikuti langkah Danielle.
"Patutlah." Azira membalas ringkas lalu meneruskan tugasnya yang tak habis-habis dari subuh tadi.
"Oi, ambil ni." tanpa memberi salam, Aryan masuk ke rumah dan menghulur satu beg plastik ke arah Faizal.
Faizal yang mendengar suara Aryan, lantas menoleh ke belakang dan memberi hadiah istimewa.
Tang!
(Aku tak tahu macam mana bunyi senduk kena kat kepala so kalau kau nak tahu, try lah sendiri ✯ᴗ✯. )"Kau kenapa baling senduk tu kat aku b*doh!" Aryan mengerang kecil sambil mengosok perlahan benjol di kepalanya.
"Aku tahu lah parents kau tu kaya tapi itu tak bermaksud kau tu tak pernah kena ajar sopan santun. Lagi satu, kau tu islam jadi bagi lah salam sebelum masuk rumah." Faizal mula berleter.
"Nevermind." Aryan hanya membalas ringkas lalu berjalan menuju ke tingkat atas.
Tang!!! Sekali lagi, bunyi senduk bertemu kepala manusia.
"Sakit lah b*bi!" marah Aryan kepada Faizal sambil menunjukkan jari tengah.
"Astaghfirullahalazim sahabat. Di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa menahan diri daripada berperilaku seperti syaitan yang direjam itu..." Faizal mula membuka tirai drama tv3.
"... sebelum sang mentari terbit di tempat ia terbenam." sambungnya lagi.
"F*ck ah kau." Aryan langsung berlari menaiki tangga selepas memberikan Faizal 2 jari tengah.
Pp ke
"Dasar anak kutip, menyesal aku kutip kau dulu." ujar Faizal menyudahkan dramanya. Beg plastik tadi di ambil lalu dibawa ke dapur."ARYANNN!!!!!!!!" suara Faizal bergema disegenap rumah.
"AKU SURUH KAU BELI SANTAN, BUKANNYA AIR KELAPAAA!!!!!!!!" sambung Faizal sambil membawa sebilah pisau daging ke ruang tamu.
Danielle kelihatan sedang berusaha keras menahan Faizal daripada menaiki tangga.
"Tolong Zira!!" tenaga Danielle seorang, tidak cukup untuk menahan tenaga Faizal yang sedang dilanda ribut amarah.
"Tarik pisau tu dulu!" Azira muncul dan lantas menarik tubuh Faizal sekuat tenaga. Danielle pula menarik pisau daging yang berada digenggaman Faizal.
Setelah pertarungan yang memakan masa hampir 10 minit, kini pisau itu tidak lagi ditangan Faizal tetapi hal itu tidak membuatkan Faizal terus mengganas.
"MANA MAKHLUK L*HANAT TU! SINI AKU PENGGAL KEPALA DIA UNTUK LETAK KAT RENDANG AKU!" Faizal makin meliar.
Mungkin Aryan pekak ataupun b*doh, dia muncul dihadapan Faizal dengan muka tak bersalah.
Earphone wireless ditanggalkan daripada lubang pendengaran. "Kenapa ni?" sekali lagi Aryan bertindak seolah tiada dosa.
"SINI KAUU!!" dengan sekali tarik, tangan Faizal berjaya terlepas daripada kawalan Danielle. Tangannya pantas menarik rambut Aryan.
"Woi, woi! Sakit lah b*doh!" Aryan menjerit kesakitan sambil berusaha melepaskan cengkaman Faizal daripada rambutnya.
"AKU KATA BELI COCONUT MILK! KENAPA KAU BELI AIR KELAPA?!" soal Faizal, cengkaman dikuatkan pada setiap kata.
"Coconut milk kan susu kelapa, so susu kelapa tu air kelapa lah kan?!!" jawab Aryan dengan penuh nada tidak bersalah, ala-ala innocent gitu.
"AAARRRGGGHHHH!!!" Faizal semakin mengamuk selepas mendengar jawapan Aryan.
"Hei, kenapa buat baby boo I macam ni! Lepaskan dia sekarang!" Almeyra muncul dari belakang Aryan bersama Cikgu Nizam yang juga turut berada dibelakangnya.
"BAIK KAU DIAM SEBELUM KAU DENGAN B*BI BOO KAU NI JADI LAUK RAYA KITA!" dengan sekali herdik saja, Almeyra langsung diam dan berundur ke belakang.
Ding Dong
"Assalam-... APA KORANG BUAT NI!!!?" Author muncul disebalik pintu masuk utama banglo 3 tingkat itu sambil mencekak pinggang setelah melihat keadaan di dalam rumahnya.
Semuanya langsung terdiam dan berdiri tegak. Walaupun Faizal yang paling ditakuti di banglo itu namun Author jauh lebih berkuasa. Sekali dia marah, jalan hidup watak langsung berubah.
Sejam telah berlalu dan kini semua sudahpun berpakaian raya masing-masing. Pergaduhan kecil tadi bagaikan tidak pernah berlaku.
Author duduk disofa bersama dengan para watak berbaris dihadapannya.
"Masing-masing dosa banyak dengan aku jadi minta maaf lah sebelum terlambat." Author dengan penuh drama.
( Walaupun author belum spm lagi tapi kat sini anggap lah author ni seorang lelaki tua yang berjanggut putih )
"Minta maaf ya author, walaupun aku takde salah tapi maaf ye. Duit raya nak yang ungu tahu." ujar Haikal.
"Semua duit ikut dosa masing-masing, siapa dosa banyak haa sikit lah dalam sampul tu." author membalas dalam nada menyakat.
Setelah kesemua watak saling meminta maaf, kini giliran Faizal pula.
"Aku minta maaf ye author, banyak dosa aku kat kau..." Faizal pun membuka kata dengan penuh drama.
"Tahu pu-"
"... tapi walau macam mana pun, dosa author kat aku lagi banyak tahu. Kesian aku mati kat setiap bab." potong Faizal.
"Apa-apa je lah." balas Author.
"Haha gurau je lah, aku minta maaf ye author. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki." sambung Faizal.
"Ye lah aku maafkan. Ha korang bila nak minta maaf lagi? Ingat lah setiap manusia selalu berbuat kesilapan."
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA AUTHOR (NAWI) DAN SEMUA WATAK ILUSI."
190424
YOU ARE READING
02 | ILUSI (ON GOING)
Mystery / Thriller'DIA WUJUD DI FANTASI KU TAPI SERASA REALITI' . . . Ilusinya bagaikan realiti. Keduanya bagaikan menyatu. Sukar baginya untuk membezakan keduanya kerana beberapa kejadian. . . . "Kenapa cuma aku seorang yang tahu kewujudan kau hah!"- FAIZAL BIN HAFI...