Kaki melangkah perlahan-lahan. Mulut dibawa ke telinga lalu berbisik. "Kau nak bagi nama kau atau aku sendiri cari nama kau." nada rendah tapi remaja itu berpeluh dingin.
Suara itu...
Bukan suara Faizal.
____________________
*AMARAN
PERKATAAN 'CIPTAAN' DI NOVEL INI BERMAKSUD 'MEWUJUDKAN' ATAU 'MENGHASILKAN'. IA SAMA SEKALI BUKAN BERMAKSUD SEPERTI CIPTAAN TUHAN.Remaja India itu berundur lalu terjatuh ke belakang. Badannya menggigil. Dia bingkas bangun.
"Ra-rajoo. Nama aku Rajoo." sedikit getaran di awal bicara tapi riak wajahnya dikawal agar terlihat tenang.
"Dah masuk sana." Faizal menulis namanya di buku tugasan.
Skip time
Di kelas, Faizal melakukan aktiviti seperti biasa. Tapi hari itu lain sedikit daripada hari yang biasa.
Semua guru ada mesyuarat mendadak dan semua pengawas dikerahkan untuk mengawal setiap kelas.
Memandangkan di sekolah kurang pengawas jadi pada pelajar agak sukar dikawal. Faizal juga tidak terkecuali.
Yah kali ini tugasnya sedikit sukar kerana Faizal ditugaskan untuk mengawal pelajar tingkatan 5 Emerald. Kelas yang paling nakal di sekolah dan di situlah kelas Sang Pembuli Sekolah, Aryan.
Faizal mahu membantah untuk ditugaskan mengawal kelas itu namun arahan ketua pengawas tidak boleh dia bantah sama sekali.
Faizal dengan lemah longlai melangkah ke arah kelas Itu. Kaki melangkah perlahan. Fikirannya bercelaru, matanya kabur sesaat lalu kembali normal dan ia berlaku berulang kali.
Apabila tinggal setengah meter lagi dia sampai di muka pintu kelas 5 Emerald, sebuah kerusi terlempar keluar dan hampir mencederakan tubuhnya.
Kerusi kayu itupun langsung patah apabila bertemu dengan tembok koridor tepat di depan pintu kelas 5 Emerald.
Faizal yang masih terkejut akan hal itu bertambah terkejut apabila seorang remaja lelaki terlempar keluar dari kelas itu.
Dia kenal remaja itu. Remaja itu salah satu mangsa buli seluruh pembuli sekolah.
Faizal dengan refleks terus menuju ke lelaki itu. Tag nama di dada dibaca. Nama Ikhwan tertera.
"Ikhwan, awak okey?" Faizal menyoal Ikhwan sambil menyandarkan tubuh lelaki itu di pahanya.
"Oi p*ndan! Apa kau buat kat sini hah si*l!" suara Aryan kedengaran dari dalam kelas. Apabila Faizal menoleh, semua kawan Aryan ketawa mengejek.
"Apa lagi yang kau nak ni, Aryan!" Faizal membalas dengan nada yang lebih tinggi.
"Wah, dah berani p*ndan sekolah kita sekarang." Aryan lalu mendekat Faizal lalu menarik rambutnya ke belakang sehingga kepala Faizal mendongak ke atas.
Bibirnya dibawa ke telinga Faizal. "Kau tau kan aku tak suka orang lawan aku." bisikan itu serasa ugutan bagi Faizal.
Aryan lalu menarik rambut Faizal masuk ke dalam kelasnya sehingga tubuh kecil Faizal itu terseret.
"Oi, lepaskan aku. Sakit lah b*doh." Faizal sudah tidak kisah dengan siapa dia berbicara. Dia perasan yang dikelas itu hanya ada Aryan dan konco-konconya saja.
Faizal yang sepertinya dapat baca apa yang akan terjadi seterusnya sudah tentu cuba melepaskan diri. Faizal takut kalau dia hilang kawalan! Tapi Aryan lebih tangkas berbanding Faizal.
YOU ARE READING
02 | ILUSI (ON GOING)
Mystery / Thriller'DIA WUJUD DI FANTASI KU TAPI SERASA REALITI' . . . Ilusinya bagaikan realiti. Keduanya bagaikan menyatu. Sukar baginya untuk membezakan keduanya kerana beberapa kejadian. . . . "Kenapa cuma aku seorang yang tahu kewujudan kau hah!"- FAIZAL BIN HAFI...