Bab 1.10

24 4 0
                                    

Ketepi kau budak." sakit tadi belum hilang, kini tubuh Faizal dilempar ke tepi. Lelaki botak tadi langsung berlari pantas.

"Dah lah botak, b*doh pula tu. Aku jumpa kau lagi, siap kau." Faizal yang hilang kesabaran langsung memaki lelaki botak tadi.

____________________

"Begitulah ceritanya." ujar Faizal. Danielle pun mengangguk kepala perlahan.

"Disebabkan kepala dia yang botak dan parut kat dahi dia yang besar ni lah aku dapat cam dia." ujar Faizal lagi sambil menunjuk-nunjuk gambar yang terpapar di skrin laptop Danielle.

"Perlu ke kau mention yang kepala dia tu botak? Penat aku dengar." Azira bersuara sambil menayangkan muka menyampah kepada Faizal.

"Of course lah. Itu maklumat paling penting tentang mamat ni kau tahu." Faizal mula membuka tirai untuk mood main-main.

"Whatever tapi yang penting sekarang ni macam mana kita nak report kat polis? Saya tak rasa yang maklumat kita ni cukup." Danielle dengan pantas cuba mengembalikan keseriusan suasana.

"Siapa kata kita kena laporkan Aryan kepada pihak polis?" soal Cikgu Nizam sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Cikgu lah siapa lagi." jawab Danielle.

"Memang tapi bukan kita yang laporkan kepada pihak polis tapi kita kena buat polis dapat bukti tanpa kita laporkan kepada mereka." balas Cikgu Nizam.

"Ooo faham, so sekarang ni kita kena fikir cara untuk buat perangkap untuk kantoikan Aryan kan?" Azira bersuara sambil bermain-main dengan pen.

"Betul tu, kit-" ucapan Cikgu Nizam dipotong oleh Faizal.

"Kita kena tangkap si botak ni dan gunakan dia sebagai patung kita untuk sempurnakan operasi ni?" potong Faizal dengan sekali nafas.

"Tepat sekali." puji Cikgu Nizam.

"Jadi apa rancangannya cikgu?" Hilman yang diam dari tadi langsung mengutarakan soalannya.

"Itu lah yang saya nak minta tolong dengan kamu semua." balas Cikgu Nizam ringkas.

Faizal, Hilman, Danielle dan Azira menepuk dahi serentak.

"Kenapa?" soal Cikgu Nizam berserta riak wajah polos. Muka macam budak suci dari dosa.

"Ye lah, dah cara cikgu cakap tu macam cikgu dah siapkan plan from A to Z." Faizal membalas pantas.

"Plan belum ada tapi cikgu ada fikirkan strategi ringkas tak?" Danielle yang masih fokus dengan topik perbincangan itupun mengutarakan soalan kepada Cikgu Nizam.

"Strategi tu ada lah juga fikir sikit tapi tak sure kalau kamu dan yang lain setuju." balas Cikgu Nizam sambil menyelongkar begnya lalu mengeluarkan sekeping fail biru.

Fail dibuka dan sekeping kertas dikeluarkan dari dalam fail lalu diletakkan di atas meja. Semua mata langsung mengimbas sekali pandang isi yang tertulis di atas kertas putih bersaiz A4 itu.

"Firstly, kita kena kumpulkan segala bukti dan cuba untuk sembunyikan bukti-bukti lain yang tiada kaitan dengan Aryan." Cikgu Nizam pun memulakan sesi perbincangan strategi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

02 | ILUSI (ON GOING)Where stories live. Discover now