BAB 11

6.4K 372 55
                                    

Tengku Adelia meregangkan otot-otot badannya. Penat menghadap buku saja dari tadi. Matanya juga hampir terlelap. Dia bingkas bangun berdiri melangkah menuju ke balkoni biliknya.

Terus membulat mata Tengku Adelia apabila ternampak Nazeem sedang bersenam di halaman rumah.

" Uish bersenam pun nampak segak nah! Kau sabar jap! I'm coming! "

Tengku Adelia menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih selesa. Dia menggunakan baju jersey berwarna putih dan seluar tracksuit.

" La la la la la la " Tengku Adelia menuruni tangga dengan hati riang.

" Adik nak pergi mana? " tegur Tengku Ahnaf yang sedang duduk santai di hadapan televisyen.

Mahu merehatkan minda seketika dari belajar.

" Nak pergi bersenam sambil cuci mata " beritahu Tengku Adelia.

Tengku Ahnaf menoleh memandang Tengku Adelia dengan wajah berkerut.

" Adik? Bersenam? Dengan siapa? " soal Tengku Ahnaf dengan nada tidak senang. Risau jika adiknya itu pergi seorang diri.

" Seorang je tapi jangan risau. Dekat depan rumah je "

Tengku Adelia membuka pintu utama lalu mencapai kasut sukan di rak kasut.

Dia memanjat kerusi mahu mengintai Nazeem, bimbang lelaki itu tiada di halaman rumah lagi.

"Okay! Cantik! Masih ada! " bisiknya perlahan.

Dia berlari anak ke pintu pagar lalu melangkah keluar.

" Eh kekanda! Exercise ke tu? " tegur Tengku Adelia dari luar pagar rumah Nazeem. Kebetulan lelaki itu berdiri menghadap pagar.

Nazeem buat tak endah saja dengan pertanyaan Tengku Adelia.

Cis berani dia buat tak dengar.

Tengku Adelia berjoging dari jarak hujung rumah Nazeem ke rumahnya. Hampir sepuluh kali dia ulang alik. Matanya mengerling ke arah Nazeem. Lelaki itu masih fokus dengan senamannya.

Kemudian, Tengku Adelia berhenti betul-betul di hadapan rumah Nazeem.

" Fuh penatnya lah joging! " keluh Tengku Adelia dengan suara kuat, sengaja mahu memancing Nazeem untuk berborak.

Kejap-kejap Tengku Adelia lompat bintang, kejap-kejap dia lompat setempat.

" Penat sebab kau tak fit "

Terhenti sekejap lompatan Tengku Adelia mendengar kutukan dari Nazeem.

" Mungkin adinda akan lebih fit kalau bersenam dengan kekanda. Jom, teman adinda exercise dekat luar sini " ajak Tengku Adelia. Dia kembali membuat lompat bintang.

Nazeem menghentikan senamannya.

" Tak kuasa aku nak teman kau. Kalau kau nak teman, sekejap lagi ada anjing-anjing tepi jalan lalu. Kau ajak lah diorang teman kau dekat luar tu. Silap-silap diorang kejar kau " jawab Nazeem sarskatik.

" Eleh, setakat anjing. Tak ada hal lah. Jentik sikit confirm diaorang lari punya " Tengku Adelia berkata besar.

" Yakin betul eh kau ni? " Nazeem memberi pandangan sinis. Sempat dia melihat jam ditangannya.

Sikit lagi, desisnya dalam hati.

" Mestilah yakin. Your future wife kan. Kalau tak, takkan lah adinda ada berdiri dekat depan sini "

" Lima, empat, tiga, dua,.. " hitung Nazeem perlahan. Matanya mengerling Tengku Adelia yang masih giat membebel di depan pagar rumahnya.

" Nanti anjing tu muncul, adinda ajak lah diaorang bersenam. Macam ni,  1 2 1 2 " bebel Tengku Adelia lagi.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now