BAB 38

6.1K 360 86
                                    

" Assalamualaikum!! Ohh Assalamualaikum nenek garang!! "

Nazeem yang sedang mengeluarkan beg mereka berdua dari kereta hanya menggeleng kepala mendengar laungan Tengku Adelia.

Suka sangat menyakat Hajjah Asiah. Awal pagi lagi mereka berdua keluar dari rumah pulang ke kampung sekejap sebab Haji Ammar minta bantuan untuk membuat tempahan cendol yang dibuat orang kampung untuk majlis perkahwinan kerana Nazeem sudah biasa mengikut atuknya dari kecil.

Jadi Nazeem membuat keputusan untuk pulang sekejap memandangkan hujung minggu dia dan Tengku Adelia cuti dua hari dari kolej.

" Hah waalaikumsalam cucu bertuah! " jawab Hajjah Asiah ketika pintu dikuak dari dalam.

Tengku Adelia tersengih kecil lalu berlari naik ke tangga mendekati Hajjah Asiah.

" Hi nek! Adelia kembali menggegarkan emosi nenek " seloroh Tengku Adelia kemudian menggapai tangan Hajjah Asiah lalu dikucup sopan.

Haji Ammar yang berada di belakang Hajjah Asiah pula sudah ketawa kecil mendengar kata-kata Tengku Adelia.

Hajjah Asiah membuat muka padahal
dalam hati melonjak senang apabila melihat kehadiran Tengku Adelia kerana Nazeem cakap dia tak bawa isterinya itu. Berani cucunya itu menipu dia ya.

" Hah elok lah kamu ada. Boleh teman nenek pergi pasar sekejap nanti " ujar Hajjah Asiah dengan nada suara yang sengaja digarangkan.

" Nek, cakap saja nak pergi mana? Lautan atlantik pun Adelia sanggup ikut nek " ujar Tengku Adelia sambil memaniskan wajahnya.

" Ya lah kamu tu. Berpisah sekejap dengan kekanda kamu tu pun boleh naik gila, ada hati nak ikut ke lautan Atlantik bagai " Bidasan Hajjah Asiah itu membuatkan Tengku Adelia ketawa lantang.

Betul lah tu. Mana boleh berpisah lama dengan kekanda! Nanti hati hari-hari meronta sampai nak terkeluar sebab rindukan kekanda Nazeem.

" Nenek layankan saja lah isteri Naz ni " sampuk Nazeem dari belakang. Tangan Hajjah Asiah dan Haji Ammar dikucup perlahan.

" Berapa lama kamu balik ni? " soal Haji Ammar apabila melihat beg yang dibawa Nazeem kecil semacam.

" Sekejap saja atuk. Tiga hari. Kebetulan isnin Adelia tak ada kelas. Mungkin malam isnin tu balik semula ke sana " beritahu Nazeem.

" Sekejapnya balik " Hajjah Asiah merungut dengan wajah berkerut. Dia fikirkan lama lah cucunya itu berada di kampung.

" Ya nek. Bukan cuti sem sebab itu tak boleh lama " jelas Nazeem.

Wajah neneknya dipandang lama. Itu sebab dia malas mahu balik ke kampung kalau sekejap saja tapi dia tiada pilihan lain kerana atuknya meminta pertolongan.

" Mana boleh lama-lama dekat kampung ni. Nanti adinda tak ada privasi dengan kekanda "

Pap!

Tengku Adelia menggosok lengannya yang ditepuk Hajjah Asiah. Bibirnya memuncung sekejap.

" Privasi privasi. Apa dekat kampung ni tak ada privasi ke? Ada je tu hah bilik kamu berdua tu " tempelak Hajjah Asiah.

Nazeem dan Haji Ammar berpandangan. Mula dah perang mulut isteri masing-masing.

Tengku Adelia mengangkat jari telunjuknya lalu digoyang perlahan.

" Tetap tak boleh nek " jawab Tengku Adelia ringkas.

Hajjah Asiah bercekak pinggang menghadap isteri cucunya itu.

" Cuba kamu beritahu nenek, kenapa tetap tak ada privasi dekat sini? " tanya Hajjah Asiah garang.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now