BAB 12

6.4K 375 42
                                    

Nazeem turun ke bawah setelah selesai menunaikan solat Asar. Rumahnya hari ini penuh dengan kehadiran saudara mara memandangkan esok adalah hari penikahan dia bersama Tengku Adelia.

Jika ikut perancangan, Balqis mahu mengadakan majlis selepas Tengku Adelia dapat keputusan peperiksaan tetapi Tengku Arifin minta majlis diawalkan memandangkan perkara baik tidak elok dilambatkan.

" Ibu, ada lagi tak yang nak kena settlekan? " tanya Nazeem. Dia berdiri di sebelah Hawa yang sedang menggubah hantaran.

" Tak ada. Semuanya dah hampir siap ni " balas Hawa.

Dia rasa terhutang budi dengan ibunya kerana telah banyak membantu dia dalam persiapan majlis.

" Terima kasih ibu banyak tolong Naz " ucap Nazeem seraya mengusap perlahan bahu Hawa.

" Ibu tak kisah pun. Apa lah sangat setakat penat badan untuk majlis anak ibu dengan menantu fav ibu tu " ujar Hawa bersama senyuman kecil.

Siapa sangka, hajat Tengku Adelia untuk menjadikan anaknya,Nazeem sebagai suami akan tercapai.

" Abang Naz dah kenal betul-betul ke perempuan tu? Entah-entah dia tak serius pun nak kahwin dengan abang Naz. Tengok penampilan pun tahu tak matang lagi, seksi sana sini " kutuk Rina, sepupu Nazeem dari sebelah Hawa.

" In sha Allah dia yang terbaik untuk aku. Penampilan dia, itu akan jadi tanggungjawab aku. Sekurang-kurangnya dia tak pernah menjadi manusia yang sibuk dengan urusan orang lain sampai nak mengutuk bagai " balas Nazeem dengan suara dingin.

" Harap-harap lah kan. Maklumlah, Naz tu kan orang kenal sebagai orang yang baik-baik, rajin ke masjid surau bagai. Kalau orang kampung tengok isteri Naz macam tu, apa pula kata orang kan " tempelak Puan Ika, ibu kepada Rina.

" Dan In sha Allah bakal isteri Naz tu baik orangnya " balas Nazeem. Ada terselit rasa kurang senang apabila saudara maranya itu memandang rendah kepada Tengku Adelia hanya kerana pemakaian gadis itu.

" Biar lah siapa pun bakal isteri Nazeem. Yang aku tahu Nazeem mampu mendidik isteri dia menjadi wanita yang solehah. Kauorang tak payah banyak bunyi. Kalau datang nak tolong, buat cara tolong " sampuk Hajjah Asiah dari belakang.

Bukan dia tidak tahu anak keduanya itu dengan cucu perempuannya itu tidak puas hati dengan pilihan Nazeem.

Puan Ika buat muka apabila ditegur oleh Hajjah Asiah.

" Abang Naz, abang Naz "

Nazeem menoleh ke arah pintu apabila adik sepupunya, Syahir berlari ke arahnya dengan satu surat kecil.

" Kenapa tu? " tanya Nazeem sambil mengelus lembut rambut adik sepupunya itu.

" Nah,ada kakak cantik bagi " Syahir menyerahkan surat yang dipegang kepada Nazeem.

Nazeem membuka surat tersebut lalu dibaca di dalam hati.

' Kekanda! Cuba pergi balkoni with your phone sekarang, thank you muah '

Nazeem tersenyum senget. Menyempat lagi budak ni.

" Ibu, Naz masuk bilik sekejap "

Nazeem berlari menaiki tangga. Pintu bilik dibuka. Sempat matanya mengintai balkoni biliknya. Memang ada Tengku Adelia sedang berdiri di balkoni biliknya sendiri bersama telefon di tangan.

Nazeem mengatur langkah ke mejanya lalu mengambil telefon bimbitnya. Nombor Tengku Adelia ditekan lalu telefon ditekap ke telinga.

Panggilan diangkat.

" Ada apa? " Serbu Nazeem terus apabila suara Tengku Adelia menyapa telinganya. Dia membawa langkah kaki ke balkoni. Tengku Adelia melambaikan tangannya ketika ternampak Nazeem.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now