BAB 20

7.3K 363 26
                                    

" Assalamualaikum " laung Nazeem kuat apabila melihat rumah neneknya itu sunyi semacam.

" Kekanda, ada orang tak? " tanya Tengku Adelia setibanya dia di sisi Nazeem. Teringat pula kampung moyangnya sebelah Tengku Arifin. Rindu pula vibe-vibe kampung.

" Entah. Takut diaorang masih dekat surau je " balas Nazeem.

Mereka tiba di kampung agak lewat memandangkan mereka bertolak selepas asar tadi. Biasa, waktu-waktu begini ada ceramah di surau kampung neneknya.

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta. Kedua-duanya menoleh ke belakang.

" Hah, itu atuk dengan nenek "

Nazeem berjalan mendekati Hajjah Asiah dan Haji Ammar yang keluar dari kereta X-50 milik mereka.

" Assalamualaikum nek, tuk " sapa Nazeem seraya mengucup kedua tangan mereka.

" Waalaikumsalam, hah. Baru sampai ke? Dah solat ke belum ni? " terjah Hajjah Asiah dengan suara lantang.

Terkulat-kulat Tengku Adelia mendengar suara nenek suaminya yang kuat itu. Rasanya masa majlis hari tu, macam senyap aje. Air liur ditelan kesat.

" Dah nek, tadi singgah rnr sekejap " kata Nazeem seraya memanggil Tengku Adelia mendekati mereka.

" Err Assalamualaikum nenek, atuk, er sihat" Tengku Adelia menyapa dengan suara yang sudah dikepit habis supaya nampak lembut.

" Alhamdulillah sihat " jawab Haji Ammar ringkas.

Hajjah Asiah memandang Tengku Adelia dari atas ke bawah. Dia berjalan berdiri betul-betul di hadapan Tengku Adelia.

" Ni baju kamu memang tak cukup kain ke? Dekat tempat kamu dah habis ke kain dijual? " perli Hajjah Asiah. Seksi bebenar isteri cucunya itu.

Tengku Adelia menilik pemakaiannya.

" Ini? Mungkin kot nek. Tukang jahit tak sempat nak cari kain lebih sebab kesuntukan masa mungkin " jawab Tengku Adelia dengan nada bersahaja. Wajahnya sengaja dimaniskan.

Nazeem kemam bibir sambil menahan tawa. Berani betul isterinya itu menjawab. Tengku Adelia tidak tahu kah dengan siapa dia bercakap? Guru mengaji yang paling garang sekali di kampung ini.

" Hah elok lah tu. Nanti esok lusa dekat sana, jawab lah kamu macam tu " tempelak Hajjah Asiah.

" Baik nek tapi selalunya yang tukang jahit akan dipersoal dulukan sebab diaorang yang cipta baju ni kan? " Tengku Adelia bertanya dengan wajah polos. Terkebil-kebil matanya memandang Hajjah Asiah.

" Ya, lepas tu kamu lah pula " bidas Hajjah Asiah kembali. Berani pula budak ni menjawab.

" Oh okay-okay lepas tu nenek lah pula kan? " bidas Tengku Adelia kembali bersama sengihan.

" Eh budak ni, ada aku hempuk kang. Kau pergi masuk sana! "

Haji Ammar sudah ketawa kecil melihat isterinya naik angin melayan Tengku Adelia.
Nazeem hanya mampu menggeleng kepala.

" Jangan cakap macam tu lagi lepas ni, tak baik " tegur Nazeem perlahan ketika hanya tinggal mereka berdua saja belum masuk ke rumah.

Tengku Adelia hanya mengangguk perlahan. Gurau sikit pun tak boleh. Yang dia tahu, dia mahu tidur. Badannya terasa penat walaupun bukan dia yang memandu.

Pagi menjelma. Tengku Adelia meregangkan sedikit badannya. Memang seronok duduk kampung tetapi kesejukan yang mencengkam tidak dapat dielakkan sepanjang dia tidur malam tadi.

Dia menjengah kepala ke luar bilik. Sunyi sahaja. Bangun-bangun sahaja dia tengok suaminya sudah tiada di sisi. Nasib badan lah dapat suami jenis morning person.

THE ONE [C]Where stories live. Discover now