Di malam yang sepi, Aurora terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
"Dok, bagaimana keadaan isteri saya?" soal seseorang
"Keadaan Puan Aurora sudah stabil tetapi masih belum sedarkan diri. Pesakit ada kemungkinan untuk mengalami amnesia akibat daripada hentakan kuat dibahagian kepala," ujar Doktor Adam
"Ya Allah."
"Bawa bersabar, Riz. Semua benda yang berlaku ni mesti ada hikmah disebaliknya," ujar Encik Ahmad
"Doktor, pesakit sudah sedarkan diri," ujar jururawat yang menolak katil Aurora masuk ke wad biasa
"Saya datang," ujar Doktor Adam
Selang beberapa minit, Doktor Adam keluar daripada wad Aurora
"Keluarga pesakit dibenarkan masuk untuk melawat. Puan Aurora mengalami amnesia," ujar Doktor Adam
Encik Ahmad dan lelaki itupun memasuki wad milik Aurora
"Assalamualaikum," ujar Encik Ahmad
"Waalaikumussalam, eh papa," ujar Aurora lalu dia menyalami tangan milik Encik Ahmad
"Kamu jangan banyak sangat bergerak, nanti jahitan dibahagian tangan kamu terbuka," pesan Encik Ahmad
"Mama mana?" soal Aurora
"Mama kamu ada dekat rumah, papa tak benarkan dia ikut tadi," ujar Encik Ahmad
"Siapa lelaki tu?" soal Aurora lalu dia menunjuk kearah lelaki yang dimaksudkannya
"Kamu tak kenal dia?" soal Encik Ahmad
"Tak, papa. Ni baru kali pertama berjumpa dengan dia," ujar Aurora
"Pa, Riz balik dulu. Nanti akan ada yang hantar pakaian Aurora ke rumah papa. Buat sementara waktu, Aurora akan duduk dengan papa sampai ingatan dia pulih," bisik lelaki itu
"Baiklah, hati-hati memandu," ujar Encik Ahmad
"Baiklah, Riz pergi dulu," ujar lelaki itu lalu dia melangkah keluar daripada wad itu

YOU ARE READING
My Love, Aurora Qaisara
RomanceSiri Pertama _________________________________________ Mereka disatukan dalam keadaan yang tidak dijangka. Perkahwinan mereka bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh mereka. Mereka ditimpa pelbagai cabaran dalam alam perkahwinan mereka, namun mereka ha...