"Selamat pagi," ujar Aurora yang sedang menuruni tangga.
"Selamat pagi, jom sarapan," ujar Puan Mairah sambil menghidangkan makanan.
"Mana papa?" soal Aurora.
"Papa kamu tengah bersiap, kejap lagi dia turunlah," ujar Puan Mairah.
"Baiklah," ujar Aurora. Lalu dia membantu Puan Mairah untuk menghidang sarapan.
"Kamu tak pergi universiti ke?" soal Puan Mairah.
"Hari ini kelas petang," ujar Aurora.
"Ini last semester kamu, belajar rajin-rajin," ujar Puan Mairah.
"Ye lah, mama. Sara belajar rajin-rajin," ujar Aurora.
"Borak apa tu?" soal Encik Ahmad yang baru sahaja menuruni tangga.
"Borak kosong je," ujar Aurora.
"Sara, nanti kamu nak kerja dekat company papa atau kamu nak bekerja di company lain?" soal Encik Ahmad.
"Sara masih tak pasti lah, pa. Masih berbaki beberapa bulan sebelum Sara graduasi," ujar Aurora.
"Ye lah, kamu fikir baik-baik. Cek latar belakang syarikat yang kamu pilih," ujar Encik Ahmad.
"Baik, papa," ujar Aurora.
"Amboi, bukan main rancak lagi bersembang. Makan lah, sarapan ni bukan untuk direnung," ujar Puan Mairah.
"Baik, mama" ujar Aurora.
"Aiman, kau ok tak ni?" soal Adrian.
"Aku ok je," ujar Aiman.
"Kau terfikir apa yang umi kau cakap ke?" soal Rafael.
"Mhm."
"Dahlah fikir pasal benda tu, umi kau buat keputusan itu untuk kebaikan kau juga," ujar Adrian.
"Betul cakap Ad," ujar Zariel.
"Kelas mula kejap lagi, jom lah masuk dewan kuliah," ajak Endra.
"Jom"
"Assignment bertambah~," ujar Rafael.
"Assignment je pun, bukannya kau dipaksa pergi berperang dekat sempadan," ujar Aiman.
"Kau ni, nak drama sikit pun tak boleh," ujar Rafael.
"Drama kau tu tak kena tempat, waktu serius pun kau boleh buat lawak hambar," ujar Adrian.
Rafael menjeling Adrian.
"Suka hati aku lah nak buat drama, bukan kacau kau punya hidup pun," ujar Rafeal. Lalu dia pergi meninggalkan mereka yang lain.
"Kau ni, suka betul kacau si Raf tu" ujar Endra.
"Biarlah, yang dia lebih-lebih dah kenapa. Aku gurau je kan," ujar Adrian.
"Raf tu hati tisu, yang kau pergi gurau dengan dia macam tu dah kenapa?" soal Aiman.
"Saja nak kacau dia," ujar Adrian.
"Kau pergi minta maaf sekarang," ujar Aiman.
"Kenapa pula?" soal Adrian.
"Pergi je lah minta maaf, itu pun susah ke," ujar Zariel.
"Ye lah, aku pergi minta maaf," ujar Adrian. Lalu dia berjalan menuju ke kerusi yang diduduki oleh Rafael.
"Masalah betul lah dua manusia ni, asal berjumpa je mesti ada benda tak kena," ujar Aiman.
"Kanak-kanak riang berjumpa dengan manusia yang serius 24 jam, itu lah kejadiannya," ujar Zariel.
"Eh, Luqman mana?" soal Aiman.

YOU ARE READING
My Love, Aurora Qaisara
RomanceSiri Pertama _________________________________________ Mereka disatukan dalam keadaan yang tidak dijangka. Perkahwinan mereka bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh mereka. Mereka ditimpa pelbagai cabaran dalam alam perkahwinan mereka, namun mereka ha...