"Kau kenapa? Termenung dari tadi," ujar Lailatu.
"Takde apa lah," ujar Aurora.
"Ini kejap lagi kau balik sendiri atau tumpang aku?" soal Lailatul.
"Aku tumpang kau lah, tadi pun abang aku yang hantar," ujar Aurora.
"Ye lah, nanti kau tunggu aku dekat kereta. Aku kena jumpa Miss Nisa dulu nanti," ujar Lailatul.
"Ye."
"Aurora, abang kau apa khabar?" soal Miza.
"Baik je, eh asal kau tetiba tanya pasal abang aku ni?" soal Aurora.
"Saja tanya," ujar Miza.
"Ye lah, cuti sem nanti kau pergi mana?" soal Aurora.
"Tak pergi mana-mana, aku malas nak keluar rumah cuti sem nanti," ujar Miza.
"Kau pula?" soal Miza kepada Aurora.
"Entahlah, aku pun tak pasti," ujar Aurora.
"Laila, kau pergi mana cuti sem nanti?" soal Miza.
"Duduk rumah je," ujar Lailatul.
"Kelas kita berakhir disini, jumpa kamu semua di kelas seterusnya," ujar Miss Nisa sebelum semua siswi dan siswa keluar daripada dewan kuliah.
"Kau pergi dulu, nanti aku jumpa kau dekat tempat letak kereta," ujar Lailatul.
"Okay," ujar Aurora sebelum dia pergi meninggalkan Lailatul yang sedang menuju ke Miss Nisa.
"Luq, kau dah dapat belum apa yang aku minta?" soal Aiman.
"Dah, aku letak dekat meja belajar kau," ujar Luqman.
"Thanks Luq," ujar Aiman.
"No problem, kau nak makan apa? Aku nak pergi pesan ni," ujar Luqman.
"Apa-apa je lah, asalkan boleh dimakan," ujar Aiman.
"Oke," ujar Luqman. Lalu dia pergi ke biliknya semula.
"Oke ke tak ni?" soal Endra yang baru sahaja turun daripada tangga.
"Aku oke je lah," ujar Aiman.
"Kau masih terfikir pasal benda tu ke?" soal Endra.
"Hmm."
"Benda tu dah lama terjadi. Jangan serabutkan kepala kau dengan benda tu lagi," ujar Endra.
"Ye lah, aku nak masuk bilik dulu," ujar Aiman. Lalu dia terus bangun daripada posisi duduknya dan terus menuju ke arah tangga.
"Aku tahu kau rindu dia tapi keadaan tidak mengizinkan untuk kau berjumpa dengan dia," ujar Endra secara perlahan supaya tidak didengari oleh yang lain.
"Mana dia letak pendrive ni," ujar Aiman yang baru sahaja tiba Adi biliknya dan terus mencari pendrive yang dimaksudkan oleh Luqman.
"Ni dia," ujar Aiman.
Lalu dia berjalan ke arah meja belajarnya dan membuka komputer riba miliknya sebelum menyambungkan pendrive tersebut ke komputer ribanya.
Aiman pun mula membuka semua fail yang berada di dalam pendrive itu.
"Mana Laila ni, dah dekat 20 minit aku tunggu dekat sini," ujar Aurora berseorangan.
"Aurora, saya ada nak cakap sesuatu dengan awak," ujar seseorang yang baru sahaja tiba di tempat letak kereta milik Lailatul.
"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini, Iman?" soal Aurora.
"Itu awak tak perlu tahu, tolong dengar penjelasan saya," ujar Iman.
YOU ARE READING
My Love, Aurora Qaisara
RomanceSiri Pertama _________________________________________ Mereka disatukan dalam keadaan yang tidak dijangka. Perkahwinan mereka bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh mereka. Mereka ditimpa pelbagai cabaran dalam alam perkahwinan mereka, namun mereka ha...