3 - 𝙷𝙿𝚆

228 15 0
                                    

"𝑫𝒐𝒏'𝒕 𝒕𝒐𝒖𝒄𝒉 𝒎𝒊𝒏𝒆 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒓𝒆𝒈𝒓𝒆𝒕 𝒊𝒕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"𝑫𝒐𝒏'𝒕 𝒕𝒐𝒖𝒄𝒉 𝒎𝒊𝒏𝒆 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒓𝒆𝒈𝒓𝒆𝒕 𝒊𝒕."

✿✿✿

Seminggu kemudian ....

Ayra dan Erin tiba dihadapan syarikat tersebut pada jam 8.00 pagi. Masing-masing terpegun melihat syarikat yang terletak gah di hadapan mereka.

"Wei gile, besarnya." ujar Erin dengan mulut yang ternganga. Berkerut dahi Ayra mendengar kata-kata Erin.

"Kenapa kau terkejut sangat? Bukannya syarikat papa kau pun besar ke?" tanya Ayra pelik. Erin membuat muka.

"Memang lah. Tapi bangunan ni cantik kau tahu tak ! First time aku nampak bangunan yang cantik macam ni tau !" balas Erin sambil memandang kearah bangunan itu semula.

Beberapa minit kemudian, datang seorang security menyapa mereka.

"Assalamualaikum cik berdua. Ada apa-apa yang boleh saya bantu." sapanya sopan.

Mendengar sapaan itu, mereka berdua berpaling kearahnya. Mereka berdua menghadiahkan senyuman yang manis sebelum menjawab.

"Waalaikumussalam pakcik, kitorang baru dekat sini. Saje tengok kawasan. Hehehe." ujar Erin sambil tersengih kambing.

Pakcik itu tergelak kecil sebelum dia bersuara

"Ouh ye ke. Patutlah. Nak pakcik tunjukkan jalan tak?" tanya pakcik itu sopan.

Ayra dan Erin memandang satu sama lain sebelum mereka mengangguk laju tanda mahu. Dengan sopan pakcik tersebut membawa mereka ke lobby utama. Semasa dalam perjalanan mereka berborak mesra.

"Ralit kita bersembang, anak berdua ni nama apa?" tanya pakcik tersebut.

"Pakcik panggil je saya Ayra. Dan yang mulut murai ni pulak nama dia Erin." beritahu Ayra. Pakcik itu hanya mengangguk sebelum dia memperkenalkan dirinya.

"Nama pakcik, Hamdan. Panggil je pakcik Hamdan." ujarnya. Mereka mengangguk faham sebelum bertanya lagi.

Banyak betul soalan nak tanya pun.

"Pakcik dah lama ke kerja kat sini?" tanya Erin kepoh.

"Lama juga lah. Lebih kurang 15 tahun. Lama la kan." beritahu pakcik Hamdan. Masing-masing ternganga.

Lama nyah.

Sedang ralit mereka berborak, mereka sudah sampai di lobi utama lalu Pakcik Hamdan meninggalkan mereka berdua di situ. Mereka berdua bergerak kearah kaunter pertanyaan di mana terdapat seorang perempuan yang bertudung manis berada di situ.

"Assalamualaikum kak." sapa Ayra sopan.

"Waalaikumussalam, ye. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" jawab gadis itu dengan senyuman yang manis.

HIS PRECIOUS WIFE | ON GOINGWhere stories live. Discover now