"𝑫𝒐𝒏'𝒕 𝒕𝒐𝒖𝒄𝒉 𝒎𝒊𝒏𝒆 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒓𝒆𝒈𝒓𝒆𝒕 𝒊𝒕."
✿✿✿
Sudah sebulan berlalu kejadian di mana Haq bertemu Ayra di Central Square. Setiap hari Haq menyebut nama Ayra di hadapan keluarga besar itu sehingga menimbulkan pelbagai persoalan di benak fikiran mereka.
"Siapa Ayra?" tanya Tuan Dhiya 'aldin.
"Ammy bawu Haq tok daddy." jawab Haq dengan ada yang ceria. Tok daddnya mengangguk faham tetapi lain pula si kembar. Danisy dan Danisya yang sedang mengunyah makanan itu tersedak sebelum menggapai air kosong untuk diminum. Si kembar itu memandang antara satu sama lain sebelum Danisya bersuara.
"Mummy baru? Who?" tanya Danisya ingin tahu. Haq menjongket keningnya sambil tersenyum berlagak. Danisya memincing matanya dengan wajah yang geram. Berlagak pula dia.
"Haq jumpa mummy baru dekat mana?" tanya Danisy ingin tahu. Curious betul ini budak. Risau main sebat mak orang je.
"Dekat mall." jawab Haq ringkas.
"How Haq boleh jumpa dia?" soalnya lagi.
"She helped me from 'ambut tebuan." jawab Haq selamba.
Rambut tebuan?
Masing-masing tergelak kuat mendengar jawapan Haq. Danny hanya mampu menggeleng kepala mendengar jawapan anaknya itu sambil tersenyum nipis.
"Angan salah Haq ye. Haq sendili engar mummy akap dorang ambut tebuan." sambungnya lagi. Lagi kuat si kembar itu ketawa.
"Hahahaa. Haq kenal ke sape rambut tebuan tu?" tanya Danisy lagi. Haq terdiam sejenak sambil jarinya mengetuk dagu seolah-olah memikir.
"Hrmmm kenal. She's one of the women who tried hard to seduce daddy." jawab Haq dengan yakin. Danny mengerut dahi pelik.
"Eh Haq, yang try hard nak pikat daddy Haq tu berlambak Haq tahu. Mana satu yang cari pasal dengan Haq?" tanya Danisy lagi.
''I can't remember that girl's name but her face is very familiar. She always bothering daddy. Auntie tu edik angat." beritahu dengan membuat memek muka menyampah. Si kembar itu diam membisu sambil masing-masing mencerna kata-kata Haq. Belum sempat Danisya membuka suara Danny memotong laju.
"Stop it. My, Dary habis tuition pukul berapa?" tanya Danny mengalih topik sebelum dia menangkap memek muka adiknya itu menjelingnya tajam. Danny buat tak endah. Malas nak dengar perbualan antara dorang. Siapa pun perempuan itu, dia tidak mahu tahu.
"12.30 pm." jawab Puan Marissa. Danny mengangguk faham.
"Nanti balik Danny yang jemput." beritahu Danny sebelum dia bergerak naik ke mini pejabatnya di atas.
*********
Ayra yang ralit menyiapkan proposal itu, terdengar handphonenya berdering meminta untuk diangkat. Dengan menjeling sekilas sebelum menjawab panggilan tersebut. Tertera nombor yang tidak dikenali disitu sebelum dia menjawab.
"He-hello a-akak." terdengar suara perempuan seakan ingin menangis. Dia terdiam seketika untuk mengingati gerangan tersebut.
"A-akak. I-Ini R-Rai. Rai rin-rindu a-akak." ucap Raihana dengan suara yang perlahan sambil menahan tangis. Ayra terkejut. Bagaimana adik sepupunya itu boleh menghubunginya sedangkan Raihana tidak mempunya telefon bimbit.
"Rai? Rai okey ke? Rai ada mana?" soal Ayra bertubi-tubi.
"Rai ada tuition di sekolah. Rai pinjam hp kawan. Akak sihat? Lama Rai tak dengar khabar akak lepas je akak keluar rumah haritu." luahnya perlahan.
"Alhamdulillah akak okey. Akak pun rindu Rai. Rai sekolah macam mana okey ke?" tanya Ayra prihatin.
"Alhamdulillah sekolah semuanya okey. Yuran Ayra belum bayar. Mama dan kakak ambil semua duit bantuan yang Ayra dapat untuk kepentingan diorang. Rai kecewa akak." luahnya dengan suara yang lirih. Kedengaran suaranya seakan menangis dihujung telefon.
Allah.
Mengucap panjang Ayra dalam hati. Kejam sungguh makcik dan kakak sepupunya itu.
"Pasal yuran Ayra jangan risau okey? Akak akan bantu Rai. Sekarang akak nak Rai fokus belajar faham? Pasal duit apa tu, Rai jangan bimbang ye. Akak akan bantu Rai sikit demi sikit." ujar Ayra lembut.
"Eh akak, takpe. Rai call akak bukan Rai nak minta simpati dari akak. Rai call sebab Rai rindu akak. Rai risaukan akak." tolak Raihana. Dia tidak mahu menyusahkan kakak sepupunya. Cukup lah selama kakak sepupunya itu terseksa dengan keluarganya sekarang dia berhak bahagia dengan kehidupan barunya.
"Rai. Jangan risau ye. Akak dah anggap Rai macam adik akak sendiri. Rai dah banyak tolong akak waktu akak susah dulu so jangan fikir bukan-bukan okey. Apa yang akak inginkan adalah akak nak tengok Rai berjaya dan bahagia macam orang lain. Buktikan yang Rai juga boleh berjaya. Nanti ada masa kita jumpa ye." nasihat seorang kakak kepada adiknya. Raihana sedaya upaya menahan air matanya mengalir laju. Risau di soal siasat oleh Rykarl.
Rykarl hanya melihat dari jauh gadis kesayangannya itu berbual dengan seseorang. Dari jauh dapat dia lihat, Raihana kejap-kejap menyapu mukanya seakan menghapus air matanya menggunakan hujung baju kurung yang di pakainya. Rykarl bertekad untuk mengetahui kisah Raihana dengan lebih mendalam kerana Raihana sejenis yang tidak berkongsi dengan sesiapa pun termasuk kawan-kawanya yang lain.
'Aku kena cari tahu.' ujar Raykarl dalam hati.
*******
Pov Raykarl ~~~
Dia melihat gadis kesayangannya itu menghampirinya dengan wajah yang disorok sedikit.
"Dah ?" tanya Raykarl lembut. Raihana mengangguk kepala perlahan.
"Terima kasih pinjamkan handphone awak untuk saya." ucap Raihana sambil menghadiahkan senyuman yang manis. Raykarl hanya mengangguk kepala tanda membalas ucapan Raihana.
"Kau call sape?" tanya Raykarl ingin tahu. Raihana memandang wajah Raykarl seakan tidak sabar itu ketawa kecil.
"Kakak sepupu saya. Dah lama saya tak jumpa sejak dia keluar rumah haritu." jujur Raihana. Raykarl mengerut dahi pelik.
"Kakak sepupu kau? Asal kau call dia? Bukan kau tak rapat ke dengan kakak sepupu kau?" tanya Raykarl lagi. Raihana mengeluh perlahan sebelum dia mengajak Raykarl duduk di bawah pondok yang disediakan disitu.
Lalu dia menceritakan semua kepada Raykarl. Dapat Raihana lihat reaksi Raykarl seakan terkejut. Dia baru tahu kisah tragis yang menimpa gadis kesayangannya itu.
*********
Hi !
YOU ARE READING
HIS PRECIOUS WIFE | ON GOING
AcciónMiliardario The Siries : Book 1 Tuan Danny Malique Alessandro × Nur Ayra Kayyisa Danny, seorang lelaki bangsawan yang sangat berpengaruh. Rata-rata orang, tidak...