"𝑫𝒐𝒏'𝒕 𝒕𝒐𝒖𝒄𝒉 𝒎𝒊𝒏𝒆 𝒊𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒕𝒐 𝒓𝒆𝒈𝒓𝒆𝒕 𝒊𝒕."
✿✿✿
Raihana datang ke sekolah awal pagi. Dia bangun pukul 5 pagi untuk mengemas dan masakkan sarapan untuk keluarganya. Selepas semuanya siap, dia terus bersiap-siap ke sekolah.
Kini dia sedang bersantai di pondok sekolah sambil merenung jauh. Dia membawa nasi goreng dan juga air teh sebagai bekalan untuk makan pada waktu rehat. Dia tiada wang untuk dibawa ke sekolah.
Dia termenung jauh memikirkan kehidupannya.
"Aku boleh berjaya macam orang lain ke? Aku boleh bahagia macam orang lain ke?" ujarnya dalam hati dengan mata yang berkaca.
Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya. Dia terlalu rindukan kak sepupunya, Ayra.
Ayra banyak membantunya dari segi pelajaran. Dia sudah menganggap Ayra seperti kakak kandungnya sendiri.
Tahun ini adalah tahun yang sangat penting baginya kerana dia akan menduduki SPM.
Sedang ralit dia termenung, datang seseorang dari arah belakang menegurnya.
"Ana." tegur lelaki tersebut. Lantas Raihana berpaling kearah gerangan tersebut sambil tersenyum nipis.
"Oh awak. Duduklah." pelawa Raihana sebelum dia bergenjak kearah kiri untuk memberi rumah kepada lelaki itu.
Ana? Ye. Hanya dia dan juga cikgu Aisyah memanggilnya Ana. Yang lain memanggilnya Rai.
"Awal kau datang hari ni. Kau dah breakfast ke?" tanya lelaki itu prihatin. Raihana hanya mengangguk perlahan tanda mengiyakan walaupun hakikatnya tidak.
"Ana."
Tiba-tiba, lelaki itu menghulurkan sandwich yang dibawanya dari rumah. Raihana memangdangnya pelik.
"Nah, makanlah. Aku tahu, kau tak makan lagi kan. Nah makan, mama aku buat." beritahunya.
Nampak sedap. Nak ambil tapi malu.
"Kau nak aku suap ke baru nak makan?" tanya lelaki tersebut dengan alis yang di angkat sebelah. Raihana menggeleng laju sebelum dia mengambil sandwich tersebut.
Dengan lafaz bismillah dia mengunyah sandwich tersebut perlahan.
"Sedap?" tanyanya. Raihana mengangguk tanda mengiyakan. Lelaki itu mengangguk beberapa kali sebelum bersuara.
"Aku nak tanya, minggu lepas kenapa kau selalu datang lambat? Setiap kali kau datang, muka kau nampak penat. Kau buat ape sebelum datang sekolah?" tanya si dia lagi ingin tahu.
Raihana terdiam. Dia teragak-agak untuk memberitahu kawan lelakinya itu. Hanya lelaki itu yang sudi berkawan dan berborak dengannya.
"Saya kena buat kerja rumah dan masak dulu sebelum datang sekolah. Kalau saya tak buat, nanti saya kena marah." luah Raihana dengan suara yang perlahan. Matanya berkaca apabila dia mengingati kejadian minggu lepas dimana kakaknya, Maira dengan sengaja menjatuhkan minyak panas sehingga terkena lengan kananya.
YOU ARE READING
HIS PRECIOUS WIFE | ON GOING
ActionMiliardario The Siries : Book 1 Tuan Danny Malique Alessandro × Nur Ayra Kayyisa Danny, seorang lelaki bangsawan yang sangat berpengaruh. Rata-rata orang, tidak...