Kesayangan😻

14 1 0
                                    

                         12+ terlalu aksi

Siapa yang tak kuat semangat diharap
                               langkau











Sepucuk pistol jatuh ke tanah setelah seseorang yang memakai hoodie dan face masuk yang menyukarkan lagi untuk diketahui identitinya menyepak tangan seorang pengawai polis. Kawannya sudah melangkahkan beberapa tapak ke belakang.

Pengawai polis tadi atau lebih dikenali sebagai Zaki mengkipaskan tangannya sambil berkerut muka.

"Kau sapa hah!?"Ilham iaitu kawannya menjerkah. Namun tiada balasan. Itu membuatkan dia berang. Baru beberapa tapak kedepan, perutnya sudah disepak kuat. Ilham memuntahkan darah akibat senak di perut. Ilham sudah terduduk. Sakit yang dirasai terlalu menyeksa kawasan pernafasan.

Zaki yang mahu menyerang balas diketahui cekap pihak lawan. Tangan Zaki yang mahu menumbuknya ditahan di dalam genggaman tangan yang bersarung kain lalu dipulas ke belakang.

Tangan lagi satu menumbuk rahang Zaki. Menggelutuk bunyi gigi berlaga. Pisau Rambo dibawa keluar. Sarung tangan disebelah kiri ditanggal. Pisau Rambo itu membelah dada lelaki itu sekali dengan baju.

Diseluk tangan kiri ke dalam bukaan itu. Jantung ditarik keluar. Dia tergelak puas. Langkah kaki dibawa menuju ke Ilham yang masih menunduk kesakitan. Pandangan bertukar kosong. Pipi Ilham direngkuh kuat sehingga membulat. Jantung Zaki disumbat masuk ke dalam mulut itu.

Ilham meronta lemah di  dalam pegangan gerangan misteri itu. Dia bangun melepaskan Ilham. Ilham memuntahkan kembali jantung rakannya. Pisau Rambo diambil. Dengan sekali kelaran, nyawa lelaki itu sudah tiada.

Dia bangun dari duduk di atas Ilham. Sekeliling dilihat. Sarung tangan yang berkemungkinan boleh dijadikan bukti diambil.

"Jangan nak kacau aku lagi"dingin gerangan itu berkata. Setelah itu, dia menyeringai sepuasnya. Sekarang ni dia puas.

        ~◍✧                                             ✧⁠◍~

"Dua orang lelaki ditemui mati dibunuh. Mangsa disyaki dibunuh kejam berhampiran universiti–"Tv terus ditutup. Keluhan terlepas dari belahan bibir. Semakin hari semakin banyak pembunuhan.

Derapan kaki yang kedengaran mendekat membuatkan kepala dilusing ke belakang.

"Awal kau bangun. Baru kul 8 ni" perli Aulia.

"Hmm... Saja" Alana menyandarkan badan di tempat penyandar.

"Penat buat assignment la tu " Aulia terus ke belakang rumah untuk melihat kebun mini di belakang. Pintu dapur dibuka.

"ARRGGGHH"jerit Aulia lantang. Bergegas Alana berlari ke arah Aulia. Aulia yang terduduk dipandang pelik.

"Ricc–Ricky" Aulia terus menghamburkan tangisan pilu setelah melihat haiwan kesayangannya berlumuran darah tidak bergerak.

"Shhh.. sabar Aulia."bangkai kucing dipandang tidak lepas. Bau busuk bangkai kucing menyengat rongga hidung. Kesian kawannya.

"Kita tanam dulu la Aulia"Jari mengepit sedikit hidung mancungnya. Lalat dan semut sudah mengelilingi bangkai busuk itu.

Tangan Alana menolong Aulia bangkit. Kaki Aulia yang terasa lemah digagahkan juga. Alana membantu rakannya sehingga ke bilik. Tubuh Aulia dibaringkan. Bahu rakannya ditepuk-tepuk seakan mendodoikan.

Comforter pula dinaikkan sehingga paras dada. Dengan perlahan dia bangun setelah memastikan Aulia sudah tidur.

Dia perlu menguruskan bangkai itu dulu. Jika tidak bahu hanyir akan mengganggu jiran. Nanti kena saman pula.

      ~◍✧                                             ✧⁠◍~

A/N: Mati! Mati!😇🎊🎈

Kill You : Psycho KillerWhere stories live. Discover now