Killer🔪😈

33 2 0
                                    


Sejak kebelakangan ini, kes pembunuhan meningkat di Universiti Warga Aman. Mulalah bisikan menikus dari warga sekolah. Setakat ini 5 orang pelajar sudah terkorban. Punca kematian, dibunuh. Lagi menyukarkan tugas polis adalah apabila pesalah langsung tidak meninggalkan jejak. Cara pembunuhan pula sangat menyayat hati. Lihat mayat tak serupa mayat. Hancur teruk! Biji mata dikorek, usus ditarik keluar, lidah dipotong malah tangan dan kaki putus diceraikan dari badan. Pihak Forensik juga sudah melakukan banyak ujian autopsi terhadap mayat. Bersengkang mata mereka demi mencari pesalah. CCTV pula cuba dilihat tapi hampa. Pesalah sudah menghack  CCTV di kawasan berhampiran menyebabkan alat itu masa kejadian rosak.

Alana Farihah yang merupakan pelajar kolej universiti warga aman mengemas barang sekolah yang bertaburan ketika dia sedang ralit belajar setelah kelibat rakannya, Aulia Amana sedang berjalan terkedek-kedek ke arahnya.

"Farihah Alana ku sayang"tegur Aulia riang bersama senyuman lebar sehingga ke telinga. Alana mengecilkan mata memandang rakannya.

Kita baru tak jumpa 2 jam tau. Nama aku pun kau dah terbalikkan. Haih... Cik Aulia Amana oi" Aulia hanya sengih tak bersalah sehingga menampakkan gigi putih berserinya yang tersusun. Alan hanya menggeleng kecil bersama ketawa halus. Dia mencapai tote bagi sebelum menggalasnya di bahu.

Bahu Aulia dipaut. "Jom" ajaknya. Mereka berdua membuka langkah meninggalkan makmal komputer, tempat belajar favorite 'Alana Si Nerd'.

"Weh"panggil Aulia. Alana hanya bergumam.

"Kau tak takut ke?"soal Aulia tiba-tiba. Alana memandang pelik Aulia. Seakan faham isi fikiran Alana, dia memberi penjelasan.

"Yela, kes pembunuhan baru-baru ni. Kau tak takut ke?"jelas Aulia. Bibir sesekali dilorek senyuman kecil tatkala junior memandang mereka bersama senyuman.

"Hmm taktahu la. Dah budak tu buat salah memang kena dengan padahnya" Alana menyatakan tentang 5 budak yang menjadi mangsa pembunuhan. Mangsa sebenarnya geng badboys yang kurang adab dan murid bermasalah di universiti ni. Jadi Alana rasa memang patut dibunuh. Lagipun geng itu selalu membulinya kerana cermin mata tebalnya.

Aulia merengus geram. Sakit hati mendengar jawapan Alana. Bukan nak menyokong mangsa, malah dibela pesalah pula.

"Kau ada dengar pasal CCTV tak?" Aulia menukar topik perbualan. Alana menggeleng sekaligus menjawab persoalan Aulia.

"Aku dengar CCTV kat tempat kejadiaan, masa pembunuhan tu blank je. Masa CCTV tu dah okey pun time lepas pembunuhan"jelas Aulia mengikut info yang didapatinya. Terangguk-angguk Alana mendengar.

"Cekap betul pembunuh ni"

"Memang sekarang ni pun, pengetua nak letak kamera tersembunyi kat tempat ternyorok sikit" Aulia berkata berbisik supaya tidak didengari orang lain. Maklumat yang diberitahu ini rahsia.

Alana terkaku sebentar.

Tahu-tahu saja mereka sudah sampai di hadapan kelas. Sekarang ni masih sesi pembelajaran. Sepatutnya tadi mereka berdua belajar juga tetapi pensyarah tidak datang. Dan mereka skip kelas. Sekarang ni baru ada kelas. Madam pun belum sampai lagi kerana Alana dan Aulia datang sedikit awal. Alana dan Aulia memang mengambil course yang sama iaitu bidang perniagaan. Tak sanggup berpisah lah katakan.

         ~◍✧                                             ✧⁠◍~

Alana yang sedang turun tangga memandang Aulia hairan. Terbongkok-bongkok. Serupa nenek tua.

"Meow.. Meow.. Tch. Tch. Tch" mendengarkan itu, wajah berkerut Alana bertukar kepada biasa. Tenang di melangkah turun seraya duduk di sofa.

"Hoi"bahu Aulia terhinjut terkejut. Dia memusing ke belakang. Sebak tiba-tiba menghimpit dada. Aulia berlari kecil ke arah sofa yang diduduki Alana. Lengan Alana dicapai. Digoncang tangan itu.

"Weehhh... Ricky hilang.. Aku cari dia takde pun..Huaa"adu Aulia dengan nafas yang tersekat-sekat. Ricky ialah kucing kesayangannya yang sudah bertahun dibela. Ricky ibarat harta termahal di dunia ini. Rickylah penemannya jikalau tiada Alana disisi.

"Haish.. kau ni jangan nangis"pujuk Alana tidak ikhlas. Makin berjuraian air mata mengalir. Alana menggulingkan bola mata ke atas. Ni lah jadi kalau nak sangat jaga benda berbulu. Dah takde, nangis je kerja.

"Nak Ricky" rengek Aulia. Alana memandang dia tajam. "Kau dah solat ke belum?" Aulia menggeleng perlahan. Alana menggerakkan bola mata ke atas. Menunjukkan signal untuk pergi ke tingkat atas. Aulia akur lalu terus melangkah lemah menuju tingkat atas, atau lebih tepat ke bilik. Dia perlu bersabar jika mahu Ricky kembali dan berdoa kepada Allah untuk mengembalikan Ricky.

Alana baring di atas sofa sambil merenung syiling atas. Aulia memang macam tu. Perlu diguna kekerasaan baru okay. Lagi dia berlembut lagi Aulia akan menangis nanti. Haih.. sahabat, sahabat.

        ~◍✧                                             ✧⁠◍~

A/N: 😄 Ermmm Hai?😊

Kill You : Psycho KillerWhere stories live. Discover now