Penamat🏆

10 0 0
                                    

Alana mahu keluar ikut arah lain tetapi tempat itu juga dikepung polis. Alana jadi takut. Mesin gergaji sudah jatuh dari genggaman.

Kemalut dalam kegelisahan, tanpa sedar tangannya sudah digari dan dibawa keluar. Alana gelak kuat. Farah yang masa itu yang mengari tangan Alana menggeleng perlahan.

Kena tangkap pun gelak. Aaron tersenyum nipis. Betul sangkaannya. Tengah dia memerhati Alana, bahunya ditepuk kuat dari tepi.

"Bapak ah! Hebatlah Inspektor tite ni" puji Yas sambil tersenyum bangga. Hidung kembang kempis. Bangga dapat kawan macam ni. Tumpang populariti sikit.

~◍✧ ✧⁠◍~

Alana duduk memeluk lutut. Dirinya kusut. Pengurusan dirinya juga tidak terurus. Mata automatik memandang pintu tatkala ada orang memasuki. Tajam mata itu memandang gerangan yang masuk. Nampaknya lelaki itu tidak berseorangan. Terdapat dua orang lagi yang memegang jawatan doktor psikiatri.

"Cik Alana"tegur pengurus hospital sakit mental yang sedang didiami Alana .Alana masih senyap memandang. Pengurus itu mengeluh berat.

"Oleh kerana Cik disahkan menghidapi penyakit mental. Cik tidak akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Kesalahan cik membunuh dan memalsukan nama"terang Pengurus itu dengan senyuman. Takut juga melihat muka pucat Alana. Dengan cengkungnya.

"Saya minta diri dulu kalau tiada apa-apa "pamit dia sopan. Terus mereka bertiga keluar meninggalkan Alana berseorangan.

Kini Alana tinggal di Hospital Sakit Mental kerana kecelaruan emosi yang dihadapinya. Tenang? Tidak. Kerana kata-kata terakhir Tuan Hisham selalu berlegar dalam fikiran seperti kaset rosak.

"Rahman juga yang bunuh ibu Aulia"

Betulkah? Kejam sangatkah Rahman terhadap keluarganya sedangkan depan Alana dia selalu berbuat baik.

"Hi.."suara itu. Pantas Alana mengalihkan pandangan. Anak matanya mula menghitam.

"Kau buat apa kat sini lagi? Layla!" Soal Alana keras. Layla tergelak sinis.

"Chill lah Nayli. Tak moh le marah marah"kata Layla santai. Ya, nama sebenar Alana ialah Nayli Fariha. Ditukar nama agar tidak diketahui Tuan Hisham.

"Sekarang. Dendam kau dah terbalas. Kau sepatutnya happy" Nayli menghiraukan Layla.

"Sekarang ni siapa pulak? Rahman?" Panas di hati Nayli. Dicapai cawan kaca di bahagian almari tepi lalu dibaling ke arah Layla sehingga bayangan itu hilang.

"Argh!!"jerit Nayli geram. Pintu dirempuh masuk dari luar. Doktor memegang Nayli yang meracau-racau di katil. Doktor Salina mengeluarkan cecair suntikan dari pocket belakang. Dibuang bahagian yang menutup bahagian jarum.

Dengan cekap Doktor Salina menyuntik lengan Nayli dengan ubat penenang itu.

Rontaan Nayli makin lama makin lemah. Dua orang doktor yang memegang Nayli tadi perlahan-lahan membaringkan tubuh itu apabila Nayli sudah tidak sedar sepenuhnya.

"Bawak keluar semua barang berbahaya!"arah pengurus tegas. Terkedek-kedek beberapa orang membawa keluar barang-barang yang mungkin berbahaya.

Pengakhiran seorang wanita. Dendam dia akhirnya terbalas juga tetapi adakah dia menyesal? Masihkah ada bahagia buat dia untuk kisah buku lain?

~◍✧ ✧⁠◍~

Cerita untuk sebab sudah tamat. Seterusnya akan dibuat kisah percintaan Nayli untuk buku baru.












































~Tamat~

Kill You : Psycho KillerWhere stories live. Discover now