Alat pengintip👮

7 0 0
                                    

Tuan Haikal dan Puan Masnah berada dalam keadaan lemah bermandikan darah. Alana yang tersedar membuka mata perlahan-lahan. Mata kuyu itu memandang mama dan papanya.

"Ma.. Pa.." Alana menepuk bahu Puan Masnah dan Tuan Haikal. Dihiraukan sakit di badan. Dia yang masih kanak-kanak tidak tahu apa yang berlaku. Dia masih bingung.

Ktak! Ktak!

Orang awam berusaha mahu membawa dia keluar dari situ kerana kereta itu akan meletup sebentar saja lagi. Setelah berjaya, lengan Alana ditarik cemas oleh seorang perempuan 30an. Berkali-kali ditegah suaminya tapi wanita itu tetap berdegil mahu menyelamatkan Alana.

Alana dibawa menjauh, baru berapa langkah Alana menjauhi kereta itu. Bunyi letupan yang kuat terhasil dari tempat ibu dan ayahnya berada sehingga tubuh kecil itu mengigil.

Masih terasa ketakutan yang dihadapi sehingga sekarang. Dia takut. Mata dipejam erat.

"Alana.."satu suara menyeru. Alana memandang sekeliling. Tiada siapa kecuali dia.

"Kenapa.."Alana merasakan ada suara tapi.. suara siapa tu?

"Kenapa tak bunuh je dia?"bisikan itu lagi. Alana tersenyum penuh makna. Kau tanya kenapa ye?

"Aku akan mula slowly.. dan sampai satu hari nanti aku sendiri akan seksa dia" suara itu bergelak tawa dengan seronok sekali. Alana mengengam tangan dia bersama mata memerah. Dia memejam mata lalu membuka kembali.

Muncul satu figura yang mempunyai rupa yang sama sepertinya. Figura itu memakai baju yang selalu dipakai Alana semasa pergi memburu. Dengan darah merah pekat terhias di baju itu.

Bayangan itu pun turut membalas pandangan Alana.

"Darah dibalas dengan darah. Nyawa dibalas dengan nyawa"

"Darah dibalas dengan darah. Nyawa dibalas dengan nyawa"

Sebut mereka berdua serentak. Setelah itu ketawa kedengaran di seluruh bilik. Seakan kata-kata itu adalah jenaka.

"Macam mana dengan perempuan tu? Kau nak simpan lagi ke ?"Alana menjongketkan kening .

"Aku nak biarkan perempuan pergi dengan papa di ke neraka. Menyusahkan je perempuan tu" Alana menggulingkan bola mata. Menyampah. Terangguk-angguk bayangan itu.

Tok..tok..tok

Alana memandang pintu. Automatik bayangan itu menghilang. Alana hanya tersenyum penuh bermakna.

         ~◍✧                                             ✧⁠◍~

Harini Alana menemani Aulia ke balai polis. Katanya Tuan Hisham yang suruh. Alana tanpa banyak kata terus setuju. Kerana dia ada sesuatu yang perlu dilakukan.

Aulia sudah pun pergi ke Tuan Hisham. Dia meninggalkan Alana seorang diri. Dasar kawan.

Alana memandang sekeliling. Tangan menyeluk beg silang. Dicari sesuatu sebelum digenggam. Tangan dibawa keluar semula. Dia berbuat biasa.

Perlahan kaki dibawa menuju ke satu meja. Dipandang sekeliling sebelum alat kecil yang dikenali sebagai alat pengintip suara dilekatkan di bawah meja.

Dia mengeluh lemah sebelum kembali ke tempat duduk. Datang Yas, Faris, Farah dan Aaron melalui depan Alana. Alana memandang mereka sekilas.

Aaron memandang Alana tidak lepas kerana perasan sesuatu yang pelik. Aura wanita itu lain macam. Nak kata jodoh? Mahu kena kejar satu dunia dengan cik tunang.

Dia perasan pandangan Aaron. Tapi dibiarkan saja. Tubuh Aulia yang menghampiri Alana mengalih perhatian Alana.

"Dah jom" Aulia mengheret Alana pergi. Alana membetulkan cermin mata 'palsunya' yang sedikit senget.

'something fishy' sedia hati Aaron.

         ~◍✧                                             ✧⁠◍~

A/N:Hambarnya.. Dan penulisan tak   
          banyak hmm

Kill You : Psycho KillerWhere stories live. Discover now