Dendam Terbalas?😰🚨

5 0 0
                                    

Tuan Hisham menunggu di sebuah bangunan usang. Walaupun pelik kenapa anaknya hendak berjumpa di situ. Sudah lebih 30 minit dia menunggu tetapi dia tetap berdiri teguh di situ. Dia akan berada di situ lagi 5 minit jika anaknya masih tidak datang.

Sekarang sudah 5 minit berlalu. Baru saja dia mahu pusing, kedengaran tepukan tangan yang kuat di belakang. Segera Tuan Hisham memandang belakang.

"Alana? Kamu buat apa kat sini? Aulia tak boleh datang ye?"aju Tuan Hisham dengan soalan. Kening berkerut hairan melihat gergaji di tangan Alana dan muka sinis Alana tanpa cermin mata. Masih cuba memproses.

"Hahaha..seriously Hisham? Dah tua pun bengap ke" Tuan Hisham mengerut kening dengan kata sinis Alana. Alana tersenyum lebar. Mangsa sudah ada depan mata. Tunggu terkam je.

"Aku"selangkah dia mara.

"Kat sini"selangkah lagi.

"Sebagai"lagi.

"Pembunuh terhormat"

"Akan"

"Tarik. Nyawa. KAU!"setelah itu banyak lagi langkah dia mara sehingga tiba di hadapan Tuan Hisham yang sudah cuak.

"Apa salah aku.."perlahan saja suara Tuan Hisham. Alana menunduk ke bawah sebelum memandang Tuan Hisham kembali dengan mata sudah mengelap.

"Salah kau?" Alana gelak terbahak-bahak. Bagai itu satu jenaka baginya.

"Orang kesayangan aku. Kebahagiaan aku. Kau bunuh! Abang kau sendiri. Haikal Ashari bin Mohd Rafi!" Jerit Alana Kuat. Tuan Hisham menggeleng kepala.

"Bukan aku" nafi Tuan Hisham. Alana menjadi bengang. "Dengan mata telinga aku sendiri! Aku tahulah." Berombak ganas dada Alana.

Alana yang ketika itu masih 6 tahun membuka pintu sebuah bilik. Fikirnya itu adalah biliknya di rumah nenek. Pintu terus ditutup separuh tatkala kelibat pak cik sedaranya kelihatan di dalam bilik itu. Mujurlah masa itu Pak cik sedaranya menghadap dinding bilik.

Dari celahan pintu bilik, dia mengintai. Kedengaran suara Tuan Hisham sedang berbual melalui telefon.

"Kau buat kerja bagus Malik. Mampus dah dua-dua tu" sipi-sipi sahaja suara Tuan Hisham tetapi masih jelas di pendengaran Alana. Alana mengerut dahi tidak faham. Mata bulat itu makin membesar apabila mendengar kata-kata seterusnya.

"Yang anak. Biar bebas" mulut menekup mulut bagi jeritan ketakutan tidak kedengaran.

"Universiti tu aku akhirnya akan ambil alih" Tuan Hisham gelak kemenangan dari dalam. Mata Alana menghitam. Tajam mata itu memandang belakang tubuh Tuan Hisham.

"Dah ingat ke belum?"soal Alana sinis. Gergaji di tangan diletakkan tepi dulu. Dia hendak melemahkan lawan dulu. Mengigil tubuh tua Tuan Hisham. Alana mengeluarkan pisau lipat dari belakang.

Perlahan-lahan pisau itu didekatkan ke kaki Tuan Hisham." Sedar atau tak?"

"Tu semua salah faham"

Tsak!

"Aaa!" Perlahan-lahan pisau yang ditusuk ke dalam paha Tuan Hisham ditarik ke bawah sehingga ke lutut.

Tanpa sedar, dari jauh sepasang mata melihat adegan itu. Aulia.

         ~◍✧                                             ✧⁠◍~

A/N: . . .

Kill You : Psycho KillerWhere stories live. Discover now