NAUFAL tersenyum nipis apabila melihat isterinya dalam busana pengantin bewarna putih. Isterinya, Rosalinda seorang mualaf yang berwarganegara Perancis sangat manis memakai tudung dan baju kurung putih bersih. Rosalinda tersenyum manis memandang suaminya itu.
"You're so pretty, Rosalle.... I'm lucky to have you," ujar Naufal dengan senyuman lebar. Pipi Rosalinda dielus lembut olehnya. Terserlah bahagia di raut wajah mereka berdua.
"Thank you, husbaby. You're look handsome too," balas Rosalinda dengan tawa kecilnya. Ternaik kening Naufal apabila mendengar panggilan Rosalinda padanya.
"Hus what? Husbaby? Kenapa husbaby?" soal Naufal dengan sengihan nipis. Rosalinda tidak menjawab malah hanya tersenyum lebar.
"Secret. Awak tak boleh tahu," balas Rosalinda pelat lalu dia melangkah ke arah bilik air yang berada di dalam bilik mereka untuk membersihkan diri. Naufal hanya memerhati sebelum tersengih. Macam-macam.
⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯
Naufal hanya mendiamkan diri di sofa ruang tamu. Jam di tangan dikerling beberapa kali. 12 pagi. Keluhan dilepaskan sebelum dia terus menekan papan kekunci komputer riba dengan laju. Mata tertumpu pada skrin komputer, namun fikirannya jauh melayang memikirkan isterinya yang masih belum pulang ke rumah.
Kring!
Bunyi loceng berbunyi sekali sebelum pintu utama rumah dibuka dari luar. Naufal terus mengalih perhatiannya ke arah pintu.
"I'm home," ujar Rosalinda sebelum dia melangkah masuk ke rumah dan menutup pintu di belakangnya. Dia terus memandang Naufal yang sedang merenungnya.
"Baby? You tak tidur lagi?" soal Rosalinda sebelum dia melangkah ke arah Naufal yang sedang duduk di sofa itu. Tempat di sebelah Naufal diambil.
Naufal tidak menjawab malah dia hanya merenung isterinya dengan dingin.
"Naufal? Why?" soal Rosalinda sekali lagi apabila Naufal hanya mendiamkan diri.
"Where have you been? Since morning? And now 12 am baru nak balik? You buat apa dekat luar lama-lama?" soal Naufal dengan dingin. Rosalinda terdiam apabila mendengar suara Naufal yang dingin itu.
"I pergi checkup baby pagi tadi," jawab Rosalinda tenang. Renungan dingin Naufal dibalas dengan renungan lembut.
"Then? Checkup tu pagi. Kejap je. Paling lama pun 3 jam kalau ramai. Then after checkup? Where have you been?" Mata isterinya tenung tajam dan dalam. Rosalinda mengeluh sebelum dia menundukkan kepalanya.
"Work. I go to work after that," jawabnya dengan perlahan. Membulat mata Naufal mendengar itu.
"You what?" soal Naufal dengan suara yang ditekankan. Wajah isterinya yang menunduk itu dipandang dengan makin tajam. Rosalinda hanya mendiamkan diri. Takut.
" I told you don't go to work! You're pregnant! You sedar tak you tu mengandung 8 bulan dah?! What if you tiba-tiba bersalin dekat tengah jalan atau dalam kereta atau dekat mana-mana yang tiada I?!" soal Naufal dengan suara yang dinaikkan seoktaf. Kuat. Terhinjut bahu Rosalinda.
YOU ARE READING
OG || NEW VERSION: DUDA PUJAAN JANDA DARA
Teen FictionIzzara Ilya, seorang gadis yang berumur 21 tahun yang sangat meminati lelaki yang berstatus duda. Sesiapa yang berstatus bujang akan ditolak mentah-mentah olehnya kerana dirinya mempunyai trauma dengan lelaki bujang. Naufal Rizqin, seorang duda muda...