༊*·˚ E M P A T

70 9 7
                                    

        NAUFAL memakirkan keretanya di tepi sebelum dia melangkah keluar dari keretanya. Dia menyilangkan tangannya ke dada sambil bersandar di pintu kereta. Mata hanya memerhati kanak-kanak yang sedang berlari-lari di sekitar sekolah tadika privasi itu. Kelibat anak lelakinya dicari dari jauh.

"Argh, mana budak kecil ni?! Aku ni ada kelas lah petang karang!" royan seseorang sedikit kuat di telinga Naufal sebelum dia terus menoleh ke arah pemilik suara itu. Keningnya dijungkitkan sedikit.

"Kakak aku ni pun satu! Tahu buat anak je. Ambik anak dekat sekolah taknak! Argh!" sambung gadis itu lagi. Naufal hanya diam memerhati sebelum dia menoleh ke arah hadapan semula.

"Makcik cari siapa?" soal Naufal kearah gadis itu. Gadis itu menoleh ke arah Naufal sebelum dia membulatkan matanya.

"Awak! Kawan kak Sophea kan! Yang kerek gila tu!" ujar gadis itu kuat. Naufal hanya mendiamkan diri.

"Saya bukan makcik lah! Saya muda lagi! Nama saya Ilya! Panggil Ilya je bukan makcik! Argh!" sambung gadis itu lagi tidak puas hati.

"Ada aku tanya nama kau siapa ke? Mulut aku so suka hati akulah nak panggil kau apa-apa pun. Makcik ke nenek ke moyang ke. Kisah pula aku," ujar Naufal selamba. Dia menoleh ke arah Ilya dengan sengihan sinisnya. Ilya hanya mendengus kasar. Dasar lelaki bujang tak guna!

"Kau buat apa dekat sini? Ambil anak? Kau dah kahwin ke? Ke... kau janda?" soal Naufal lagi sekali dengan selamba.

"Eh! Saya ambil anak kakak sayalah! Saya bujang lagi!" balas Ilya tidak puas hati. Eh, mamat ni kenapa mulut dia biadap?!

"Ada aku peduli?"

Ilya hanya menghentak-hentakkan kakinya kegeraman. Nasib lelaki je!

"Awak pula buat apa dekat sini? Ambil anak buah juga?" soal Ilya ramah. Walaupun dia geram tapi dia tetap cuba untuk ramah.

"Tak. Anak," jawab Naufal ringkas. Ilya membulatkan matanya kerana terkejut.

"Anak? Kiranya awak dah kahwin lah? Mana isteri awak?" soal Ilya sambil memandang Naufal. Mendengar sahaja soalan itu, Naufal terdiam sebelum dia menegakkan badannya. Tegang. Soalan Ilya dibiarkan tidak berjawab.

Ilya yang melihat Naufal seperti tegang itu merasakan sedikit aneh sebelum dia terus menoleh ke arah hadapan dan mendiamkan diri.

"Daddy!" seru seorang kanak-kanak kecil yang sedang berlari ke arah mereka. Naufal hanya memerhati kanak-kanak itu sebelum dia mencangkung. Ilya pula hanya diam memerhati.

"Hi, superhero. How's your day? Everything good?" soal Naufal mendatar. Tubuh kanak-kanak itu dipeluk sekilas sebelum dia menggosok rambut kanak-kanak itu dengan kasar.

"So far so good, daddy! Meen jumpa kawan baru! Nama dia Miyya!" cerita Nazmeen gembira. Ilya yang mendengar nama Miyya disebut itu terus menoleh ke arah Nazmeen dengan kerutan di dahi.

"Miyya?" soal Ilya tanpa sedar. Naufal dan Nazmeen terus menoleh ke arah Ilya yang sudah membutangkan matanya kerana terkejut terlepas kata.

"Aunty ni siapa? Aunty kenal ke Miyya?" soal Nazmeen dengan mata bulatnya. Polos.

"Kenal. Dia anak buah aunty. Anak kakak aunty," jawab Ilya dengan senyuman nipis. Nazmeen hanya mengangguk faham.

"Dah, jom balik. Daddy ada kerja nak kena buat," ujar Naufal sebelum dia bangun dari cangkungnya dan membuka pintu keretanya. Nazmeen hanya mengekori langkah bapanya.

"Bye, makcik janda dara," ujar Naufal selamba sebelum dia menutup pintu keretanya dan terus kereta dipandu laju. Ilya hanya menahan geram.

"Dasar lelaki tak guna!" royan Ilya geram.


































⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯





































"Aunty ni kenapa muka merah-merah? Nak kena lempang ke pipi tu?" tegur Miyya selamba. Ilya hanya mendengus geram.

"Kau dengan mak kau sama je. Mulut selamba! Tiada insuran!" ujar Ilya. Miyya hanya bermain dengan telefon bimbit milik Ilya.

"Kan anak dia. Mestilah sama. Anak mak," balas Miyya selamba. Ilya hanya menjeling Miyya tajam.

"Aunty ni kenapa tak ambil lesen kereta? Umur dah 21 dah. Penatlah Miyya hari-hari jalan kaki dengan aunty," Miyya memandang Ilya sekilas.

"Kau ni kan diam jelah kejap! Nanti lepas habis belajar aunty ambil lah lesen! Argh, budak kecik ni mulut dia aku rasa nak tonyoh!" royan Ilya tertekan. Miyya hanya memekakkan telinganya.

"Aunty tak jawab lagi soalan Miyya. Kenapa muka aunty merah?" soal Miyya sambil mendongak memandang Ilya yang sedang memimpin tangannya. Ilya menunduk memandang Miyya sebelum keluhan dilepaskan.

"Miyya kenal Meen?" soal Ilya. Miyya terus menganggukkan kepalanya dengan laju.

"Kenal! Kawan baru Miyya! Kenapa dengan dia?" soal Miyya kembali dengan polosnya.

"Daddy dia cari gaduh dengan aunty tadi. Benci betul," jawab Ilya menyampah. Masih terngiang-ngiang di kepalanya panggilan Naufal tadi.

"Aunty jumpa dengan dia ke tadi? Handsome kan uncle Fal?!" soal Miyya teruja.

"Tak. Hodoh," balas Ilya selamba. Dia mendengus kasar.

"Tak baiklah aunty ni. Uncle Fal tu single tau. Aunty taknak cuba?" Miyya menyarankannya dengan polos.

"Walaupun kau umur 5 tahun tapi mulut dengan otak kau ni memang tak padan eh dengan umur. Taknaklah aunty. Dia bujang. Aunty tak layan bujang. Duda je," ujar Ilya sebelum dia menoleh ke hadapan semula. Langkah dilajukan ke rumah apabila mendapati cuaca mendung.

"Ish, dia duda lah! Meen kata, mummy dia tinggalkan dia dengan daddy dia waktu dia umur 2 tahun!" cerita Miyya semangat. Langkah Ilya terhenti sebelum dia menoleh ke arah Miyya dengan muka terkejut.

"Duda?! Kau biar betul, Miyya?!" soal Ilya kuat. Tidak percaya.

"Betul lah! Meen yang bagitahu Miyya  sebab Meen terdengar daddy dia borak dengan kawan-kawan dia, panggil daddy dia duda," cerita Miyya lagi dengan yakin.

"Apesal duda perangai macam tu?! Arghhh! Selalunya bujang je yang menyakitkan hati. Kenapa dia si duda pun menyakitkan hati?!" royan Ilya kuat. Orang yang lalu-lalang hanya memerhatinya dengan aneh kerana Ilya meroyan sambil menarik-narik tudungnya.

"Aunty ni macam budak-budak lah. Sewel. Buat malu je orang tengok," tegur Miyya selamba sambil melepaskan pegangan Ilya dan meneruskan perjalannya sendirian, meninggalkan Ilya di belakang.

"Argh! Biadap betul! Tunggu aunty lah!" jerit Ilya sebelum dia mengejar langkah Miyya yang sudah jauh di hadapan.



































⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯
To be continue...
















OG || NEW VERSION: DUDA PUJAAN JANDA DARA Where stories live. Discover now