DATO Nuwair dan isterinya duduk di sofa sambil memandang wajah satu-satunya anak lelaki mereka. Dato Nuwair menayangkan wajah yang dingin manakala Datin Rozita pula menayangkan wajah selamba. Naufal melepaskan keluhan berat sebelum dia menundukkan wajahnya. Lantai dipandang.
"I know you taknak kahwin lagi but it a must. Demi Nazmeen. Dia perlukan kasih sayang ibu. Daddy dengan mummy ni dah tua. Tak akan selamanya ada dekat sini," kata Dato Nuwair tegas. Walaupun wajahnya dingin, suaranya masih ada nada lembut.
"Fal masih trauma?" soal Datin Rozita lembut. Wajah anaknya yang mula mencuka itu dipandang dengan simpati.
"I am. And maybe forever," balas Naufal mendatar dan perlahan. Datin Rozita hanya mampu melepaskan keluhan mendengarkan itu. Wajah suaminya dipandang.
"Still love her?" soal Dato Nuwair. Wajah anaknya itu ditenung dengan tajam. Naufal yang mendengarkan soalan itu terus memanggungkan kepalanya memandang wajah bapanya. Wajahnya berubah dingin.
"Of course I'm not. Only stupid people who still love their ex," jawab Naufal dingin.
"So get married. I don't care who as long as they are religious and know how to obey you. Know about religion," ujar Dato Nuwair dingin.
Naufal tidak menjawab malah dia hanya membalas pandangan bapanya yang dingin itu. Dingin dan dingin. Datin Rozita yang dapat merasakan suasana semakin tegang di antara mereka, terus mencelah.
"Jom, tidur. Tapi, sebelum tu kita semua makan dulu, ya? Penat mummy masak tadi," ujar Datin Rozita sebelum dia bangun dari sofa. Ruang makan dituju.
Naufal dan Dato Nuwair hanya diam memerhati Datin Rozita pergi. Dato Nuwair menoleh semula ke arah Naufal dengan pandangan dingin.
"Jangan bagi alasan apa-apa. Daddy taknak tahu," ujar Dato Nuwair dingin sebelum dia mengekori langkah isterinya. Naufal hanya diam. Keluhan kasar dilepaskan.
⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯
"Jadi apa jawapan kau?" soal Fathi setelah mendengar luahan Naufal. Naufal yang hanya menunduk dari tadi terus memandang ke arah Fathi. Lama.
"Kau apehal tenung muka aku? Muka aku ada jawapan untuk kau ke?" soal Fathi mendatar. Naufal tidak menjawab.
"Aku syorkan kau terima sahaja. Diaorang kata demi Nazmeen kan? Aku setuju dengan diaorang. Meen tu kecil lagi. Belum 7 tahun. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu walaupun bukan dari ibu kandung. Budak umur macam tu, apa-apa mesti nak ibu dia," ujar Azriq. Mereka bertiga yang berada di situ terus memandang Azriq.
"Apa?" soal Azriq sepatah. Wajah Naufal, Fathi dan Fawwaz diperhati.
"Bijak pula kau berkata-kata kalini. Selalunya kau asyik tunjuk perangai bodoh kau tu," ujar Fawwaz selamba.
"Setan. Aku memang bijak, okay?!" balas Azriq tidak puas hati. Fathi hanya melepaskan tawa.
"So... what's your decision?" soal Fathi sambil menoleh ke arah Naufal yang hanya mendiamkan diri.
"Aku....ikut jelah kata diaorang," jawab Naufal mendatar. Badan disandarkan ke sofa.
"Ada calon?" soal Fawwaz lagi.
YOU ARE READING
OG || NEW VERSION: DUDA PUJAAN JANDA DARA
Teen FictionIzzara Ilya, seorang gadis yang berumur 21 tahun yang sangat meminati lelaki yang berstatus duda. Sesiapa yang berstatus bujang akan ditolak mentah-mentah olehnya kerana dirinya mempunyai trauma dengan lelaki bujang. Naufal Rizqin, seorang duda muda...