༊*·˚ S A T U

141 12 6
                                    

        NAUFAL melangkah keluar dari kereta Lamborghini Sian FKP 37 miliknya dengan laju dan terus melangkah masuk ke arah syarikat milik keluarganya. Pejabat CEO dituju sebelum pintu diketuk dari luar.

"Masuk," arah seseorang dari dalam. Naufal memulas tombol pintu sebelum dia melangkah masuk.

"Daddy," seru Naufal mendatar sambil melangkah ke arah meja kerja bapanya. Dato Nuwair yang sedang khusyuk membaca surat khabar terus mengangkat kepalanya memandang pemilik suara.

"Ha, Naufal. Lambat kau datang. Kau fikir ni syarikat bapa kau punya ke?" seloroh Dato Nuwair selamba. Surat khabar ditutup dan dicampak ketepi. Naufal hanya membuat muka dingin mendengar seloroh bapanya itu. Memang syarikat bapa dia punya pun.

"Awal-awal pagi dah cari gaduh. Fal malas," ujar Naufal dingin. Dia mengambil tempat di kerusi yang ada di hadapan meja kerja bapanya itu.

"Tak sporting kau ni. Dengan aku pun berlagak," ujar Dato Nuwair sambil menjeling tajam anaknya itu.

"Kenapa daddy panggil?" soal Naufal menukar topik. Malas nak gaduh lama-lama.

"Aku nak kau ambil alih syarikat ni," balas Dato Nuwair mendatar. Wajahnya terus bertukar serious. Naufal hanya mendiamkan diri sebelum dia melepaskan keluhan kasar.

"Awal lagi, daddy. Kata nak bagi dekat Naufal waktu Naufal umur 30. Lagi 2 tahun, daddy," ujar Naufal tidak puas hati. Dato Nuwair hanya mendiamkan diri sambil membaca kembali surat khabar.

"Daddy!" seru Naufal apabila Dato Nuwair tidak melayan dirinya.

"Bulan depan kau ganti tempat aku. Aku nak rehat. Boleh dating dengan mummy kau. Gedik-gedik, manja-manja dengan dia. Kau? Singlekan? So sila sibukkan diri dengan syarikat," ujar Dato Nuwair mendatar. Naufal hanya mendengus kasar mendengarkan itu. Takguna punya bapa.










































⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ⎯⎯











































ILYA hanya duduk di bangku besi yang disediakan di dalam kawasan pusat membeli-belah itu dengan muka yang bosan. Dari pagi lagi dia sudah berada di pusat membeli-belah itu menemani kakaknya membeli-belah. Kanak-kanak perempuan yang sedang bermain game di telefon bimbitnya di sebelahnya itu diperhati dengan muka menyampah.

"Kau ni budak. Bila mak kau nak habis shopping? Dia sedar tak dari pukul 9 pagi lagi tadi? Ni dah pukul 12. Aku lapar tahu tak," bebel Ilya dengan mulut yang tercebik-cebik. Tak puas hati.

"Bisinglah aunty ni. Ibu shopping pun barang dapur untuk aunty makan juga nanti," tegur Miyya selamba. Dia tak memandang langsung wajah Ilya yang sudah kemerahan menahan geram. Budak ni kan mulut dia.

"Kau kalau aku cekik mati juga kau dekat sini. Arghhh," royan Ilya sambil membuat gaya ingin mencekik. Miyya yang perasan itu hanya menjelirkan lidah sebelum tumpuan diberikan semula ke arah game yang dimain olehnya.

"Ilya?" sapa seseorang menyebabkan Ilya yang sedang memandang Miyya, terus menoleh ke arah pemilik suara itu.  Mata dibesarkan apabila gerangan itu melangkah ke arahnya sambil tersenyum.

"Kak Sophea!" ujar Ilya kuat sebelum dia bangun dari duduknya dan memeluk Sophea erat. Sophea membalas pelukan itu dengan muka yang dibuat-buat menyampah.

"Sihat?" soal Sophea sebaik sahaja pelukan terlerai.

"Alhamdulillah sihat. Akak sihat? Lama tak jumpa akak dengan yang lain," jawab Ilya dengan senyuman lebar.

"Sihat je. Masih hidup lagi ni. Samalah. Aku pun lama tak jumpa dengan diaorang. Kau buat apa dekat sini? Dengan siapa?" soal Sophea sambil menoleh ke arah Miyya yang masih dengan telefon bimbitnya.

"Ilya dengan kakak Ilya. Shopping barang dapur. Akak pula buat apa? Dengan siapa?" soal Ilya kembali sambil memandang sekeliling Sophea mencari kelibat gerangan yang bersama dengan Sophea.

"Jalan-jalan. Aku dengan kawan aku tengah tunggu kawan dia datang sini," Jawan Sophea sebelum dia menoleh ke arah belakang Ilya. Ilya yang perasan akan itu terus memandang ke belakangnya sebelum dia terdiam kaku.

"Fal! Sini!" panggil Sophea kuat kepada rakannya itu sambil melambai-lambai tangan.

"Kan aku suruh kau tunggu dekat pintu masuk tu. Yang kau tunggu sini buat apa? Kau tu dahlah kecil, nanti hilang aku yang susah," omelnya sambil melangkah ke arah Sophea. Dia berdiri di sebelah Sophea sambil menoleh ke arah Ilya yang seperti cacing kepanasan menahan sengihan gatal.

"Siapa ni? Kawan kau ke?" soalnya dengan suara dingin sambil memandang tajam Ilya. Rakannya di sebelah hanya mendiamkan diri sambil turut memandang Ilya dingin.

"Haah. Ilya. Kawan online aku yang pernah aku cerita dulu dekat kau tu," jawab Sophea sambil memandang ke arah Ilya dengan kerutan apabila Ilya seperti mencubit-cubit lengannya.

"By the way kenalkan. Ilya, ni Naufal. Kawan tempat belajar aku dulu. Dan yang tu Fawwaz. Kawan Naufal. Naufal, Fawwaz. Kenalkan ni Ilya," ujar Sophea dengan senyuman nipis.

"Hai," sapa Ilya ramah dengan senyuman lebar. Sophea hanya mendiamkan diri melihat senyuman Ilya itu. Senyuman gatal.

Naufal dan Fawwaz hanya mendiamkan diri sambil masing-masing merenung wajah Ilya tajam. Fawwaz mengangguk kepalanya sedikit manakala Naufal terus melangkah pergi meninggalkan mereka diikuti Fawwaz. Ilya hanya memerhati dengan mulut yang sedikit terbuka.

"Biadapnya! At least balaslah hai! Arghh!" royan Ilya tidak puas hati. Sophea hanya menggeleng perlahan.

"Dia memang macamtu. Dingin dengan perempuan kecuali aku. Well, aku special. Dahlah, bye. Jumpa nanti. Apa-apa call and chat," ujar Sophea sebelum dia terus mengikuti langkah Naufal dan Fawwaz yang sudah jauh ke hadapan dengan tergesa-gesa. Ilya hanya memerhati dengan dengusan kasar. Selek punya lelaki!


















































⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯
To be continue...








































Slow update guys!


OG || NEW VERSION: DUDA PUJAAN JANDA DARA Where stories live. Discover now