༊*·˚ E N A M

59 6 0
                                    

        MASING-MASING terdiam. Terkejut. Mereka memandang satu sama lain. Masing-masing cuba untuk mengawal nafas yang sudah tidak teratur itu. Jantung sekarang sedang berdegup laju.

"Assalamualai- Ya Allah! Astaghfirullahaladzim! Allahuakbar! Woi, maksiat!" jerit Azriq yang berdiri di hadapan pintu rumah. Wajahnya jelas terpapar terkejut. Aaliya yang baru melangkah masuk itu turut terkejut sebelum dia menggigit bibirnya menahan senyum. Geli hati.

Naufal dan Ilya yang masih memandang satu sama lain itu terus tersentak mendengar jeritan Azriq sebelum kedua-dua mereka kelam kabut untuk bangun. Sebaik sahaja mereka berdiri, mereka terus menoleh ke arah Azriq dan Aaliya yang masing-masing sedang melihat ke arah mereka berdua.

"Azriq,"

"L...Liya,"

Azriq dan Aaliya hanya mendiamkan diri sebelum Azriq mencekak pinggang dan melangkah ke arah mereka berdua.

"Apa korang buat tadi? Maksiat ke? Ni rumah aku lah, bahalul! Bukan tempat maksiat!" soal Azriq kuat. Dia memandang Naufal tidak percaya. Ilya hanya mendiamkan diri di sebelah Naufal sambil menggaru-garu keningnya yang tidak gatal.

"Eh, bodoh. Aku tahu halal haramlah! Apehal aku nak buat maksiat dekat sini pula?" soal Naufal dingin. Dia hanya memandang Azriq tajam sambil mengerling Ilya yang masih diam tidak berkutik.

"Dah tu apehal korang punya position macam tu?! Tahulah sofa aku empuk tapi tak reti nak duduk elok-elok ke?!" soal Azriq masih tidak puas hati.

"Dia terjatuh tadi. Tersepak kaki meja. Dia tertolak aku jatuh sofa. Last last dia pun terjatuh atas aku. Tak kuasa aku nak buat benda tak senonoh," jawab Naufal dingin. Dia terus memandang ke arah yang berlainan. Siapa je nak pandang Azriq kalau dah muka Azriq macam syaitan nak menyakat orang?

"Liya. Aku balik dulu. Jumpa lusa," ujar Ilya setelah lama dia mendiamkan diri. Dia terus melangkah keluar dari rumah dengan segera. Malu. Segan. Marah. Geram. Semua ada. Kalau dia tak pegang lengan aku tadi semua tu tak akan terjadi!

"Hati-hati. Jangan terngiang-ngiang pula," sakat Aaliya sambil memerhati Ilya. Naufal dan Azriq turut memerhatinya yang semakin hilang dari pandangan.

"Kau ni dasar duda tak sedar diri. Umur dah 30 tapi sibuk dengan anak dara 21. Taste kau anak dara ya rupanya," sakat Azriq sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Naufal hanya memerhati Azriq sebelum dia memukul kepala Azriq dengan kuat. Azriq mengaduh sakit sebelum dia melepaskan tawanya.

"Diamlah, syaiton. Aku baru 28," ujar Naufal dingin. Dia terus duduk di sofa sambil meraup rambutnya kebelakang.

"Aku patut tangkap gambar tadi lepastu hantar dalam group. Fathi dengan Fawwaz mesti terkejut. Mesti kau kena bahan dengan diaorang," ujar Azriq beserta selingan tawanya. Suka betul. Aaliya yang dari tadi mendiamkan diri terus melepaskan tawanya dalam diam. Dia terus melangkah naik ke biliknya. Malas layan.

Naufal pula hanya mendiamkan diri sebelum dia menekup mukanya sendiri. Stress dengar syaitan bernama Azriq bergelak tawa.




































⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯

































Ilya hanya mendiamkan diri sambil menekup telinganya dengan kedua-dua tapak tangan. Sekarang dia berada di cafe bersama-sama dengan kakak-kakaknya. Kakak-kakak online.

"Alahai. Kenapa tak cium terus je? Mesti terus kahwin," seloroh Qanita selamba bersama gelak tawa.

"Kau sebenarnya sukakan macamtu? Mesti blushing. Acah macam tak suka konon," sakat Ladeena sambil tersengih nakal.

"Aku tak sangka Naufal macamtu. Dia tak pernah pegang tangan aku walaupun berlapik. Takkan dia suka kau kot. Mustahil. Jarang duda suka kau. Selalu kena reject je," ujar Sophea selamba sambil membuat gaya berfikir.

Ilya yang masih disakat oleh mereka itu hanya mampu mendiamkan diri sambil menutup telinga. Tak sanggup nak dengar. Menyesal cerita dekat diaorang.

"Apehal diam tu? Diam tanda setuju ke?" soal Ladeena dengan ketawa yang kuat. Segala pandangan orang di dalam kafe itu diabaikan oleh mereka.

"Hauk arghhhh! Cetan semua! Ilya tak sengaja lah!" bantah Ilya kuat. Tak puas hati. Bengang.

"Sepatutnya tuan rumah siapa nama mamat tu? Azriq eh? Ha, patutnya dia terus call Jabatan Agama Islam biar korang kahwin terus. Tercapailah azam kau nak kahwin dengan duda!" ujar Qanita sambil menyedut air minumannya. Muka dia tak payah cakap lah. Muka selamba.

"Eh, walaupun si mamat bernama Naufal tu duda sekalipun Ilya taknaklah! Perangai hauk! Argh! Menyakitkan hati!" royan Ilya stress. Mereka bertiga hanya ketawa melihat gelagat Ilya itu. Dulu kemain kata bujang yang selalu menyakitkan hati. Kalini duda pun sama ke?

"Kau selalu anti dengan bujang. Sibuk kata bujang menyakitkan hati. Kalini duda pun sama ke?" soal Ladeena. Wajah adik pungutnya itu diperhati.

"Dia seorang je duda yang menyakitkan hati! Suka-suka hati pegang-pegang. Tak tahu halal haram ke?! Ingat berlapik tak haramlah macamtu?! Argh, stress! Dasar Naufal si duda hauk! Menyakitkan hati!" jawab Ilya panjang lebar disertai dengan royanan. Mereka yang lain hanya membiarkan. Suka tengok dia meroyan walaupun kadang-kadang rasa macam nak tampar.

"Kau masih ingat si dia?" soal Sophea kearah Ilya tiba-tiba. Wajah Ilya dipandang sambil menongkat dagu. Ilya terus menoleh ke arah Sophea dengan muka blur. Siapa pula 'si dia' ni?

"Siapa?" soal Ilya sepatah. Sophea tersengih jahat sebelum dia menjungkit-jungkitkan keningnya.

"Bujang eco," jawab Sophea dengan sengihan yang semakin melebar.

"Dari 'berbaby angel' kepada 'kita kawan je,okay?' sambil ditemani lagu baby angel," celah Ladeena. Sengihan nakal turut terukir di bibirnya.

"Kesian. Meh sini meh," Qanita juga turut mencelah. Kemudian mereka bertiga melepaskan tawa dengan kuat. Ilya hanya mendengus sambil menutup mukanya dengan tangan. Stress. Jangan ingatkanlah!






































⎯⎯ ୨ NAUFAL ILYA ୧ ⎯⎯
To be continue...













OG || NEW VERSION: DUDA PUJAAN JANDA DARA Where stories live. Discover now