Bab 24

1K 30 8
                                    

Kini Haris berada di ruang kerjanya,Haris menghembus nafas berat apabila selesai menyimpan ruang kerja yang baharu.

    Ruang kerja yang asli memang cantik tapi tidak kena dengan citarasanya.

    "Hello husbaby!." Ain mula melabuhkan punggungnya di atas peha Haris. Haris mencium pucuk kepada isteri keduanya.

   "Husbaby!..Husbaby taknak ceraikan Anisha ke?." sekali lagi Ain menanyakan soalan yang sama.

    "Kenapa sayang nak saya ceraikan dia hmm?." tanya Haris sambil mengelus kepala Ain.

   "Ain takut dia apa-apakan baby dalam perut Ain..kalau husbaby ceraikan dia kita boleh la hidup bahagia berdua." ucap Ain sambil menyandarkan kepalanya di dada bidang milik Haris.

   "Nanti saya fikirkan okey." balas Haris.

    Ain kini tersenyum kemenangan,tunggu dua minggu lagi kau akan tersingkir Anisha dalam hidup Haris!.
..

"HAHAHAHAHA..zombie bagi salam!!." gelak Shah. Mana taknye ada ke Zombie bagi salam?.

   "Tu lah weh HAHAHAHA siap merempit lagi." sambung Amiera.

   Anisha hanya gelak tidak mahu berbicara sesuatu pun. Anisha memandang ke arah Amiera dan Shah secara bergantian.

   "Aku harap Sahabat dihadapan yang  sedang bergelak tawa ini takkan pernah meninggalkan aku." ucap Anisha di dalam hati.

   "Anisha kau ingat kata-kata aku ni walaupun apapun yang jadi kita orang takkan pernah tinggalkan kau,kau adalah sahabat perempuan aku di dunia dan di akhirat,jika aku tiada di syurga Allah cari lah aku dan tarik lah aku masuk ke dalam syurga Allah bersamamu." ucap Amiera seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran Anisha.

   "Persahabatan kita takkan pernah putus, persahabatan kita akan still sampai Jannah." sambung Amiera.

  "Buat air mata pulak dah dua ekor ni." ucap Shah sambil mengunyah peha ayam.

   Anisha dan Amiera menatap tajam ke arah Shah. Potong line la jantan ni!.

   "Pe?." Shah menayangkan muka selambanya dan dia terus berpaling ke arah televisyen.

    "Aduh!." rintis Shah apabila muka gantengnya menjadi sasaran bantal dari Amiera yang berada di atas sofa sebelah.

   Amiera menjelirkan lidahnya. Anisha hanya menggelengkan kepalanya.

   "Aku rasa kau orang ni jodoh la.. mulut aku ni masih tau." ucap Anisha.

   "Aku nak kahwin dengan mamat senget ni? Lambett lagi..." jelas dia tak setuju apa yang dikatakan oleh Anisah sebentar tadi.

   "Aku lagi la taknak kahwin dengan minah tempurung macam kau." ucap Shah tidak mahu kalah.

  Amiera mengecilkan matanya ke arah Shah. Amboi sedap mulut je cakap Minah tempurung,tahu lah rambut aku ada poni!

   "Jodoh kuat ni..sorang senget sorang tempurung." ujar Anisha sambil menggosok dagunya. Takda janggut okey!

   "CIK ANISHA!." terkejut Anisha dibuatnya apabila mendengar Amiera dan Shah memanggilnya secara bersamaan.

   "Kompang dipalu~~ pengantin baru~~." nyanyi Anisha sambil menuju ke arah dapur.

"Mak cik Anisha!!." jerit Amiera sambil mengejar Anisha yang sudah mahu menghilang.

" jerit Amiera sambil mengejar Anisha yang sudah mahu menghilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jam menunjukkan pukul 10 malam. Haris baru sahaja ingin melelapkan matanya,telefonnya berdering tanda ada panggilan masuk.

   Haris mengangkat telefon Iphonenya sambil baring di atas katil.

   "Awakk hikss... tolong saya takut hikss.." ucap Anisha diseberang sana.

   "Aku ngantuk la gila!." Balas Haris

  "Tolong hikss..saya janji dah tak kacau awak..tapi please datang sini saya takut hiksss." rayu Anisha. Sumpah dia takut sekarang tiba-tiba sahaja guruh muncul. Dia ingat hujan biasa sahaja.

   "Ye lah,menyampah betul." Haris bergegas menuju ke kereta sebelum dia pergi sempat dia mencium dahi Ain disebelahnya.

   "Bodoh punya perempuan, gedik nak mampus." ucap Ain sambil menumbuk tilam,matanya melihat ke arah kelibat Haris yang makin lama makin menghilang.

" ucap Ain sambil menumbuk tilam,matanya melihat ke arah kelibat Haris yang makin lama makin menghilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja membuat panggilan dengan Haris. Anisha terus menutup telinganya, matanya berair semakin deras.

   "Mama..hikss..Anisha takut hikss." Anisha menangis sejadi-jadinya apabila mendengar gemuruh muncul kembali

Enjin kereta Haris semakin lama semakin dapat didengari. Dia ingin menyambut kedatangan Haris tetapi kaki nya tidak mampu menampung badannya ketika ini.

  "Anisha!." ucap Haris sambil menuju ke arah Anisha yang sedang menyandar di kepala katil.

   "Awakk hikss.." Anisha memeluk Haris. Haris hanya membiarkan, tangannya mula mengelus rambut Anisha.

   "Awak saya takut hikss.." Anisha tenggelamkan kepalanya di dada bidang Haris.

   "Ye,aku ada sini." Haris masih mengelus rambut coklat kepunyaan Anisha.

   Telefon bimbit Haris yang berada di night stand berbunyi kembali dengan lekas Haris mengangkat telefonnya.

  "Husbaby! perut sayang sakit balik sini cepat!." ucap Ain disebarang sana.

  "Otw sayang!." balas Haris.

  Takkan dia nak tinggalkan Anisha dengan keadaan sebegini tapi Ain tengah sakit. Macam mana ni?.

   Haris melepaskan pelukannya dan terus mencapai telefon bimbitnya dan kunci keretanya. Dia bergegas menuju ke arah kereta.

  "Awak!." jerit Anisha. Guruh kembali menyambar. Dia takut tapi dia risaukan Haris!.

  "Ya Allah selamatkanlah suami aku." ucap Anisha di dalam hatinya. Dia untuk membaringkan dirinya,kain selimut ditarik menutupi sebahagian badannya.

Sorry kalau ada sebarang kesalahan ejaan yer😉




   

  
  

 

  

  

ADAKAH INI TAKDIR? : TENGKU HARIS | CWhere stories live. Discover now