Bab 25

1.1K 33 3
                                    

Perlahan-lahan jari jemari Anisha bergerak, kemudian matanya juga ikut dibuka.

Dia sedikit aneh apabila melihat suasana sekarang,suasana ini bukan seperti di rumahnya.

Anisha memalingkan kepalanya perlahan-lahan ke arah kanan,terlihat seorang gadis yang terlena di sebelahnya dengan posisi duduk di atas kerusi biru.

"A-amiera.." Anisha menggoncang tangan kanan Amiera.

"Anisha..kau dah bangun?." tanya Amiera sambil menggosok matanya.

"S-saya kat mana ni? Hospital?." tanya Anisha sambil matanya melilau ke kanan dan ke kiri.

"Haah kat hospital..kenapa kau tak cakap kat aku pasal Haris takde kat rumah...aku boleh temankan kau!." ucap Amiera sambil memegang erat tangan Anisha.

"Kalau dah jadi macam ni..siapa yang susah kau jugak, ni untung Haris telefon dekat aku suruh jaga kau." bebel Amiera. Anisha hanya tersenyum ke arah Amiera,dia bersyukur memiliki sahabat seperti Amiera.

"Kenapa dengan saya?." tanya Anisha.

"Kau pingsan." balas Amiera

Anisha hanya mengangguk seketika dia teringat akan sesuatu. Dia kat hospital jadi Amiera dah tahu yang dia?...

"Doktor ada cakap apa-apa tak?." tanya Anisha sambil memandang ke arah mata Amiera.

"Dia cakap kau pingsan sebab kau terlebih stress anda kau terlebih penat." balas Amiera. Sekali lagi Anisha mengangguk tanda dia faham apa yang Amiera sedang jelaskan.

Untung lah doktor pegang janji dia.

"Oh satu lagi,doktor cakap nak jumpa kau..tapi kenapa? Kau ada sorokkan sesuatu dari aku ke?." Tiba-tiba sahaja Amiera berasa ada yang tidak kena dengan Anisha.

"Takde pape pun." balas Anisha.

Amiera hanya mengangguk faham. Dia tidak mahu memaksa Anisha membukakan cerita mungkin Anisha perlukan sedikit waktu untuk menceritakan semua hal ini.

Mungkin Anisha nak bagi dia anak buah Kut!.

"Awak ni kenapa? Tersengih-sengih." tanya Anisha,dia pelik apabila melihat Amiera yang sedang tersenyum sorang-sorang seperti kerang busuk.

"Hehe,takde pape." balas Amiera sambil tersenyum ke arah Anisha

" balas Amiera sambil tersenyum ke arah Anisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum." Anisha menutup pintu perlahan-lahan.

"Waalaikummussalam,duduk puan Anisha." pelawa doktor itu.

"Saya nak cakap dua perkara satu perkara baik dan satu lagi perkara buruk." ucap doktor sambil menatap sayu ke arah Amiera.

"Perkara baiknya awak dah boleh balik dah." ucap doktor.

"Alhamdulillah,perkara buruknya." Anisha tersenyum apabila dia dapat khabar dia sudah boleh pulang. Dia ingat ke kena tinggal di hospital semalaman lagi.

Doktor sempat menghelas nafas berat sebelum menyambung kata-katanya.

"Saya harap Puan Anisha banyakkan bersabar apabila mendengar khabar ni." Doktor menghela nafas berat sekali lagi. Dia tidak tahu mahu mula dari mana.

"Penyakit kanser otak awak dah mencapai stage 4 dan kemungkinan peluang awak hidup hanya tinggal 10% je lagi.. Kemungkinan juga berakhir 3 bulan je lagi." sambung doktor Syafiq

Anisha tersenyum kelat ke arah wajah doktor Syafiq. Air matanya mengalir perlahan-lahan di pipi mulusnya dengan pantas dia menyeka air matanya.

"Terima kasih doktor Syafiq,saya minta diri dulu." Dengan lekas Anisha berdiri menuju ke arah pintu.

"Maafkan aku Anisha..maafkan aku kalau la aku halang kau nikah dengan Haris mesti semua ni tak akan terjadi." ucap Doktor Syafiq di dalam hati sambil memandang ke arah bayangan Anisha yang semakin lama semakin menghilang.

" ucap Doktor Syafiq di dalam hati sambil memandang ke arah bayangan Anisha yang semakin lama semakin menghilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang kuat!..sayang bertahan sayang!." Haris memberi semangat ke arah wanita yang terbaring di atas katil yang sedang bertarung nyawa.

Ya! dia adalah Nik Ain Hafzan.

"Push puan!!." ucap jururawat yang ingin menyambut kedatangan malaikat kecil.

"ARGHH!!!." jerit Ain.

"Uwekk uwekk!!." bergema ruangan mendengar tangisan dari malaikat kecil yang baru tiba ke dunia.

"Alhamdulillah,anak papa." Haris menitiskan air matanya apabila melihat malaikat kecil yang berhasil keluar dengan selamat.

Setelah selesai diazankan. Ain diletakkan di wad biasa. Ain mendukung anaknya sambil menitiskan air mata.

"Hensemnya anak mama." berbicara dengan anaknya yang berada di gendongannya.

"Selamat datang Muhammad Aqil Al-qaz." Ain mencium ubun kepala anaknya. Air matanya tidak berhenti mengalir

Tiba-tiba dia berasa kasihan dengan nasib anaknya. Adakah dia perlu berterus-terang?.

Taknak vote ke? Zir minta maaf kalau ada tersalah ejaan..Zir hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan😁

ADAKAH INI TAKDIR? : TENGKU HARIS | CWhere stories live. Discover now