Bab 10

940 31 0
                                    

Sedar tidak sedar Anisha telah pun mengulaskan senyuman tanpa sepengatahuan sesiapa.

Shah! Aku sokong kau dari belakang dari belakang je la depan-depan aku tak berani.

"Dah kenapa dengan si Shah tu,backup sangat si penyondol tu " bisik Fieya kepada Ernie.

Dari mana pula si Ernie ni muncul dari bumbung ke dan macam mana boleh tiba-tiba je muncul ke aku tak perasan..

"Tu ah,aku rasa Shah tu kena sihir dengan penyondol tu...ye la Shah tu nak backup orang.. Lambert lagi! " balas ernie.

Sedap sedap ye tuduh orang sihir Si Shah tu...

yess,dia dengar perbualan Ernie dan Fieya dari mula-mula diorang mengata dia lagi..Pendengaran kita tajam okey!

"Awak nak ni? " ucap Haris sambil mengangkat udang.

"Semua saya makan kalau awak bagi,suap pun boleh " balas Ain dengan suara kepitnya...aku kepit anak tekak tu baru tahu langit tinggi ke rendah.

Dan kenapa pula Si Haris ni layan Ain dengan elok pulak dengan dia lambertt lagi dia nak layan macam tu.

Dan yang peliknya Tuan Rizz dan yang lain tengok Aje dia orang dua buat maksiat..tapi maksiat ke? Haris kan bagi udang je.

"Boleh je Kalau awak nak saya suap..nganga aaaa aumm, sedap?" Haris menyuap udang ke dalam mulut Ain menggunakan sudu besi.

"Sedap sangat sayang ehhh sorry sorry.." Ain memandang ke arah Anisha "sorry tau ape eh nama.. Anisha kan? Sorry tau Anisha kita orang memang macam ni sejak dari kecil lagi..arwah akak Zatiqah pun okey ..taktahu lah dengan akak,akak okey ke? " ucap Ain sambil memuncungkan bibir dan mengedipkan mata..Heleh ingat comel la tu..

"Comel lah Awak ni Ain..takpe Anisha okey je, kan Anisha? " ucap Haris sambil mengerling Anisha..

Pandai-pandai je mamat ni buat keputusan....

"Saya okey je lagipun awakkan dah nak jadi madu saya " ucap Anisha sambil tersenyum kelat.

"See Haris.. isteri awak dah restu kita punya hubungan!! " Ucap Ain sambil memandang ke arah Haris

Haris membalas senyuman Ain..panjang betul senyum si Haris sampai nampak lesung pipit..happy betul agaknya..

Aku dah kena mengalah ke tapi baru 3 hari kita orang kahwin..

"Saya minta diri dulu " ucap Anisha dan meninggalkan meja makan.

Anisha menuju ke arah taman bunga...tenang aje duduk sini..kelihatan bunga berwarna warni dan suara burung berkicauan.

Bila lah nak hujan sekarang aku perlukan hujan..taktahu lah kenapa aku suka sangat dengan hujan apabila bunyi hujan aku rasa tenang sangat eh bukan terlebih tenang and nak meluah pun senang tidak ada orang dengar..tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang berkait dengan hujan

𝗙𝗹𝗮𝘀𝗵𝗯𝗮𝗰𝗸

Pukul 9 p.m hujan turun dengan sangat lebat,aku memandang ke arah luar jendela melihat air hujan jatuh membasahi bumi..

pring!!!

"Cuba awak cakap siapa perempuan tu? awak cakap awak outstation tapi kenapa dalam gambar ni awak peluk perempuan tak guna tu hah! " Bentak Puan Shahida

"Sekarang ni kau yang perempuan tak guna!!..dia tu pandai puaskan aku daripada kau!!! " Bentak Encik Mateen pula...

Anisha hanya mendengar suara itu samar-samar kerana bunyi hujan yang sangat lebat sehingga memotong suara ibu bapanya yang sedang bertengkar

End Flash back

Sebab itu lah dia suka hujan,bunyi hujan sangatlah menenangkan hatinya.Bunyi hujan juga sangatlah berfungsi untuk orang macam dia ni..

"Jauh termenung nampak " Anisha mencari pemilik suara tersebut dan matanya tertuju kepada seorang perempuan yang berkaca mata ala Korea dan mengenakan baju jersey dan seluar bootcut,rambutnya diikat. Wow..Simple tapi cantik!

"Boleh aku duduk tepi kau? " tanya perempuan sambil menatap ke arah Anisha.Haih... nampak macam sombong.

Selepas dapat persetujuan oleh Anisha, punggungnya terus diletakkan di atas kerusi batu yang dibina seperti buah strawberi.

"Kau ni siapa? Kau tinggal sini ke? " ucap Perempuan itu sambil memandang ke arah Anisha

Anisha mengerutkan dahinya riak mukanya seperti mahu penjelasan dari perempuan itu. Dia ni siapa pulak?..

" Oh ye name aku Amiera,you can call me Emie..aku sepupu Haris " Amiera menghulurkan tangan kanannya..

"Nama saya Anisha..isteri Haris..saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni? " tanya Anisha sambil mengerutkan dahinya..

"Oh i see and yes memang kau tak pernah nampak aku sebelum ni sebab aku jarang balik Malaysia..selama ni aku tinggal kat London..and kau darimana sebenarnya? Aku nampak kau macam bukan dari KL " jelas panjang lebar Amiera.

"Oh saya dari Kelantan sebenarnya...ayah tiri saya orang KL dan ayah kandung saya orang Kelantan " jelas Anisha sambil menatap sayu ke arah pokok bunga rose.

Dia sangat rindukan ayah kandungnya,malangnya ayah nya kemalangan ini juga angkara ayah tirinya tapi tu lah dia tahu perkara ini apabila selepas ayah tirinya dan ibu kandungnya sudah berkahwin.

Amiera menepuk bahu Anisha perlahan "berat betul ujian hidup kau ye..and kau jangan risau aku dah tahu cerita sebenar..Shah yang bagitau aku but aku tak tahu okey siapa yang letak ubat dalam air Haris" ucap Amiera tetapi matanya tidak lepas melihat bunga rose yang ditanam oleh Maklangnye..Indah sekali!.

"Ubat? Dari mana awak tahu tu ubat? " Soal Anisha sambil menayangkan riak aneh kepada Amiera

Wahai para readers..Ana minta maaf sebab cerita ni terlampau cringe hiokhiok😭



ADAKAH INI TAKDIR? : TENGKU HARIS | CWhere stories live. Discover now