CODE: 3

161 22 13
                                    

"Boboiboy!" Yaya, Ying, Fang dan Gopal menyerbu masuk ke dalam bilik Tok Aba bersama Kaizo dan Kokoci.

"Tok Aba! Tok Aba okey ke?!" Gopal berlari ke arah Tok Aba yang masih tidak sedarkan diri.

"Boboiboy?" Fang memeriksa Boboiboy yang juga terbaring tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan lebam di wajahnya.

"Boboiboy sekadar pengsan dan Tok Aba juga," kata Fang yang memeriksa nadi Boboiboy dan Tok Aba.

"Tiada kesan kecederaan yang teruk?" soal Kokoci.

"Tiada, komander." Fang membalas.

"Nanti kejap, mana Ochobot?! Adakah Ochobot sudah diambil?!" soal Ying apabila kelibat Ochobot tidak kelihatan.

"Yi..Ying?" sapa Ochobot yang masih ketakutan, ternyata dia bersembunyi di bawah katil.

"Ochobot?! Kau okey ke?" soal Ying lalu Ochobot terus memeluk Ying.

"Yingggg!!" Ochobot menangis di dalam dakapan Ying.

"Jangan risau, kau sudah selamat." Ying mengusap kepala Ochobot dengan lembut.

"Ochobot, adakah kau ingat siapa yang cuba ambil kau?" soal Yaya.

"Di..Dia.." Ochobot tidak dapat berkata-kata malah matanya memandang ke arah satu sudut, matanya yang mampu mengesan haba seseorang tertumpu ke arah sosok Raven yang menjadi halimunan dikalangan mereka.

Raven yang terperasan Ochobot memandang ke arah dia terus memberi isyarat untuk diamkan mulutnya bersama sebuah senyuman yang menakutkan.

Ochobot tersentak dengan amaran itu dan terus menoleh. "A.. Aku tak ingat sebab aku banyak kali jatuh tadi," balas Ochobot.

"Hmm, tak apalah. Yang penting kau selamat," kata Yaya lalu senyuman terhasil di bibirnya.

"Rawat luka mereka berdua," arah Kokoci.

"Baik, komander!" Fang dan Yaya menuruti arahan Kokoci dan terus merawat luka kecil pada Boboiboy dan Tok Aba.

"Hm? Eh?" Yaya berhenti merawat Tok Aba apabila dia tersedar sesuatu seperti lubang kecil di belakang tengkuk Tok Aba.

"Kenapa, Yaya?" soal Fang.

"Luka ni nampak pelik," kata Yaya sambil menunjuk lubang kecil itu.

Fang memandang lubang kecil itu. "Biar aku hantar ni sebagai bukti," kata Fang lalu jam kuasanya mengesan lubang kecil itu, menghantar gambar lubang kecil tersebut untuk disiasat.

"Kau boleh tutup kesan luka tu sekarang," kata Fang.

"Baiklah." Yaya terus membalut luka lubang itu dengan berhati-hati.

"Kalau sudah selesai, gari kaki Boboiboy di katil dia." Kokoci memberi arahan yang membuatkan Yaya, Ying, Gopal dan Fang tercengang.

"Tapi komander, Boboiboy pasti marah lagi!" bantah Gopal.

"Dia sudah melanggar peraturan, tiada gunanya dia bebas kalau dia masih buat hal." Kokoci menatap tajam ke arah Gopal.

"Ma.. Maaf," ucap Gopal.

"Patut ke ikut?" bisik Yaya.

"Terpaksalah," balas Fang.

Keesokan harinya, matahari mula terbit menyinari Pulau Rintis yang indah itu tetapi ianya tidak indah bagi Boboiboy yang tersedar dan melihat dirinya digari di dalam biliknya menggunakan rantai besi yang mampu panjang di  kawasan bilik tidurnya sahaja.

"Aku digari lagi?! Apa semua ni?!" marah Boboiboy.

"Haha, kau nampak sesuai dengan gari tu. Macam anak anjing," ejek Raven yang duduk di atas almari kecil milik Boboiboy.

[C]Code: Raven [Boboiboy Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now