Markas TAPOPS Tempur-A..
Penggera amaran bergema di seluruh Markas TAPOPS Tempur-A membuatkan hampir kesemua koridor markas tersebut berwarna merah kerana cahaya penggera amaran, Ramenman bersama beberapa ahli TAPOPS yang menjaga markas tersebut mula berlari di kawasan markas.
"Ramenman, kami dapati terdapat beberapa sfera kuasa sudah hilang," kata pembantu Ramenman.
"Adakah mereka semua sudah dapat pencerobohnya?" soal Ramenman.
"Tidak tapi kami dapati penceroboh itu menggunakan Stealthbot," kata pembantunya lagi.
"Kesan penceroboh itu sekarang! Dia mungkin tidak lari jauh daripada sini!" arah Ramenman.
Mengikuti arahan Ramenman, kesemua ahli TAPOPS berkeliaran di kawasan markas untuk menangkap penceroboh yang menceroboh.
"Tak guna, mana dia pergi?" Ramenman memandang sekelilingnya sambil mengetap gigi tetapi dia tidak perasan terdapat satu sosok misteri bermata merah melekat pada siling di atas kepalanya.
Sosok misteri itu terus melompat ke arah Ramenman dan menyerang lelaki tersebut menggunakan kukunya yang tajam tetapi Ramenman jauh lebih tangkas dan terus mengelak daripada sosok misteri itu.
"Siapa kau?!" soal Ramenman dalam keadaan bersedia untuk berlawan.
Sosok misteri tersebut berdiri di hadapan Ramenman, fizikal sosok tersebut diselindungi dengan jubah dari hujung rambut ke hujung kaki manakala setengah daripada wajahnya ditutup dengan topeng berbentuk paruh burung gagak. Sosok misteri itu tersenyum sinis sebelum menyerang Ramenman dengan sangat pantas tetapi Ramenman cuba untuk melawan sosok tersebut menggunakan batonnya.
Perlawanan antara mereka berdua sangat sengit kerana masing-masing tidak mahu kalah tetapi perlawanan tersebut terganggu apabila pembantu Ramenman menembak lengan sosok misteri menyebabkan sosok tersebut mengerang kesakitan.
"Tak guna," getus sosok itu tidak puas hati dan menatap tajam ke arah pembantu itu.
"Serahkan diri kau, kau sudah dikepung oleh TAPOPS." Kesemua ahli TAPOPS Tempur-A mengepung sosok misteri itu dan mengacukan senjata pada dia.
"Serahkan diri? Ini baru permulaan." Sosok itu tersenyum sinis semula sebelum perlahan-lahan badannya menjadi halimunan.
"Tak guna, dia hilang semula! Hati-hati, tembak jika dia serang!" kata Ramenman.
Pembantu Ramenman tiba-tiba diserang secara hendap lalu kejadian tembak-menembak berlaku apabila sosok tersebut satu per satu jatuhkan ahli TAPOPS tanpa belas kasihan. Darah merecik sana-sini dan jeritan kedengaran tenggelam antara bunyi penggera amaran TAPOPS tersebut sebelum sosok misteri itu menunjukkan dirinya yang berada di siling.
"Hehe, Simenbot. Keraskan mereka," kata sosok itu sambil memutarkan sesuatu pada tali pinggangnya dan objek yang merupakan sfera kuasa berbentuk beg kecil bertukar menjadi Simenbot dan menggeraskan badan Ramenman serta beberapa ahli TAPOPS yang masih hidup.
"Tak guna! Aku akan pastikan kami tangkap kau dan ambil semula sfera kuasa itu!" kata Ramenman.
Sosok itu melompat turun, berdiri di hadapan Ramenman semula."Ya ke? Tapi aku nampak macam kau tak dapat tangkap aku sekarang ini, kau yakin yang kau dapat tangkap aku nanti?" ejek sosok itu sambil tangannya menyapu habuk peluru pada jubahnya.
"Ya, aku yakin!" marah Ramenman.
"Aku akan tunggu dan satu lagi, panggil aku Raven. Ingat nama itu," kata Raven lalu dengan pantas dia jatuhkan Ramenman sehingga lelaki itu sepenuhnya hilang kesedarannya.
■ ■ ■ CODE: RAVEN ■ ■ ■
Pulau Rintis, Bumi…
"Tidak.. Tidak!" jerit Gopal di dalam kelas.
YOU ARE READING
[C]Code: Raven [Boboiboy Malay Fanfiction]
Fiksi Penggemar"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh atau mencuri sfera kuasa!" Kehidupan Boboiboy berubah 180 darjah apabila dia disabitkan kesalahan atas...