"Hmm.." Boboiboy merenung Raven yang sibuk membersihkan ruang latihan dengan sangat lama.
Raven yang menyedari Boboiboy merenung dia, terus berhenti melakukan kerjanya. "Hoi, Boi! Apa yang kau renungnya badan aku ni? Tahulah badan aku ni sado," kata Raven dengan penuh berlagaknya.
"Tolonglah, tak ingin aku tengok badan kau tu." Boboiboy membuat muka jijik.
Raven ketawa terbahak-bahak melihat respon daripada Boboiboy.
"Tapi aku tertanya-tanya kenapa kau guna kuasa aku tu," kata Boboiboy sambil menggosok dagunya sendiri.
"Oh, sebab tu ke? Aku nampak jam kuasa kau mempunyai tenaga yang tinggi, jadi aku pinjam sekejap sebagai sokongan untuk kuasa aku. Aku masih berdarah manusia, jadi aku perlukan tenaga yang besar untuk sokong kuasa aku." Raven memberi keterangan yang sebenar.
"Tapi ianya bantu kau semasa bertukar menjadi raksasa besar tu, aku dengar yang puak lama kau tu boleh meniru kuasa seseorang. Adakah ianya dari cara yang sama?" soal Boboiboy lagi.
"Ya tapi jarang yang lakukan itu kecuali mereka terdesak," balas Raven.
"Kalau macam tu, aku nak tengok kau berpecah jadi tujuh!" kata Boboiboy dengan mata bersinar-sinar.
"E..Eh?! Kenapa pula?!" Raven menerbeliakkan matanya.
"Buat jelah! Cepat!" kata Boboiboy sambil menghulurkan jam kuasanya.
".. Okey, okey. Demi adik kesayangan aku ni, aku akan lakukan." Raven melilitkan ekornya pada lengan Boboiboy dan bilah ekornya menusuk jam kuasa Boboiboy, perlahan-lahan kuasa dari jam kuasa Boboiboy masuk ke dalam badannya.
"Mungkin ini sudah cukup." Raven melepaskan lengan Boboiboy setelah selesai.
"Sekarang tunjuk kat aku! Tunjuk kat aku!" kata Boboiboy dengan perasaan teruja.
"Haha, sabar. Aku kena tahu cara nak kawal kuasa kau ni," kata Raven.
"Alah, buat je macam aku buat!" kata Boboiboy pula.
"Kau tahukan aku tak ada jam kuasa macam kau," balas Raven.
"Alah, cuba jelah!" marah Boboiboy.
"Ya, ya. Aku cuba," kata Raven sambil menarik nafasnya dalam-dalam.
"Revers... Kuasa tujuh!" jerit Raven lalu gelung kuasa muncul di bawah kakinya dan badannya bercahaya menyebabkan Boboiboy terpaksa menutup matanya.
Setelah selesai, keadaan menjadi senyap sunyi.
"Dah berjaya ke?" soal Boboiboy dengan matanya masih tertutup.
"Dah, bukalah mata."
Boboiboy membuka matanya dengan perasaan teruja, akhirnya idea dia tercapai apabila tujuh sosok berdiri di hadapannya.
"Hah, puas hati?" Revers Gempa tersenyum sinis.
"Terbaiklah!" kata Boboiboy sambil bertepuk tangan.
"Tengoklah budak kecil ni, suka betul dia ni! Geram aku!" kata Revers Blaze sambil mencubit pipi Boboiboy.
"Boi, kami nak jumpa kuasa tujuh kau!" celah Revers Duri.
"Aku pun nak jumpa! Cepatlah!" kata Revers Taufan pula.
"Hehe, okey! Boboiboy kuasa tujuh!" jerit Boboiboy sambil memutarkan jam kuasanya dan dirinya berpecah menjadi tujuh.
"Helo! Akhirnya aku dapat jumpa kau!" kata Boboiboy Blaze sambil memeluk Revers Blaze.
"Aku gembira dapat jumpa kau juga!" Revers Blaze turut teruja.
"Hei, awak minat bunga?" soal Boboiboy Duri dengan nada polos.
"Mestilah minat! Nanti kita tanam sama-sama," balas Revers Duri pula.
"Ngantuknya," rungut Boboiboy Ais tetapi dirinya ditarik oleh Revers Ais.
"Tidur sini," kata Revers Ais dengan senyuman sinis, dia meletakkan kepala Boboiboy Ais di atas ribanya.
"Ish, ish. Tidur sahaja mereka berdua ni," kata Boboiboy Taufan sambil menggelengkan kepalanya.
"Kan, kan. Tak patut," kata Revers Taufan pula sambil menggelengkan kepalanya.
"Oh ya, kau pandai buat kek tak?" soal Boboiboy Taufan.
"Tak tapi aku nak cuba," balas Revers Taufan.
"Nanti kita cuba sama-sama!"
"Okey!"
"Nampaknya mereka berkomunikasi dengan baik, comelnya," kata Revers Gempa dengan nada gembira.
"Hehe, baik aku tangkap gambar dorang." Boboiboy Gempa pula mengambil gambar kesemua elemen menggunakan jam kuasanya.
"Jadi, kau adalah aku? Kau fikir kau lagi hebat daripada aku?" soal Boboiboy Solar dengan berlagaknya.
"Hah! Sudah tentu aku lagi hebat dan pandai daripada kau, budak kecil!" balas Revers Solar dengan senyuman sinis.
"Budak kecil kau panggil aku?!" marah Boboiboy Solar.
"Kenapa? Kau memang budak kecil pun," ejek Revers Solar.
"Kau tunggu, aku akan tunjuk kat kau yang aku lagi pandai daripada kau!" marah Boboiboy Solar sambil menatap tajam ke arah Revers Solar.
"Haha! Bring it on! Aku nak tengok," balas Revers Solar pula lalu mereka berdua menatap tajam antara satu sama lain.
"Mula dah mereka tu," kata Boboiboy Halilintar dengan tatapan datar.
"Heh, mereka tak tahu kita lagi hebat daripada dorang," kata Revers Halilintar pula, senyuman sinis menghiasi bibirnya.
"Apa kau cakap?!" Boboiboy Solar dan Revers Solar menatap tajam ke arah mereka berdua.
"Oh, pekak ke? Aku ingat korang dengar tadi," kata Revers Halilintar dengan sinis.
"Kau memang nak kena! Mari kami tunjuk siapa lagi hebat!" marah Boboiboy Solar.
"Aku terima cabaran kau," kata Revers Halilintar sambil mengeluarkan pedangnya dan diikuti oleh Boboiboy Halilintar.
"Mari kita tengok siapa yang kalah dulu!" marah Boboiboy Solar lalu mengeluarkan pedang solarnya dan juga diikuti oleh Reverse Solar.
"Uhm.. Korang, korang tak sepatutnya berlawan sekarang," celah Boboiboy Duri dengan nada risau manakala Revers Duri menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Ada aku kisah! Aku nak tewaskan budak-budak petir ni!" Boboiboy Solar terus berlari ke arah Revers Halilintar.
"Hehe, mari sini kau!" Revers Solar pula berlari ke arah Boboiboy Halilintar.
Boboiboy Halilintar dan Revers Halilintar tersenyum sinis lalu mereka mula ingin melibas pedang masing-masing.
"Berhenti bergaduhlah!" jerit Boboiboy Gempa dan Revers Gempa serentak sebelum mereka terbang dan menendang mereka berempat tanpa belas kasihan.
"Gempa! Sakitlah!" jerit mereka berempat.
"Hah! Lawan cakap kami, aku pastikan kau hilang tangan hari ni juga. Kau tahu betapa penat aku bersihkan tempat ni tadi?" Revers Gempa menatap garang ke arah mereka berempat, aura dia jauh lebih mengerikan daripada Boboiboy Gempa.
"Ma.. Maafkan kami!!" Mereka berempat berpeluk antara satu sama lain dalam ketakutan.
"Wow, dia lagi menakutkan daripada Boboiboy Gempa," kata Boboiboy Blaze, terkedu.
"Ya, kau jangan main-main dengan dia. Nanti tak pasal-pasal dia suapkan nasi goreng beracun kat kau pula," balas Revers Blaze.
"Na.. Nasi goreng beracun?!" Boboiboy Blaze tercengang.
Sementara itu, Boboiboy Solar, Revers Solar, Boboiboy Halilintar dan Revers Halilintar melutut di hadapan Revers Gempa yang sedang membebel mereka seperti tiada hari esoknya.
"Hah! Marah lagi! Marah! Marah!" Manakala Boboiboy Gempa membatu apikan lagi keadaan.
"Sesiapa tolong kami!" getus mereka berempat dalam hati, menangis hati masing-masing apabila Revers Gempa marah mereka tanpa belas kasihan.

YOU ARE READING
[C]Code: Raven [Boboiboy Malay Fanfiction]
Fiksi Penggemar"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh atau mencuri sfera kuasa!" Kehidupan Boboiboy berubah 180 darjah apabila dia disabitkan kesalahan atas...