Kokoci menatap gambar yang dihantar oleh Fang sebentar tadi, gambar luka lubang yang ada pada tengkuk Tok Aba. "Kau dapat keputusan tentang luka itu?" soal Kokoci.
Wanita berseragam hitam yang merupakan pihak penyiasatan TAPOPS berdiri di belakang Kokoci. "Negatif, komander. Pihak forensik masih tidak dapat mengenalpasti luka itu atas sebab apa," balas wanita itu.
"Ini menghairankan, kenapa Tok Aba sahaja ada? Kenapa Boboiboy tiada?" getus hati Kokoci.
Secara tiba-tiba alat komunikasi milik wanita berseragam hitam itu berbunyi. "Cakap," kata wanita itu dengan nada tegas lalu dia mendengar kata-kata daripada pembantu dia.
"Baiklah, aku akan beritahu komander." Wanita itu membalas sebelum mematikan panggilan tersebut.
"Komander, Ramenman sudah sedar," kata wanita itu kepada Kokoci.
"Huh? Sudah sedar?!" Kokoci membulatkan matanya.
"Ya," balas wanita itu.
"Baiklah, aku akan beritahu ahli pasukan yang lain tentang ini," kata Kokoci.
"Baik, tuan." ucap wanita itu.
Sementara itu Boboiboy yang masih tidak berpuas hati, tetap merentap kolar Raven dengan kuat.
"Macam mana kau buat tu?!" marah Boboiboy.
"Rahsia." Raven senyum mengejek.
"Kau jangan nak main-main dengan akulah! Kau dengan topeng kau tu, boleh pergi berambus! Kenapa nak tutup muka kau kalau aku sudah tahu muka kau?!" marah Boboiboy lagi sambil membuka topeng Raven secara paksa.
"Hoi, topeng aku tak ada kena-mengena pasal ni!" kata Raven sambil cuba mengambil topeng daripada Boboiboy.
Boboiboy mencampak topeng tersebut ke tepi dan terus menampar pipi Raven tanpa belas kasihan.
"Adeh?! Apa benda kau ni?!" marah Raven.
"Heh, biar otak tak betul kau tu betul sikit! Puas hati aku dapat tampar muka kau tu," kata Boboiboy.
"Kau memang nak kena!" marah Raven pula lalu pergaduhan antara mereka berdua berlaku.
"Aghhh!! Rambut aku!! Rambut aku!!" jerit Boboiboy.
"Rasa kau, biar aku kasi botak kepala kau tu!" kata Raven sambil menarik rambut Boboiboy sekuat hati.
"Aghhhh!! Tak guna kau!! Kau mari sini!! Aku kasi kau botak juga!!" Boboiboy yang dalam kesakitan juga tidak mahu kalah apabila dia juga menarik rambut Raven.
"Aghhhh!! Sial kau!! Rambut aku!!" jerit Raven kesakitan tetapi tangannya masih menarik rambut Boboiboy.
"Aku takkan lepaskan rambut kau kalau kau tak lepaskan rambut aku!!" jerit Boboiboy.
"Aku takkan lepaskan!" jerit Raven pula lalu dia merentap tangan Boboiboy dengan sepenuh tenaga sebelum dia melakukan headlock pada Boboiboy.
"Aghhhh!! Aku tak boleh bernafas! Aku tak boleh bernafas!! Kau ini apa sebenarnya?! Gajah ke?!" Terkapai-kapai Boboiboy apabila Raven mencekik saluran pernafasan dia.
"Gajah kau cakap?!" marah Raven.
"Aghh!! Tahu gajah rupanya, ingat tak tahu gajah itu apa!!" ejek Boboiboy walaupun dia dalam posisi yang tidak menyenangkan.
"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke huh?!" marah Raven lagi.
"Boboiboy! Oh, Boboiboy!" Tiba-tiba satu suara dari tingkat bawah memberhentikan pergaduhan antara mereka berdua.
"Tak guna, kenapa kawan kau datang waktu macam ni?!" Raven berdecit sebelum melepaskan Boboiboy.
Boboiboy terbatuk-batuk dan menyedut udara sebanyak yang boleh setelah dilepaskan, tangannya menampar lengan Raven. "Suka hati doranglah, dorang kawan aku! Tepilah!" marah Boboiboy sambil berdiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/360507104-288-k747529.jpg)
YOU ARE READING
[C]Code: Raven [Boboiboy Malay Fanfiction]
Fanfic"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh atau mencuri sfera kuasa!" Kehidupan Boboiboy berubah 180 darjah apabila dia disabitkan kesalahan atas...