Penjara Angkasa..
Kokoci dan Natasha terkedu apabila Penjara Angkasa yang mereka berdiri sekarang ini hampir hancur separuh manakala beberapa penjaga yang tercedera hampir kesemuanya melutut di hadapan mereka berdua dengan perasaan takut.
"Apa yang terjadi di sini?! Kenapa boleh sampai terjadi macam ni?!" marah Natasha kepada penjaga-penjaga Penjara Angkasa tersebut.
"Maafkan kami, puan. Astra menyerang kami," balas salah satu daripada penjaga itu.
"Nanti kejap, Astra?! Astra, pembantu kepada Ramenman tu?!" soal Kokoci dengan nada terkejut.
"Ya, komander. Kami dapati Astra itu adalah salah satu puak Galaxion," balas penjaga itu lagi membuatkan Kokoci terdiam.
"Dan salah satu daripada kami yang terjaga dapati Boboiboy dilarikan oleh satu lagi puak Galaxion yang bernama Raven," sambung penjaga itu lagi.
"Apa?! Kau tahu dimana dia bawa Boboiboy pergi?" soal Kokoci.
"Aku dengar yang mereka ingin ambil jam kuasa Boboiboy," celah satu lagi penjaga penjara itu.
"Natasha, bawa aku ke bumi sekarang!" arah Kokoci sambil beredar dengan pantas.
"Baik, tuan." Natasha menganggukkan kepalanya.
"Dan kamu semua, kemas apa yang patut. Aku akan bincang dengan pihak atasan setelah selesai," arah Natasha kepada penjaga penjara itu.
"Baik, puan." Penjaga-penjaga penjara itu mengikuti arahan Natasha.
Natasha berjalan untuk mengikuti Kokoci ke kapal angkasa sehingga matanya melirik ke arah sesuatu yang melekat pada celah timbunan dinding yang runtuh itu. Natasha mendekati objek tersebut yang merupakan topeng paruh burung gagak yang sudah retak.
"Natasha." Kokoci memanggil nama wanita itu.
"Ya, komander." Natasha terus menyimpan topeng itu di dalam beg pinggangnya dan berjalan masuk ke dalam kapal angkasa.
Kokoci yang sibuk menekan skrin hologram, menghubungi pasukan Markas Tempur-B.
"Ya, komander?" balas Fang yang sedang mamai, muncul di skrin terlebih dahulu.
"Aku ingin beritahu sesuatu, mana yang lain?" soal Kokoci.
"Masih tidur mungkin," balas Fang sambil menggosok matanya.
"Komander? Kenapa hubungi kami lewat malam lagi? Ada sesuatu terjadi?" soal Yaya yang pula muncul di skrin, diikuti oleh Ying pula di skrin berasingan.
"Mana Gopal?" soal Kokoci lagi.
"Macam biasa," balas Yaya, Ying dan Fang secara serentak.
"Sudah tentu," getus hati Kokoci.
"Apa yang komander nak beritahu kami?" soal Fang pula.
"Oh, ya. Kami dapati Boboiboy bukan suspeknya," balas Kokoci.
"Eh, betul ke ni?!" soal Yaya, Ying dan Fang secara serentak, habis segar mata masing-masing apabila mendengar Boboiboy bukan suspek yang mereka inginkan.
"Jadi macam mana dengan Boboiboy? Adakah dia bakal dilepaskan?" soal Fang lagi.
"Ya tetapi kita ada masalah yang lain," balas Kokoci.
"Huh?" Yaya, Ying dan Fang mengerutkan kening mereka.
"Boboiboy terlepas dan mengikuti suspek sebenar ke bumi untuk mengambil jam kuasa dia semula," kata Kokoci.
"Apa?! Jadi maknanya Boboiboy dilepaskan dengan bantuan Raven?! Raven tu orang yang berbeza ke?!" soal Ying dengan nada terkejut.
"Ya tetapi saya tak ada masa untuk terangkan lebih lanjut. Saya mahu kamu semua tangkap Raven semasa mereka tiba di bumi. Lagi-lagi kamu, Yaya. Kamu dekat dengan rumah Tok Aba," balas Kokoci.
YOU ARE READING
[C]Code: Raven [Boboiboy Malay Fanfiction]
Fanfiction"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh atau mencuri sfera kuasa!" Kehidupan Boboiboy berubah 180 darjah apabila dia disabitkan kesalahan atas...