01 | N A U R A Z

640 43 6
                                    

Kereta Porche putih milik Raz Haykarl berhenti di hadapan sebuah Resort yang berdekatan dengan pantai dimana Alleya Ameera bersama lelaki lain itu berada.

Enjin Kereta dimatikan lalu dia keluar dari perut kereta . Pintu kereta ditutup sebelum dia melangkah menuju ke pantai tersebut.

Tangan kanan diserlup masuk Ke dalam poket seluarnya. Hatinya berdebar. Kecewa. Anak matanya tidak lekang memandang satu susuk tubuh yang dia sangat kenal.

Raz Haykarl melangkah menuju ke arah seorang gadis yang sedang berjalan sambil berpegang tangan bersama lelaki yang bersama dengannya.

" Ehem so ini ke selama ini awak buat belakang saya, Ameera?" Raz menyapa mereka dari belakang dengan nada yang mendatar.

Membulat mata Ameera mendengar suara itu. Terhenti langkahnya sebelum dia berpalingkan badannya kebelakang untuk melihat pemilik suara tersebut.

Tidak mungkin Raz.

Air liur di telan dengan payahnya apabila melihat kekasihnya bersama lelaki lain. Raz Haykarl hanya memandang wajah Ameera dengan tatapan kosong.

Membulat mata Ameera tatkala melihat lelaki yang sangat dia kenal.

" R-raz, awak buat apa dekat sini? Ambil angin ke?" Soal Ameera pada Raz.

" Jawab soalan saya Ameera! Siapa lelaki ni?" Soal Raz dengan nada yang tinggi. Membuatkan orang sekeliling juga melihat kearah mereka bertiga.

" Raz, saya boleh explain dekat awak. Saya dengan dia...." Terkulat- kulat dia ingin menjawab pertanyaan dari Raz malah belum sempat dihabiskan ayatnya lantas lelaki yang bersama Ameera itu potong percakapannya.

"Dia girlfriend aku. Kenapa? Ada masalah ke dengan kau?" Soal lelaki itu lalu dia mengeratkan lagi genggaman tangannya bersama Ameera.

" Ouh, girlfriend kau?" Kata Raz lalu dia senyum sinis. Usaha menahan airmata nya jatuh kerana rasa kecewa yang begitu mendalam.

" Ameera. Ini ke yang aku dapat setelah bermacam-macam aku buat, untuk apa aku sudah beri pada kau?! Ini ke yang aku dapat!" Ujar Raz lagi dengan nada keras. Ameera terdiam saat dijerkah sebegitu. Tidak pernah dia melihat lelaki itu meninggikan suara kepadanya.

" Raz..percaya saya Raz. Percaya Ameera. Ameera dengan dia tak ada apa-apa pun." Rayu Ameera lalu dia meleraikan gengaman tangan bersama lelaki tadi.

Raz menutup matanya seketika lalu dia mencelikkan matanya semula. Sudah berkali-kali dia sabar. Sudah berkali-kali dia melukakan hatinya sendiri hanya kerana perasaan sayang yang begitu dalam.

"Untuk kali ini, kali ini saja demi hati aku yang sudah sakit sangat. Aku tidak mahu beri apa-apa peluang lagi buat orang yang selalu sia-siakan aku." Bisik Raz dalam hatinya.

" Raz. Please. Percaya saya."

" Sudah Ameera! Cukup! Saya tak nak dengar satu pun penjelasan keluar dari mulut awak lagi. Jijik....hari ini, hari terakhir saya percayakan awak. Thank you so much atas apa yang awak buat pada saya. Selama ni saya diam. Saya maafkan tapi, you keep repeat the same thing." Kata Raz dengan nada tinggi. Hatinya rapuh. Kecewa. Tapi, dia harus fikir hatinya juga.

"Raz.."

" Harini, hari terakhir awak tengok saya as your partner Ameera." Sambung Raz lagi sebelum dia meninggalkan Ameera bersama lelaki itu.

Ameera hanya memandang pemergian Raz tanpa dikejar. Lemah lutut Raz melangkah menuju ke parking kereta.

Akhirnya, dia melepaskan perempuan yang sia siakannya. Airmata yang ditahannya tadi kini mula menyentuh pipi.

Raz HaykarlWhere stories live. Discover now