0 8 | N A U R A Z

33 3 0
                                    

Sampai sahaja Raz di pejabatnya, dia terus melangkah menuju ke biliknya dengan wajahnya yang tegang.

Sebelum dia sampai ke biliknya, dia perlu melepasi bilik gadis yang sangat dia tidak boleh tengok wajahnya.

Dia berhenti dihadapan bilik Naura. Dia mengeluh.

Sementara itu, Naura yang baru sahaja sampai di dalam bilik kerjanya itu berkemas kemas tempatnya sebelum dia mulakan kerja akan tetapi dia melihat sesuatu yang pelik di hadapan biliknya.

Penampakan Encik Raz Haykarl yang berdiri tegak lalu memicit dahi di hadapan bilik kerjanya. Sudahla pintu bilik kerja Naura tu lutsinar.

"Apa pasal mamat ni berdiri depan bilik aku dengan muka stress dia." Omel Naura sendiri.

"Tah la biar dia, baik aku buat kerja aku." Naura mengabaikan Raz berdiri di situ. Tidak lama pintu bilik Naura dibuka dari luar oleh Raz.

"Kau ikut aku pergi Johor hujung minggu ni." Arah Raz tiba meluru masuk ke dalam bilik Naura tanpa di ketuk dan beri salam.

Tersentak Naura seketika.

"Ha? Ikut pergi Johor?" Jeritnya dalam hati. Kenapa dia kenapa dia.

"Saya ? Kenapa saya ? Bukan Encik Raz pergi dengan Encik Iyen ke ?" Soal Naura sambil berdiri memegagng beberapa fail ditangannya.

Raz berdengus kecil.

"Jangan banyak tanya. Ni kan arahan aku so ikut je lah." Balas Raz dengan nada bengis.

Dengan reaksi seperti tiada perasaannya, dia terus melangkah meninggalkan Naura dari ruangan susunan fail.

"Banyak banyak staf, aku juga yang dia nak pilih. Pilih la sapa-sapa kat sini..aku juga." Bebel Naura seorang diri.

Menyampah.

Tidak suka.

Tapi disebabkan kerja kena la ikut. Redo je lah Naura Adliena...

Tiba tiba satu notification WhatsApp masuk.

"How's your day sweetheart?" Naura membaca notification tersebut lalu dia memejamkan mata.

Setelah beberapa bulan lelaki itu mendiamkan diri dan Naura baru sahaja nak berdamai dengan dirinya tapi kenapa dia muncul kembali?

Naura tarik nafas dalam lalu hembus. Dia mengabaikan mesej tersebut.

........

Raz Haykarl sedang sibuk menyemak document-document yang Aliea bawakan pagi tadi untuk disemak.

Naura dari pantry, berjalan menuju ke bilik Raz untuk memberikan minum yang telah dibancuh olehnya.

"Tok! Tok!" Naura mengetuk pintu sebelum dia tolak pintu tersebut.

"Encik Raz, ni air untuk Encik Raz." Kata Naura lalu dia meletakkan cawan tersebut di atas meja Raz perlahan lahan.

Naura terjegat berdiri di situ menunggu Raz mengucapkan "terima kasih" kepadanya.

Lama dia tunggu tapi Raz sibuk menyelak kertas kertas yang bersepah di atas mejanya.

Berkerut dahinya sehingga tidak perasan Naura Adliena yang sudah melangkah masuk ke dalam.

"Eish aku masuk dalam ni dah lebih 10 minit, buta ke tak nampak aku ni?" Bisik Naura Afriena.

Naura memandang Raz dengan pandangan tidak puas hati

"Tak boleh jadi ni!"

"BANGGG!!!" Terkejut Raz apabila meja kerjanya dihentak kuat seperti itu.

Perlahan-lahan Raz mengangkat wajahnya. Dia menutup file tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Raz HaykarlWhere stories live. Discover now