8:45 pagi, kereta Honda Civic milik Naura memasuki ruangan parking pejabat. Enjin kereta dimatikan sebelum dia perlahan keluar dari perut kereta tersebut.
"Okay Naura, ni first day kita tau. I know you can do it ! setakat nak hadap mamat kerek tu, small matter." Kata Naura sendirian sambil membetulkan tudungnya.
Langkah mula diatur laju menuju masuk ke dalam lift. Belum sempat pintu lift tertutup, tangan Raz pantas menahan pintu lift.
"Pagi-pagi dah tengok muka mamat kerek ni ke YaAllah !" Bisik Naura dalam hati. Rasa nak menjerit pun ada, terpaksa pulak dia satu lift dengan lelaki itu.
Namun pada Raz, langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Seperti orang tiada perasaan pun ada kalau tengok.
Langsung tidak menghiraukan Naura yang disebelahnya, kaki Raz laju
melangkah keluar selepas pintu lift terbuka.
Naura hanya diam melihat sikap Raz. "Memang macamni ke perangai dia? macam mana abang boleh ada kawan macamni?" Soal Naura dengan riak wajah bingung.
Naura Adliena mengabaikan sikap lelaki itu lalu dia melangkah menuju ke arah meja kerja Aliea.
"Hi! Selamat pagi Aliea. Boleh saya tahu tempat saya di mana?" Soal Naura dengan ceria. Dia senyum lebar pada Aliea
"Hi, semalat pagi juga Cik Naura...tempat Cik Naura betul betul di sebelah bilik Encik Raz.
Ternganga mulutnya apabila mendengar "meja awak betul-betul di sebelah bilik Raz.
Naura garu kepalanya.
"Tempat lain memang tak ada ke?" Soal Naura.
Aliea tergelak kecil. Kelakar melihat reaksi Naura.
"Tak ada situ memang khas untuk secretary, Cik Naura." Lah, macam tu pula? Tak apa lah redo.
Sambil berjalan ada beberapa soalan yang Naura tanya kepada Aliea.
"Aliea, Encik Raz tu dia memang macam tu ke?" Soal Naura yang ingin tahu serba sedikit tentang Raz. Ye la kan lelaki itu sudah menjadi bos besarnya.
"Kenapa awak tanya?"
"Saja. Tak de lah, perangai dia tu menyakitkan hati. Boleh ja dia nak cakap elok-elok tapi nak mengkasar je. Apatah lagi nak mengalah huh!"Ujar Naura tatkala dia menggulingkan matanya ke atas.
Aliea tertawa kecil.
"Encik Raz tu dengan perempuan sebelum ni, mana lah dia nak layan. Tapi, sejak dia dah putuskan hubungan dia dengan Ameera tu terus dia off dengan semua perempuan." Ujar Aliea sambil dia membuka pintu bilik pejabat Naura.
"Ouh dia ada kekasih la sebelum ni. Lepastu? Kenapa diorang dah tak ada hubungan apa-apa lagi?" Soal Naura lagi. Saja dia ingin tahu serba sedikit tentang Raz.
"Biasa la Naura. Perempuan tu permainkan hati Encik Raz sampai curang banyak kali. Saya pun sebenarnya tak berkenan dia dengan perempuan tu. Kerja habiskan duit Encik Raz je" kata Aliea lagi dengan memek mukanya yang mengatakan dia tidak suka.
"Eh, apa cakap macamtu. Macam mana awak tahu dia kerja habiskan duit Encik Raz je." Kata Naura.
"Yela, sikit-sikit datang office tapi itu datang bila perlu je ye Naura, keluar pergi makan lepastu dia pau Encik Raz belikan dia itu belikan dia ini." Naura meng'o'kan apa yang dicerita oleh Aliea.
"Kisah dia macam kisah aku. kesiannyaa.." bisik Nuara
"Sini Naura awak duduk sini. Saya dah siapkan dah semua barang awak."
"Terima kasih Aliea." Kata Naura.
"Sama sama kasih Naura. Tapi, awak doa-doakan la ye Encik Raz tu lekas dapat jodoh. Doa dia buka hati semula ke." Ujar Aliea bersahaja sambil ketawa kecil.
Naura senyum kecil. Comel pekerja Raz yang ini.
"Insyaallah, boleh."
"Apa kata Naura la yang buat Encik Raz jatuh hati dengan Naura. Naura macam matching pula dengan Encik Raz."
Eh..salah ni salah ni.
"Eh itu boleh berangan je. Tak nak lah. Saya dengan Encik Raz ni saya pun tak nak dia. Dia menyakitkan hati je." Kata Naura yang menafikan apa yang dikatakan oleh Aliea.
"ELELELE kalau awak berdua jodoh, kena bagi saya cuti sebulan!"
"Eh mandai mandai je dia. Tak de tak de" Aliea gelak sakan sehinggakan Raz yang berjalan memantau pekerjanya itu terdengar suara itu terus berjalan perlahan lahan menuju ke bilik Naura.
Tanpa mereka sedar, Raz tunggu melihat mereka lama bergelak sakan berdua.
"Apa yang seronok sangat sampai dengar satu office ni?" Soal Raz dengan dingin.
Terhenti ketawa mereka.Naura sudah menoleh ke arah Raz dengan wajahnya terkejut namun, dia tunduk memandang meja. Manakala Aliea, perlahan-lahan pusing badannya kebelakang melihat Raz Haykarl yang bersandar di pintu bilik tersebut.
"Err tak ada apa apa Tuan. Saya tak sengaja nak gelak kuat-kuat. Saya keluar dulu ya Naura, apa apa bagitahu saya." Terus Aliea berjalan laju keluar dari bilik. Sempat lagi dia menunduk hormat kepada Raz.
Raz mengeluh kecil.
"Ha kau, tunggu apa lagi? Buat kerja tu. Kau dengar je loceng tu, masuk bilik aku. Faham?"
"Faham." Terus Raz berjalan keluar dan meneruskan memantau pekerja pekerja yang di luar sana.
"Eish poyonya." Naura pun memperbetulkan duduknya lalu dia membuka file dan laptopnya sebelum dia meneruskan kerjanya dengan tekun.......
Pada waktu petang, Raz Haykarl keluar dari biliknya dengan membawa raket badminton bersama bulu tangkis.
Dia berjalan menuju ke pintu utama. Puan Shazreen menyapanya.
"Nak ke mana dengan benda tu?" Soal Puan Shazreen.
"Tak ke mana pun mama. Nak main depan ni je dekat dinding." Beritahu Raz dengan lembut pada Puan Shazreen.
"Raz nak main kejap mama." Terus dia berjalan keluar dari rumah. Puan Shazreen mengukirkan senyuman lalu sambung mengemas apa yang patut di ruang tamu.
Sedang Raz bermain di tepi dinding rumah, tiba-tiba Encik Anuar memanggil namanya.
"Raz, sini duduk dengan papa. Buat apa tu main badminton dekat sana." Terhenti tangan Raz yang memukul bulu tangkis itu lalu dia pergi pada Encik Anuar.
"Ye papa."
"Main sorang-sorang dengan dinding?" Soal Papa.
"Macam biasa papa. Raz bosan je ni saja nak main." Kata Raz lalu dia melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi meja yang ada dihalaman rumah mereka.
"Macam mana dengan kerja? Okay ke?" Soal En. Anuar."Everything so far..okay je papa. Tapi tu lah ada pekerja baru masuk tu takde apa la sangat." Ujar Raz lalu melabuhkan punggunya di kerusi tersebut.
"Apa nama pekerja baru kita tu? Dia okay? Kerja dia buat elok semua?" Soal Encik Anuar pada anaknya.
"Nama dia Naura Adliena adik kepada kawan Raz Nariz Naufal namanya. So far, dia okay tapi kuat melawan sikit papa. Banyak mulut. Raz tak berminat nak layan dia."
"Tak terpikat?"
"Nak terpikat buat apa papa, awal awal kenal pun dah macam apa dah perangai, pa"
"Kenapa?" Tanya Encik Anuar saja dia nak korek sedikit cerita Raz. Raz pula susah nak bercerita dengan papanya sendiri.
"Ada ke patut papa, dia tendang kereta kesayangan Raz..uish Raz panas la papa lepas tu dia larikan diri tak nak minta maaf dengan Raz pula tu." Raz mula bercerita. Dia bercerita dengan reaksi mukanya memang betul-betul ada rasa dendam pada Naura.
"Tapi sekarang rasa nak marah pun tak ada apa papa, satu office hari hari hadap nanti rasa nak naik jemu"
"Eh apa kamu Raz cakap macamtu, nanti kamu ada jodoh dengan dia baru tau. Jangan nak gaduh-gaduh sangat nanti mana tahu ada jodoh."
"Papa jangan nak mendoa nanti makbul kang. Raz malas nak kenal perempuan semua sama. Semua tak sama macam mama." Ujar Raz lagi.
Encik Anuar memperbetulkan posisi kedudukannya.
"Raz, kamu nak tahu tak? Perempuan ni sebenarnya sama."
"Maksudnya?" Soal Raz
"Macam mana pun perangai dia tapi ada satu sifat tu ada dekat semua perempuan.." Ujar Encik Anuar.
"Apadia?"
"Manja.."
Raz berdecit sinis.
"Papa, setakat manja tapi perangai hauk macam Ameera tu tak guna papa."
"Raz tak boleh nak sama kan macamtu sebab Raz sendiri belum kenal macam mana kelakuan pekerja baru kita tu. Kalau setakat gaduh macamtu apa lah sangat." Ujar Encik Anuar kepada anak lelakinya.
"Alah, biar la papa.. malas Raz nak ambil tahu pasal perempuan. Sekarang Raz nak fokus dengan diri Raz, dengan kerja Raz tu ja sekarang."
"Macamtu la kamu..nanti kalau dah jatuh cinta dengan dia papa tak tahu."
"Papa please...jangan disebut sebut."
"HAHAHHAHAHHA" Encik Anuar ketawa besar.
"Ha lagi satu pasal projek dekat johor, papa nak Raz pergi dengan Naura biar dia ada pengalaman sikit." Ujar Encik Anuar lagi.
"But papa tu kan bahagian ye.." Belum sempat Raz ingin menghabiskan ayatnya, papa mencelah.
"Tak ada tapi tapi Raz keputusan papa muktamad."
Raz mengeluh.
Apalah nasib dia kalini.
Stress
Hadap lagi masalaha dengan gadis itu.
Aduh!
YOU ARE READING
Raz Haykarl
RomansRaz Haykarl & Naura Adliena " Untuk kali keberapa saya nak beri peluang dekat awak Ameera? Saya nak endkan relationship kita. Saya dah penat. Awak tak pernah berubah." - Raz Haykarl " Saya janji saya akan berubah Raz. Saya janji." - Alleya Ameera ...