"Diri sudah terbiasa dengan rasa sakit ini. Rasa sakit bagiku cuma umpama racun yang memeritkan."
AKU hanya mampu terdiam tatkala melihat insan itu terus meneguk minuman haram itu dengan penuh rakus. Akan tetapi aku cuba bertindak dengan caraku sendiri. Aku sudah tak mampu menahan akan segala perihal ini. Aku perlu bertindak sekarang. Dah tak perlu mengikut kata hati yang terlalu baik.
"Daddy, please stop it! I can't stand with this anymore! You think, I'm what? Ha?!" Bantah Nadhir Arsyad sedikit meninggi suaranya. Dia sudah terlalu penat menghadap perangai si ayah yang suka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Cukup lah asyik minum benda haram tu! Daddy tahu tak benda tu haram? I'm so sick with all this!!" Tegas Nadhir lagi.
"Kau... kau fikir kau siapa? Kau tak ada hak untuk halang aku buat semua ni! Kau tu cuma anak yang tak berguna saja!" marah Tan Sri Naqir pula.
"Anak yang tak berguna? Kau cakap aku anak yang tak berguna? Hey, daddy... you know what? Selama ni aku yang tolong kau handle semua kerja dekat syarikat kau yang hampir bangkrup tu! Kau tahu tak tu? Sekarang syarikat kau dah mula maju balik, itu semua atas berkat usaha aku!! Lepas tu kau nak cakap aku ni anak tak berguna?! Dengan hasil titik peluh aku selama beberapa tahun ni, kau guna duit tu untuk beli benda haram ni! This is too much daddy!" amarah di hati Nadhir kian membara.
Tiba-tiba terasa satu tamparan kuat mendarat di pipi milik Nadhir Arsyad.
"Kau sebagai anak, kena jaga adab dengan aku! Jangan terlalu biadap! Kau ingat bila kau dah dapat majukan balik syarikat aku, kau dah rasa hebat sangat lah... Ha Nadhir Arsyad?? Kalau tak wujudnya aku, kau takkan wujudlah dekat dunia ni! Dasar anak tak tahu untung! Tak tahu langsung nak bersyukur!" marah Tan Sri Naqir.
"Bersyukur? Anak tak tahu untung? Apa maksud kau daddy? Kau nak tahu tak daddy aku sebenarnya dah lama bertahan dengan semua ni! Lebih baik aku keluar sajalah dari neraka ni! Lagipun aku dah tak tahan rasanya nak hadap muka kau setiap hari. And one more, aku takkan pernah mengaku kau ni ayah aku! Sebab apa? Sebab kau tak pernah jaga dan didik aku dengan baik. Kalau tak disebabkan arwah nenek dengan arwah mummy dulu yang jaga serta membesarkan aku dengan didikan agama, aku mungkin takkan kenal apa itu Islam," tegas Nadhir Arsyad lagi dengan nada yang agak meninggi sedikit.
"And one more thing... apa yang kau tahu daddy about jaga adab? Kau asyik fikir aku sebagai anak je nak kena taat dengan kau? Selama ni aku dah taat dengan kau tapi apa yang kau balas? Hinaan? Makian? Dera? Cacian? Lepastu ada hati kau nak suruh aku jaga adab? Allahuakbar... aku rasa lebih baik kau pergi baiki diri kau dulu okay? After that, baru kau boleh sentuh bab tu. Dah izinkan aku keluar dari neraka ni dan aku nak minta maaf dengan kau kalau ada buat apa-apa salah sebab aku taknak lah dicop 'anak derhaka' nanti. Halalkan semua yang kau pernah bagi dari aku kecil. Assalamualaikum," sambung Nadhir Arsyad lagi lalu berjalan keluar dari ruang tamu itu sambil menarik sebuah beg bagasi.
"Pergi lah kau! Aku tak kisah kalau kau tak ada sekali pun, aku boleh hidup seorang diri lah! Dasar anak derhaka! Kau jangan mimpi nak balik ke sini semula! Aku takkan izinkan kau jejakkan kaki dekat dalam rumah aku ni lagi!" jerit Tan Sri Naqir lalu dibalingnya botol berisi air arak yang sedang diteguk tadi.
Terhenti seketika langkah Nadhir Arsyad. Dia tahu bahawa Tan Sri Naqir masih cuba untuk menguji kesabarannya.
"Sombongnya cara kau bercakap Daddy. Kau kena ingat sekarang harta serta segala nikmat yang kau tengah ada sekarang ni semuanya datang dari Allah SWT. Bila-bila masa je Allah SWT boleh ambil balik segala nikmat yang kau tengah rasakan dekat dunia ni. Sekejap je,"
lontar Nadhir Arsyad buat kali terakhir lalu meneruskan langkahnya sehingga ke pintu luar.
YOU ARE READING
Pergilah Jauh Deritaku| Ongoing
Romance{STAND ALONE}✨ Derita... setiap titisan air mataku hanyalah penuh dengan derita. Derita yang dicipta sendiri oleh orang yang kusayangi. Nadhir Arsyad seorang jejaka yang hidup di dalam kemewahan. Memiliki wajah yang agak tampan tetapi sedikit dingi...