"Melindungi si dia sudah menjadi tugasku."
KEPULAN asap mula berterbangan ke sekitar rumah. Bahkan penapis udara pun tidak mampu menghilangkan ia.
"Woi! Apa korang berdua buat tu ha?!" jerkah Borhan. Renungan tajam diberikan.
"Kitaorang lapar lah Han. Nak masak maggi, tapi tak sangka jadi maggi hangus," balas Roy dan Bob serentak.
"Otak mu maggi! Dah jadi 'debu' macam ni masih nak kata maggi? Ni kalau Tuan tahu habis korang! Ingat! Kita ni dah lah menumpang saja dekat rumah dia ni," bebel Borhan.
"Apa yang kecoh sangat dekat bawah ni ha?!" jerkah suara itu.
Tiba-tiba detak jantung masing-masing kian berdegup laju. Mengepam darah selaju yang boleh. Tatkala mendengar satu suara itu mula menyergah mereka. Air liur ditelan terasa kesat semacam.
"Han! Apa yang huru-hara sangat dekat dapur ni? Dari dekat atas lagi aku dengar suara buat bising! Kenapa berasap semacam ni?!" soal Nadhir. Kasar sahaja nadanya.
"Ni ha Tuan, dua bala ni dah mula buat kerja diorang. Nak masak maggi jadi 'debu' dah Tuan," jelas Borhan.
"Masak maggi? Masakan yang senang tu pun korang tak boleh nak masak?! Korang memang dah mengganggu waktu tidur aku dengan Puan korang lah."
"Sekarang. Korang pilih, sama ada nak arwah atau kena denda? Beritahu dekat aku. Pilih!" arah Nadhir. Nada suara ditinggikan. Riak wajah ibarat pak singa ingin menerkam mangsa ditayangkan.
"Ta-taknak arwah boss. Kalau denda okay lagi boss. Kalau arwah mungkin saya dengan Bob dah lepak bawah. Denda sajalah," ujar Roy. Riak wajah cuak ditayangkan. Rasa macam nak terkencing pun ada.
"B-betul tu boss. Lagipun dosa saya pun b-banyak lagi. Nak kena selesaikan dulu hutang 'lama' dengan Allah SWT dulu, baru senang saya nak pilih jadi arwah lain kali," ujar Bob pula. Selamba sahaja nadanya tetapi rasa nak terberak dalam seluar pun ada.
"Bagus... nasib ingat Allah lagi. Han... pergi selesaikan dua mangkuk ni. Tapi sebelum tu... Lyla!" panggil Nadhir.
"Yes Tuan?" soal Lyla ingin tahu.
"Masakkan maggi untuk dua mangkuk ni. Nanti hantarkan dekat bilik denda. Nanti aku datang balik ke sini," arahnya.
"Baik Tuan." sahut Lyla.
Sebaik sahaja melihat pemergian Nadhir, mereka pun mula mengutuk dua bala tersebut.
"Haaa... padan muka kena denda lagi! Itulah lain kali jangan degil sangat. Dengar cakap aku," ejek Kyla.
"Entah korang berdua ni, masak maggi pun tak tahu macam mana nak kahwin... entah. Kan Han kan?" tambah Lyla pula.
"Hurm..." riak wajah biasa masih ditayangkan.
"Tapi tak apalah sekurang - kurangnya Tuan masih lagi suruh penuhi permintaan kitaorang. Kira baguslah tu." bicara Roy.
"Maksudnya boss masih sayang kita meh. Betul dok Bob?" soal Roy.
"Betul my bro! Sep tangan sikit." balas Bob.
"Eh tak dapat! Kau ni main-main lah!" marah Roy.
"Mana ada! Aku tengah seriuslah ni!" balas Bob pula.
"Perasan tak sudah! Gila tambah gila pula tu. Patutlah satu kepala, menyesal pula aku tak campak saja masuk wad psikiatri haritu!" keluh Borhan.
Dialihkan semula pandangan ke arah dua gadis itu, bibir mula menuturkan beberapa ayat.
YOU ARE READING
Pergilah Jauh Deritaku| Ongoing
Romance{STAND ALONE}✨ Derita... setiap titisan air mataku hanyalah penuh dengan derita. Derita yang dicipta sendiri oleh orang yang kusayangi. Nadhir Arsyad seorang jejaka yang hidup di dalam kemewahan. Memiliki wajah yang agak tampan tetapi sedikit dingi...