PJD: |7|NA

56 3 0
                                    

"Selepas merasai kehilangan, pasti akan terganti dengan kegembiraan..."





MATA dibuka dalam keadaan yang agak samar. Mata digosok perlahan. Dia ingin bangun tetapi badan terasa agak lemah. Dipandang sekeliling kelihatan lima sosok tubuh orang menghiasi matanya.

"Assalamualaikum Puan," ucap wanita berkot putih yang memakai tag nama Shila itu.

"Waalaikumussalam Doktor," balas Nadeera kembali.

"Puan dah rasa lebih baik?" soalnya.

"Alhamdulillah baik Doktor, cuma kepala saya masih terasa pening sikit," katanya.

"Doktor macam mana keadaan suami saya? Teruk ke keadaan suami saya?" soal Nadeera bernada risau. Kebetulan Doktor Noah ada bersama boleh ditanya keadaan si suami.

"Ouh soal Tuan Nadhir, Puan boleh bertanya dekat Doktor Noah. Sebab dia lah doktor yang merawat suami Puan selama ni." balas Doktor Shila.

Doktor Noah pun mula mencelah perbualan di antara dua pihak itu. Doktor Shila masih setia menemani mereka di dalam wad itu.

"Keadaan Tuan Nadhir okay cuma dia...," percakapan tidak dapat dihabiskan. Terasa berat untuk memberitahu kepada isteri Nadhir tentang soal ini.

"Cuma? Cuma apa tu Doktor?" soal Nadeera. Sedikit risau nadanya.

"Saya rasa mungkin Puan saja kot yang perlu tahu tentang soal ni," kata Doktor Noah.

Terus dipandang wajah orang suruhan Nadhir. Satu persatu wajah itu dipandang lembut oleh Nadeera.

"Borhan, Roy, Bob... awak bertiga boleh keluar dulu? Saya dan Doktor Noah ada perkara yang nak dibincangkan tentang Tuan," arah Nadeera.

"Baik, Puan. Kami minta izin keluar dulu ya," kata mereka bertiga serentak.

Nadeera Aleesya sekadar menggangguk. Anak mata setia mengekori gerak langkah orang suruhan suaminya. Pandangan pun dialihkan semula kepada Doktor Noah.

"Boleh Doktor jelaskan sekarang? Soal apa tu? Jangan buat saya overthink dan risau. Sebagai seorang isteri saya berhak tahu soal kesihatan suami saya," bebel Nadeera. Dahi berkerut seribu.

"Sebenarnya macam ni Puan, berdasarkan apa yang saya telah lihat pada Tuan Nadhir. Saya dapati tahap depression dia mula menghantui diri dia semula. Dan saya tak pasti sama ada dia masih dapat mengawal ia dengan baik mahupun tidak. Itulah sebab saya perlu tahan Encik Nadhir di wad beberapa hari ini untuk pemantauan yang agak lama untuk pastikan apa yang saya lihat ini betul ataupun tidak." Doktor Noah mula menjelaskan perkara yang membuatkan diri dia risau akan keadaan pesakitnya yang satu ini.

"Depression? Datang kembali? Saya rasa mustahil Doktor, sebab selama ni saya tengok suami saya habiskan saja ubat yang dia dapat hasil dari temu janji dengan doktor selama ni," jelas Nadeera. Semakin hairan dia rasakan. Macam pelik pun ada.

"Itu apa yang Puan nampak. Tapi sebenarnya ubat tu Tuan Nadhir tak pernah sentuh atau habiskan pun. Saya dapati dia dah skip ubat tu terlalu lama. Saya pun tak pasti kenapa," jelas Doktor Noah.

"Ha? Mustahil! Saya kenal suami saya macam mana. Dia tak pernah menipu saya."

"Saya pun tak mampu memberikan jawapan untuk soalan Puan tu. Tak apalah Puan, saya minta izin beredar dahulu, assalamualaikum." pintanya.

"Waalaikumussalam."

Sebaik sahaja, Doktor Noah beredar keluar dari wad vvip itu. Doktor Shila mengambil alih semula perbualan yang tergantung tadi.

"Sebenarnya, Puan. Saya ada satu berita baik yang ingin disampaikan." beritahunya.

"Berita baik? Boleh saya tahu berita apa tu Doktor?" soal Nadeera ingin tahu.

Pergilah Jauh Deritaku| OngoingWhere stories live. Discover now