"Di saat kemenangan berada di dalam tangan, 'dia' telah menjelma kembali."
"HUSBAND!!" jerit Nadeera. Nada suara masih dilembutkan. Cuma tak tahu lah, kenapa semenjak kahwin ni dia suka sangat menjerit.
"Ya Deeraku, babyku? Kau sekarang semenjak dah mengandung dan makin nak jadi mak orang ni. Bukan main lantang kau buat opera eh? Terjerit sana, terjerit sini." Perli Nadhir. Setepek. Apa nak dikisahkan? Dia kan memang kuat menyakat?
"One more, suami kau ni belum pekak lagi ler Nadeera sayang. Jangan risau. Panggil je guna suara chipmunk kau macam biasa. Aku suka suara tu lagi," ujar Nadhir. Rasanya, roh dia tertukar dengan Nadeera kot? Sekarang, dia yang kuat membebel.
"Hish abang ni! Saya memang selalu borak dengan abang guna suara lembut saya ni kan? Sekarang pun, nada suara saya masih lembut kan?"
"Tapi, kau lagi banyak menjerit dari bercakap normal macam ni. Aku pula yang risau tengok kau ni. Cuba kau jujur dengan aku, kau letih sangat ke jadi bini aku? Tak suka kahwin dengan aku? Aku buat kau stress ke?" Nadhir menyoal tanpa henti. Lah, datang dah mood jiwang Nadhir! Masalahnya, bini dia yang mengandung, kenapa dia pula yang sensitif?
"Alololo... comel lah shuben saya ni kalau datang mood sensitif dia. Bukan lah abang, saya menjerit ni sebab nak berlatih untuk persediaan awal." Dielus lembut pipi putih milik Nadhir. Mereka ni memang sama cantik dan sepadan.
"Ha? Berlatih untuk persediaan awal? Apa maksud kau?" Kepala disengetkan ke tepi. Nak hadam ayat bini dia pun dah tak mampu. Dari tadi, asyik keluar masuk tandas. Muntah tak berhenti.
Bini punya alahan. Dia kena lah ikut tanggung sama. Lagipun, anak dia juga kan?
"Kejap Deera... aku nak pergi tandas sekejap. Lain macam alahan mengandung kau yang terkena dekat aku ni." Nadhir berlari anak ke arah tandas bilik mereka. Dimuntahkan habis segala isi perut yang ada. Sedangkan, bini di atas katil tengah santai bedal ayam panggang.
Keluar sahaja dari tandas. Dilihat sosok tubuh milik Nadeera hilang entah ke mana.
"Aik? Mana pula bini aku pergi ni? Tadi bukan main seronok melantak ayam tu." Anak matanya melilau kejap ke kiri, kejap ke kanan. Mencari keberadaan bayang isterinya.
"Husband, kenapa abang duduk terjenguk seorang diri dekat situ? Meh sini, baring dekat atas paha saya ni." Pelawa Nadeera.
Nadhir apalagi, mestilah laju berlari bagi mendapatkan isteri dia. Benda dah ada bini, boleh lah bermanja. Nanti dah ada anak, boleh bermanja dengan anak pula.
"Meh sini, saya sapukan ubat. Mesti abang penat kan? Asyik muntah dari tadi? Sampai tak ada selera nak makan." Ubat dituang ke telapak tangan miliknya. Lalu dioles lembut ke kepala suaminya. Diurut dengan penuh kasih sayang.
"Sedapnya... kau urut aku Nadeera. Urut dekat bahu sikit boleh? Lenguh..." pinta Nadhir. Lalu dikemaskan pelukan tangan di lingkaran pinggang si isteri.
"Amboi! Bukan main manja lagi eh suami saya ni?" Dielus perlahan rambut milik Nadhir. Sambil tersenyum bahagia.
"Dengan kau je Deera... tapi aku taknak baring dekat sini."
"Habis? Husband saya ni, nak baring dekat mana?"
"Hmm... nak baring dekat sini lah." Ditunjukkan ke arah perut Nadeera. Lalu kepala dibawa mendekati perut yang semakin memboyot itu.
"Assalamualaikum anak daddy..." ucap Nadhir. Suara yang tadinya garau, kedengaran makin gemersik di pendengaran Nadeera.
"Waalaikumussalam, daddy," sahut Nadeera.
YOU ARE READING
Pergilah Jauh Deritaku| Ongoing
Romance{STAND ALONE}✨ Derita... setiap titisan air mataku hanyalah penuh dengan derita. Derita yang dicipta sendiri oleh orang yang kusayangi. Nadhir Arsyad seorang jejaka yang hidup di dalam kemewahan. Memiliki wajah yang agak tampan tetapi sedikit dingi...