PJD: |11|NA

38 3 7
                                    

"Janji yang perlu dipegang erat."





          "You're... Nadrah? Am I right?" soal Nadeera. Dilihat wajah ceria milik gadis itu.

"Yes! I'm Nadrah. Kakak... kak Nadeera kan?" Gadis itu menyoal kembali. Tampak bahagia melihat wajah berseri milik Nadeera.

"Yes I'm. But how can you know that was my name Nadrah?"

"Abang Nadhir has told me already. He always keep talking about you. So that's why I know everything about you my sister in law," balas Nadrah bersama senyuman manis yang tidak lekang di bibir.

"Amboi... bukan main berborak dengan adik abang, my baby," tegur Nadhir bersama riak wajah kosongnya.

"Borak kosong je my husband. Dah kebetulan terjumpa dekat ruang tamu, kita berkenalan lah. Sampai hati, abang tak kenalkan adik ipar saya yang comel molek ni ya? Muka sebiji macam suami saya!!" Girang saja nada Nadeera. Memang wajah iparnya sebiji sama seperti Nadhir. Cuma berbeza jantina saja.

"Kami memang kembar, kembar seiras. Tapi tulah, suami kau ni lagi baik dari adik ipar kau ni. Perangai serta akhlaknya tersangatlah terpuji." Nadhir mula mengangkat bakul sendiri. Senyum bangga terukir di ulas bibir.

Nadra Arya terus menjeling si abang. Dah kenal sangat perangai poyo abangnya yang satu ini.

"Baik abang cakap?? Huh... wahai suamiku Mohd. Nadhir Arsyad, kalau abang baik. Tak adanya abang nak menyakat saya setiap hari. Dahlah, Nadrah. Jom ikut kakak. Kakak dah sediakan satu bilik khas untuk awak." Ditarik tangan kecil itu. Dibawa dengan penuh riang.

"Eh! Habis suami kau ni? Nak tinggal dekat sini ke?" Tegur Nadhir.

"Haah, Han. Temankan tuan awak ni sekejap. Saya nak temankan Nadrah ke bilik dia sekejap." Nadeera memberikan arahan. Ditilik wajah Nadhir sebelum dia pergi meninggalkan suaminya terkulai seorang diri di situ.

"Haih... Puan korang ni kan. Sengaja cari pasal dengan aku ya? Tak apa, aku pun ada senjata aku sendiri. Dia mesti dah terlupa pasal challenge tu kan? Never mind! Aku still ingat lagi." Nadhir tersenyum sinis. Isterinya mahu mengenakan dirinya akan tetapi salah oranglah.

"Go Tuan! Go!!" sokong Borhan. Bob dan Roy turut menyokong sama.



"Tada!!" Sorak Nadeera. "Specially just for you my dear sister!"

Nadrah laju memeluk tubuh Nadeera. "Wah!! Terima kasih kak Nadeera! Cantik sangat hiasan dengan warna bilik ni, lagipun Aya memang suka warna merah jambu."

"Lah iyakah sayang kakak? Patutlah orangnya comel dan syantik! Rupanya peminat warna merah jambu." Puji Nadeera. Tangan langsung membelai perut yang semakin membesar.

"Hehe... terima kasih kak di atas pujiannya. Dah berapa bulan ni?" Dari tadi bola matanya asyik memerhatikan perut Nadeera.

"Dah nak masuk 7 bulan dah. Kenapa tu sayang?" Tanpa segan silu Nadeera memanggil gadis itu dengan panggilan sayang. Walaupun hubungan mereka sebatas kakak ipar dan adik ipar.

"Hm... sebenarnya kakak. Aya sunyi sangat waktu duduk dekat rumah dulu. Kalau daddy ada pun, tak ada gunanya. Dia busy sangat dengan kerja dia. Kalau abang Nadhir, setiap kali hari cuti, dia akan cuba juga cari masa untuk ajak Aya pergi jalan-jalan. Kalau dia cuti lama sikit, mesti dia bawa Aya pergi berjalan ke luar negara." Cerita gadis itu bersama deraian air mata yang dari tadi tertahan.

Pergilah Jauh Deritaku| OngoingWhere stories live. Discover now