PJD: |2|NA

163 17 53
                                    

"Kehilangan dirinya pasti dirasai."




BATU nisan itu hanya mampu dilihat dengan perasaan yang agak sayu. Terasa berat sungguh hatinya untuk meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Melihat tanah kubur yang masih merah, membuatkan hati lembutnya kian terasa sebak.

"Ya Allah, sesungguhnya aku akui yang diriku ini tidak cukup kuat untuk menghadapi segala ujian yang kau telah turunkan kepada diriku ini." Bisik hati Nadeera Aleesya. Air mata kian mengalir deras dari tubir mata miliknya.

"Leesya.. sabarlah ya sayang. Ummi faham perasaan kamu.. tak apa lagipun dia dah bahagia di sana. Jangan lah kita yang masih hidup ni meratapi pemergian dia, tak elok sayang...," pujuk Puan Nadirah.

Nadeera Aleesya hanya mampu diam. Membatu dan terus diam. Bukan dia tidak redha tetapi cara pemergian orang yang dia sayangi agak menyayat hati nuraninya.

"Leesya bukan apa ummi... tapi cara pemergian dia yang Leesya tak boleh nak terima ummi. Sakit sangat cara dia pergi.. walaupun dia nak tak nak je layan Leesya tapi bila tahu dia pergi dengan cara tu buatkan Leesya sakit yang teramat. Sakit sangat...,"balas Nadeera dengan nada yang agak sayu.

"Ummi faham sayang... mari sini dekat ummi. Dengar apa yang ummi cuba nak sampaikan ni, sebenarnya dalam hidup ni bila kita kehilangan seseorang yang kita sayang, memang kita akan rasa perit... kosong... sedih... semua perasaan tu bercampur dan bersatu. Tapi kita kena ingat juga ada sebab kenapa Allah SWT ambil seseorang tu daripada hidup kita oleh kerana setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita telah ditentukan oleh Allah SWT. Ujian dalam hidup setiap manusia itu berbeza sayang, ada yang diuji dari segi harta benda.. kehilangan.. kesihatan dan banyak lagi. Jadi kita kena cuba untuk lepaskan dengan cara yang baik, boleh tak sayang ummi?" soal Puan Nadirah lembut kepada anaknya. Dia perlu menyalurkan kekuatan yang diperlukan oleh Nadeera dan dia berdoa semoga anaknya mampu untuk meneruskan kehidupan sehariannya.


















               HARINI. Hari yang paling dia tunggukan. Hati kian berbunga rasanya. Rasa seronok yang tidak mampu diungkapkan. Tapi dia terlupa dia perlu pergi ke mana sebenarnya.

"Leesya... kamu lupa ke harini kamu kena pergi mana?" soal Puan Nadirah lembut.

"Harini... sekejap Leesya cuba ingat balik..." Nadeera berfikir sejenak. Dia terlupa akan sesuatu yang perlu ia lakukan harini.

"Alamakkk! Nadeera lupa lah ummi! Nak kena pergi jumpa seseorang harini! Aduh macam mana lah boleh lupa pula..." keluhnya sendiri.

"Haih... kamu ni... itulah dah berapa kali ummi ingatkan jangan lupa untuk set schedule harian kamu dalam kalendar atau reminder dalam telefon kamu tu. Kamu lupa penyakit yang sedang kamu alami ni mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu masalah ingatan kamu?" Puan Nadirah mula membebel panjang sebab dia tahu perangai degil seorang Nadeera Aleesya ni! Dah banyak kali dia ingatkan si anak dara ni!

"Ummi, Leesya ingat... tapi sekali sekala Leesya nak cuba untuk hafal jadual harian Lessya tapi selalu gagal untuk ingat balik! Leesya rasa dah tak mampu nak hadap semua ni sebab hampir setiap hari kena telan ubat itu... ubat ini. Leesya selalu fikir, bila lah Leesya boleh hidup normal balik macam dulu? Ummi rasa dapat ke Leesya hidup normal balik sebelum Leesya menutup mata untuk selamanya?" soal Nadeera Aleesya. Hampir setiap hari dia akan bertanya tentang itu. Hampir setiap hari soalan tu akan diulang!

Pergilah Jauh Deritaku| OGWhere stories live. Discover now