PJD: |3|NA

86 5 101
                                    

"Memiliki mu adalah anugerah yang terindah."




"Awak boleh jalan ke tak ni? Kalau tak boleh mari saya tolong papahkan..." pujuk Nadeera Aleesya.

Mana tidaknya si Nadhir Arsyad ni memang seorang yang sangat degil! Orang nak tolong dia, tapi dia yang selalu tolak. Kadang-kadang geram Nadeera Aleesya dibuatnya! Apa kan daya dapat suami dingin ditambah degil pula tu.

"Tak apa aku boleh jalan lagi ni.. patah kaki saja pun belum hilang lagi kaki aku ni..." Selamba badak Nadhir menjawab soalan si isteri.

"Haih... awak ni degil betul ya? Saya bukan apa, saya takut nanti awak tengah elok berjalan tetiba terjatuh pula nanti. Kaki awak kan tak berapa nak kuat lagi... itu yang buat saya risau sebenarnya." Nadeera masih setia menyokong tongkat kaki yang dipakai oleh Nadhir.

"Kau risau sebab kaki aku patah saja ke? Kau tak risau tengok keadaan aku? Kaki kalau hilang sekali pun biarlah, asalkan aku tak hilang dari hidup kau sudah," bebel Nadhir sengaja ingin mencari pasal.

Laju tangan Nadeera bertindak mencubit geram lengan milik Nadhir.

"Aduhh.. sakit lah Deera.." jerit Nadhir lalu digosok lembut lengannya yang terasa kesakitan.

"Ha tahu pun! Itu lah akibat suka sangat tanya soalan yang entah apa-apa! Mestilah saya risau! Kalau saya tak risau dah lama saya tak ada dekat sebelah awak sekarang ni. Teman awak sampai kita dah selamat balik ke rumah ni pun dah dikira risau dah," bebel Nadeera.

"Kau ni aku gurau sikit pun tak boleh ke? Aku ni bukan senang nak bergurau dengan orang tau! Kau kena bersyukur Deera, walaupun aku ni jenis tak ada perasaan tapi aku masih sanggup melayan perangai kau... sebelum dari kita kahwin lagi," bebel Nadhir Arsyad.

Tanpa dia sedari saat dia sedang membebel tiba-tiba dia telah tersilap langkah lalu wajahnya tersembab mencium lantai rumah milik Nadeera.

"Eh awak! Awak okay ke tak tu? Itulah saya dah ingatkan banyak kali hati-hati sikit, ini tak main terjah saja! Degil betul lah awak ni... lain kali kalau orang nak tolong tu bagi sajalah..." bebel Nadeera pula.

Bangun sahaja dari 'mencium' lantai, Nadhir terus berpaling dengan wajah yang agak dingin. Matanya setia menilik wajah cantik milik Nadeera.

"Deera... shhh.. aku tahu kau risau. Tapi janganlah membebel macam ni... aku takut sakit aku makin teruk bukan makin lega," perli Nadhir. Sahaja dia mahu melihat reaksi si isteri.

Laju tangan Nadeera bertindak memukul lembut dada milik Nadhir. Terkejut Nadhir dibuatnya dengan tindakan mengejut oleh si isteri. Tak sempat dia ingin mengelak dan mengimbangkan badan tiba-tiba...

"Aduhhh." Serentak mereka berdua jatuh tersembab mencium lantai. Namun tubuh Nadeera sempat disambut oleh Nadhir.

"Itulah Deera... aku dah pesan banyak kali jangan lah buat aku terkejut macam ni. Nasib aku jatuh dulu, kalau kau jatuh dulu? Aku takut jadi apa-apa dekat kau..."

Kedengaran pintu dikuak dari luar bersama iringan suara memberi salam. Kelihatan wajah berseri milik Puan Nadirah mula memasuki ke dalam rumah itu. Puan Nadirah berjalan ke arah ruang tamu kerana terdengar suara yang agak riuh-rendah.

"Suara siapa yang kecoh tu ya. Takkan Nadeera dengan Nadhir dah balik? Lebih baik aku pergi periksa," gumam Puan Nadirah di dalam hati.

"Eh Nadeera? Nadhir? Dah kenapa kamu berdua terbaring dekat bawah ni? Kalau mengantuk, pergilah tidur dekat dalam bilik. Bukan dekat sini." Puan Nadirah bersuara memberikan cadangan. Dia pun tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni.

"Kami bukan mengantuk ummi... sebenarnya kami tadi..." Belum sempat Nadhir menghabiskan bicara tiba-tiba laju sahaja tangan milik Nadeera menekup mulut Nadhir.

Pergilah Jauh Deritaku| OGWhere stories live. Discover now