PJD: |8|NA

59 3 0
                                    

"Trauma... trauma... ia kini menghantui kembali"




             PINTU wad itu ditolak dengan penuh lembut. Tapi tidak dapat disangka, ada kejutan yang menanti dirinya.

Senyuman manis ditayangkan tanpa henti. "Assalamualaikum..." ucap Nadeera. Tapi, senyuman itu terus mati apabila melihat sosok seorang gadis yang berada di kerusi bersebelahan katil Nadhir.

"N-ni s-siapa abang?" Gagap nadanya menanyakan soalan yang berat itu.

"Siapa dia? Perkenalkan ni Nad, isteri pertama aku." Tanpa segan silu, Nadhir mengucapkan ayat itu.

"H-ha? Is-isteri pertama?? Abang bergurau je kan?" Nadeera masih cuba untuk menafikan ia. Gagap cara tuturnya.

"Tak ada masanya aku nak bergurau. Kau kena terima hakikat ni. Kau tu, aku cuma anggap sebagai tempat untuk aku mengadu kasih sahaja." Bibir tersenyum herot. Tawa kecil dilepaskan.

"Assalamualaikum dik. Apa khabar?" sapa wanita yang lebih berusia dari Nadeera itu. Tangan dihulurkan tanda ingin mengenali.

"Sa-sampai hati abang kan?!! Habis Deera ni tak pernah wujud ke dalam hidup abang selama ni?! Abang kejam!! KEJAM!!" Tubir mata terasa semakin hangat. Titisan air mata mula turun tanpa henti. Dipukul geram dada milik Nadhir itu.

"Memang!! Memang aku kejam pun!! Baru tahu ke?? Hahaha!!" Tawa mengejek meletus dari bibirnya. Dipegang lembut bahu milik Nadeera.

"SAYA BENCI AWAK!! BENCI!! AWAK BUKAN LAGI SUAMI SAYA!!" Nadeera berlari laju keluar dari wad itu. Sumpah hatinya terluka. Luka kalini lebih mendalam. Ibarat pisau yang menikam hingga ke pelusuk hati.

"Deera?! Kau nak pergi mana ha?!? Jangan kau berani nak larikan diri dari aku!!" Nadhir mula mempercepatkan lariannya. Dia tak boleh kehilangan jejak si isteri.

"Aku kena halang dia cepat. Sebelum apa-apa jadi dekat dia dan anak aku," bisik hati Nadhir.

"Deera!! Berhenti!!" Langkah Nadeera terhenti seketika tatkala mendengar jeritan dari suara garau itu.

"Pergi!! Pergi jauh dari saya?!! Saya benci awak!!" Luahnya.

Nadeera masih berdegil. Diteruskan juga larian dengan keadaan dirinya yang berbadan dua. Lalu hadir satu cahaya yang mampu membalamkan pandangan matanya.

Terdengar suara jeritan nyaring kesakitan.
Langkah Nadhir terkaku seketika.

"Deera!!" Jeritnya. Tak semena tubir mata terasa hangat seketika.

"Allahuakbar..." Pandangan matanya gelap. Gelap, segelapmya. Dilihat darah yang mula membasahi jalan itu. Jasad isterinya hanya terbaring kaku di situ.

"Deera..." Dia cuba untuk mencapai tangan kecil itu tetapi gagal.

Sebaik sahaja dia tersedar, dirimya berada di satu tempat yang gelap. Tak pasti di mana tapi dia seolah-olah pernah berada di sini sebelum ini.

"Sekejap, aku macam pernah tengok tempat ni??" Nadhir menyoal dirinya.

"Helo, Nadhir." Sapa suara garau misteri itu. Bergema di segenap ruangan bilik yang gelap itu.

"K-kau siapa?! Macam mana aku boleh berada dekat sini lagi??" Jantung Nadhir mula berdegup laju. Kepala terasa berpinar yang amat.

"Aku? Siapa? Itu kau tak perlu tahu. Macam mana kau boleh berada dekat sini lagi? Kau yang bawa diri kau sendiri datang ke sini." Balas suara misteri itu bersama senyuman sinis di bibir.

Pergilah Jauh Deritaku| OGWhere stories live. Discover now