BAB: |9|NA

50 3 0
                                    

"Terimbau semula kenangan lama."




         "AWAK!!" Jerit suara lembut itu. Tetapi Nadhir hanya mengendahkan saja.

"Awak! Tunggulah saya..." Pinta suara itu.

"Kau nak apalagi Nadeera??" Soal Nadhir. Dingin seperti biasa.

"Nak cinta awaklah! Nak apalagi?" Jawab Nadeera jujur.

"Sudah lah tu Nadeera. Kau tak penat ke asyik terkejar-kejarkan aku??" Soal Nadhir serius.

"Tak! Saya takkan pernah penat mengejar diri awak. Sebab saya tahu awaklah jejaka yang saya cari selama ni..." Bantah Nadeera. Dah penat main tarik tali, mana mungkin dia boleh lupakan Nadhir begitu saja.

Dasar perigi cari timba!

"Deera... berapa kali aku nak cakap. Aku tak suka perempuan. Takkan kau tak faham lagi?"

"Tak suka perempuan? Awak gay ke?!"

"Haah, memang aku gay pun. Jadi tolong jangan kejar aku dah. Aku tak suka." Tegas Nadhir. Tak ingin langsung berpaling ke belakang.

"Tapi Nadhir..."

Nadhir menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara lembut itu menyeru namanya. Nadeera memang seorang wanita yang berhati lembut. Cara bercakap sopan. Cara berjalannya pun sopan. Cara dia menghormati orang lain. Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir di dalam diri Nadeera. Tetapi kenapa Nadhir masih berkeras menolak cinta gadis itu.

"Saya bukan macam perempuan lain yang mungkin awak pernah jumpa? kenali? atau cintai? Saya ikhlas sukakan awak Nadhir. Tak ada sebutir niat di hati saya menyukai awak semata-mata kerana apa yang awak miliki di dalam hidup awak." Cetus Nadeera. Matanya mampu membuktikan segalanya.

"Tapi Deera... kau kena faham. Sejauh mana atau sekuat mana pun kau cuba, jawapan aku tetap sama Deera. Please, just give up."

"No!! I'm will never give up to catch up your love! Never Nadhir... never!!" Tegas Nadeera sekerasnya. Dia dah berusaha sejauh ini mana mungkin dia sanggup untuk berhenti?

"Suka hati kau lah Deera. Kau teruskan lah usaha kau tu. Usahalah sehabis baik. Kalau ada rezeki kau, adalah. Sebab aku dah penat tengok kau asyik merayu macam ni." Nadhir menghela nafas perlahan.

"Kalau kau terus nak 'menagih' rasa cinta di hati aku, teruskan. Tapi kalau kekecewaan yang kau bakal dapat di akhirnya, itu bukan salah aku. Sebab aku dah suruh kau give up sekarang tapi kau yang taknak." Amaran diberikan.

"Awak nak tahu tak Nadhir?"

"Apa?" Biasa saja cara sahutannya.

"Sejauh mana pun awak cuba berlari dan walau sejauh manapun awak cuba nak menafikan perasaan awak tu. Saya akan pastikan, awak akan sentiasa terbayang wajah saya, senyuman saya. Sekeras apapun hati awak, saya akan cuba lembutkan ia. Saya takkan give up Nadhir! Sebab saya dah berusaha sejauh ni!" Tekad Nadeera. Diluahkan segala apa yang terbuku di hatinya.

"Okay, teruskan usaha kau. Good luck!" Dingin saja cara ucapannya. Dia terus berjalan melintasi setiap bilik di hospital itu tanpa berpaling ke belakang lagi.

"Tak apa Nadhir. Sesusah manapun untuk saya dapatkan cinta awak... saya akan cuba juga untuk lembutkan hati awak yang sekeras batu tu. Just wait and see." Terdengar nombor gilirannya dipanggil. Dia pun bergerak masuk ke dalam bilik yang bernombor 7 itu.













          Telefon Samsung S9 milik Nadeera mulai bergetar diatas meja itu. Menandakan ada satu panggilan baru sahaja masuk.

"Assalamualaikum Nadeera." Ucap Nadhir di hujung talian itu.

Pergilah Jauh Deritaku| OGWhere stories live. Discover now